Khamis, 30 April 2009

SELAMAT HARI PEKERJA 1hb MEI...

SELAMAT HARI PEKERJA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN WARGA PEKERJA DALAM MEMBANGUNKAN SELANGOR DAN JUGA MALAYSIA. PEKERJA NADI KEMAJUAN NEGARA.

Kenyataan Media

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

PARTI KEADILAN RAKYAT

30hb April 2009 

 PEMBUANGAN PEKERJA : USAHA PELBAGAI PIHAK PERLU DISEPADUKAN SEGERA.

            Kegawatan ekonomi dan kewangan global yang bermula di Amerika Syarikat mula melanda Malaysia kini. Perkembangan mutakhir ialah berita bahawa hampir 200,000 orang pekerja di Malaysia bakal diberhentikan kerja dalam tahun 2009 ini.

            Dalam isu ini, Angkatan Muda Keadilan  Selangor menggesa agar semua pihak mengambil tindakan yang proaktif dan futuristik dalam menangani cabaran getir ini sebelum keadaan pada masa akan datang menjadi lebih teruk dan parah.

            Justeru AMK Selangor mencadangkan beberapa pendekatan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang dilihat mampu memberi harapan baru untuk golongan pekerja yang diberhentikan meneruskan kehidupan seharian mereka.

 

Dalam menangani cabaran ini AMK  Selangor memberi cadangan perancangan khas  dalam usaha membela nasib para pekerja khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan . Ia diharap dapat memberi sinar  untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

            Pertama : Memberi elaun sara diri atau baucer sebanyak RM500.00 sebulan kepada golongan ini untuk 3 bulan pertama. Ia adalah bertujuan sebagai menampung kos sara hidup untuk tiga bulan pertama pemberhentian kerja supaya mereka dapat menampung kos sara diri dan keluarga. Dalam hal ini kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh menubuhkan satu tabung khas untuk membantu golongan pekerja ini. Elaun sara diri ini dikhususkan kepada pekerja yang langsung tidak mendapat pampasan,VSS atau skim-skim lain.

            Kedua : Pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor perlu mengadakan program latihan kerja baru dan skil-skil baru untuk kepada golongan pekerja ini. Pihak Lembaga Zakat Selangor boleh mengadakan program motivasi dan inspirasi dalam bentuk pemantapan dalaman agar mereka mempunyai kekuatan dalaman yang kuat bagi berhadapan situasi krisis ekonomi ini. Malahan pihak LZS diharap dapat menyediakan bantuan perniagaan mudah di bawah RM5,000.00 untuk mereka yang memerlukan modal awal membuka perniagaan secara kecil-kecilan.

            Ketiga : Kita menggesa agar para majikan yang ingin membuang pekerja agar mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan tidak membuang pekerja tempatan dahulu. Mulakan pemberhentian pekerja kepada para pekerja asing dahulu. Kita juga mencadangkan pihak kilang yang ingin membuang pekerja agar bekerjasama dan mengadakan sessi pertemuan khas dengan pihak kementerian yang berkenaan untuk bersama-sama membantu nasib golongan pekerja.

            Keempat : Pakej rangsangan ekonomi negara perlu digerakkan dan disalurkan dengan sistematik, efektif dan mesra dalam memastikan pakej yang diadakan benar-benar membantu pertumbuhan ekonomi negara. Kita menggesa agar tiada sebarang penyelewengan dana rakyat di samping  semua pihak mengamalkan sikap ketelusan, kejujuran dan professionalisme dalam menjalankan amanah rakyat.

            Kelima : Mengurangkan kadar tarif elektrik dan air, pengurangan kadar cukai syarikat, pembayaran cukai untuk PBT kepada pihak industri dalam tempoh kegawatan ekonomi ini. Ianya boleh mengurangkan kos perbelanjaan operasi industri keseluruhannya dan ianya diharap boleh mengelakkan sebarang pemberhentian pekerja warga tempatan.

Kita juga mencadangkan agar pihak LHDN memberi kelonggaran sedikit terhadap pembayar-pembayar cukai untuk tahun 2009 dan 2010 ini dengan tidak mengenakan sebarang tindakan keras kepada pembayar cukai yang tidak dapat membayar cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti menahan pasport antarabangsa dan sekatan-sekatan lain.

            Keenam :        Kerajaan negeri Pakatan Rakyat disyorkan untuk mengadakan  sessi khas pertemuan bagi mengkoordinasikan satu pelan gerak kerja yang efektif untuk menangani cabaran ini. Melalui pertemuan ini diharap satu mekanisma pelan kerjasama boleh diambil melalui tabung khas dana pemberhentian pekerja ini supaya dapat diwujudkan.

            Malahan kerjasama ini juga wajar menjangkau sempadan fahaman politik kerana kita semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama menumpukan usaha menyelamatkan negara daripada terus terjebak dengan cabaran kegawatan ekonomi global. Sessi dialog antara para pekerja,kesatuan pekerja,majikan dan pihak kerajaan perlu diadakan dengan lebih berkala untuk memastikan warga pekerja sentiasa mendapat pembelaan.

            Ketujuh : Mewujudkan peluang pekerjaan baru untuk menggantikan sektor yang kurang berdaya saing ketika kegawatan ekonomi. Kerajaan perlu proaktif meneroka dan membina peluang kerja baru melalui hasil-hasil penyelidikan R@D daripada universiti-universiti tempatan. Kerajaan ,industri dan pihak swasta boleh meneroka bidang industri baru khususnya membuat perubahan beberapa strategi pendekatan fokus ekonomi daripada berasaskan carbon based  economy kepada green energy eficiency economy yang dilihat mampu memberi peluang pekerjaan baru di masa hadapan.

            Dalam kenyataan media ini juga, AMK Selangor juga menggesa kerajaan terus konsisten membela nasib golongan pekerja tempatan dengan pakej-pakej pembelaan kebajikan yang berkesan. Kita juga meminta agar pihak kerajaan pusat dan negeri menyediakan perancangan khas untuk para graduan yang belum mendapat pekerjaan dan yang bakal keluar kepada sektor pekerjaan agar nasib masa hadapan mereka juga mendapat jaminan.

            Justeru untuk mencapai matlamat memperkukuh ekonomi negara adalah diseru agar polemik politik yang tidak memberi untung kepada rakyat agar diketepikan segera. Semua pihak perlu berfikiran inovatif , positif dan bersatu tanpa mengira kepentingan politik sempit untuk membawa bersama-sama kembali memacu pertumbuhan ekonomi negara ke landasan  yang lebih kukuh dan mantap.

            Sempena 1hb Mei ini, AMK Selangor mengucapkan Selamat Hari Pekerja. Setinggi penghargaan kepada warga pekerja yang selama ini bertungkus lumus dalam membina negara yang lebih maju dan berdaya saing.

Mohd Ezli Bin Mashut

Ketua Penerangan 

Angkatan Muda Keadilan Selangor

017-6543974 / ezli007@hotmail.com

Rabu, 29 April 2009

AMK Selangor Sentiasa Mendoakan Baginda Sultan Selangor Selamat Menjalani Pembedahan.


KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN MUDA KEADILAN, SELANGOR

PARTI KEADILAN RAKYAT

29hb APRIL 2009

UNTUK EDARAN SEGERA

AMK Selangor Sentiasa Mendoakan Baginda Sultan Selangor Selamat Menjalani Pembedahan.

Angkatan Muda Keadilan Selangor sentiasa mendoakan agar Sultan Selangor,DYTM Sultan Sarafuddin Idris Shah selamat menjalani pembedahan yang akan dijalankan tidak lama lagi. AMK Selangor berharap agar Baginda Sultan Selangor semakin sihat walafiat selepas menjalani pembedahan ini. 

AMK Selangor juga  mengesorkan semua ahli AMK di Selangor agar berterusan mengadakan solat hajat dan munajat semasa Baginda Sultan Selangor menjalani pembedahan ini. Ianya bertujuan agar pembedahan ini berjaya dan Baginda Sultan Selangor dapat kembali melaksanakan tugasnya sebagai payung naungan rakyat di Selangor.

AMK Selangor juga berharap rakyat di Selangor juga dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan Baginda Sultan Selangor dengan mengadakan solat hajat dan munajat di semua masjid-masjid dan surau-surau. Malahan doa berterusan daripada semua lapisan rakyat dapat dilaksanakan sehingga Baginda Sultan Selangor kembali selamat menjalani pembedahan tersebut.

Akhirnya,semua lapisan pimpinan dan ahli AMK Selangor berdoa dan menadah tangan semoga Allah sentiasa memberi naungan ,sihat walafiat dan kesejahteraan kepada Baginda Sultan Selangor berterusan.AMIN.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan,

Selangor 

Sdr Mansor Othman Sebagai Calon PKR di Penanti

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Isnin, 27 April 2009

Memperkasa Parti & Organisasi


Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.

Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.

Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.

Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustafa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraidah Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

Lain-lain perubahan adalah:

Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution

Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh

Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul

Pengarah Strategik - YB Tian Chua

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob
Timbalan Pengerusi : 
Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : 
Johnson Chong
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: 
Dato Yeop Adlan Che Rose

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah

Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.

ANWAR IBRAHIM

Ahad, 26 April 2009

TAHNIAH PASUKAN SELANGOR : JUARA PIALA FA 2009


Sabentar tadi saya hadhir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 antara Selangor dan Kelantan. Antara pimpinan yang hadhir termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, YB Azmin, YB Yaakob Sapari dan saudara Shamsul Iskandar.

Kelihatan juga YM Tengku Faris Petra dan juga barisan kepimpinan KAFA di pentas VIP. Turut serta adalah Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Perlawanan ini dikategorikan ‘perlawanan panas’, sehingga memaksa pasukan polis mengerah ratusan anggotanya mengawal keamanan di sekitar stadium.

Pun begitu,profesionalisme kedua-dua belah penyokong jelas terlihat tanpa sebarang insiden provokasi yang keterlaluan.

Ada yang bertanya pasukan mana yang saya sokong. Haha! Bukankah kedua-duanya pasukan Pakatan Rakyat?

Pun demikian, penentuan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan telah menobatkan pasukan Selangor sebagai juara Piala FA tahun ini.
Tahniah saya ucapkan buat barisan pemain! Semuga kejayaan malam tadi bakal membangkit semangat untuk terus mengukir kecemerlangan.

ANWAR IBRAHIM

-----------------------------------------------------------------------------

Angkatan Muda Keadilan Selangor juga mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan Selangor menang dalam Piala FA 2009. VIVA Selangor !...

Khamis, 23 April 2009

Rombakan Jawatankuasa AMK Selangor

Kenyataan Media

22 April 2009

Rombakan Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor

Satu rombakan kecil didalam struktur Jawatankuasa AMK Selangor telah diumumkan didalam Mesyuarat AMK Selangor pada 17 April yang lalu. Rombakan ini juga melibatkan penubuhan beberapa Biro. Rombakan ini adalah bagi memperkemaskan lagi gerak kerja AMK Selangor. Berikut adalah perlantikan baru dalam rombakan kecil tersebut;

 

Penolong Setiausaha                             : Fazly Faizal Razally

Setiausaha Kerja I                                  : Jawatan dimansuhkan

Setiausaha Kerja II                                 : Jawatan dimansuhkan

Penolong Bendahari                              : Zaleha Binti Ramli

Ketua Penerangan                                 : Mohd Ezli Bin Mashut (017 – 654 3974)

Timbalan Ketua Penerangan                : Siva Sankhar a/l Ganesan (016 675 1483)

Biro Pengurusan                                    : Mahharul

(Pengerusi Biro merangkap Setiausaha AMK Selangor, 019 – 285 9984)

Biro Ekonomi                                        : Mohd Ali Hanafiah Ali Murtada

(Pengerusi Biro merangkap Bendahari AMK Selangor, 012 - 3051757)

Biro Sukan dan Pembangunan Belia       : Irwan Ismail (Pengerusi Biro, 019 – 345 6192)

Sekian.

Harapan Baru Untuk Malaysia


Khairul Anuar Ahmad Zainudin

Ketua AMK Selangor

019 - 205 74 98

 

SYABAS di Gesa Lebih Utamakan Kepentingan Pengguna Air.


KENYATAAN MEDIA

 

ANGKATAN MUDA KEADILAN, SELANGOR

PARTI KEADILAN RAKYAT

 

22hb APRIL 2009

SYABAS di Gesa Lebih Utamakan Kepentingan Pengguna Air.

Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa agar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) mengutamakan kepentingan para pengguna air di negeri ini dalam mengumumkan sebarang tindakan. Kenyataan terbaru mengenai pemberhentian projek penggantian paip lama dan paip komunikasi yang bernilai RM2.6 Billion wajar diteliti semula.

            AMK Selangor merasakan sebarang tindakan yang bakal dilaksanakan oleh SYABAS, kepentingan pengguna air perlu diutamakan dan sebarang tindakan yang menjejaskan kepentingan pengguna air  di masa hadapan perlu ditangani dengan baik dan bijaksana.

            Dalam pada itu, AMK Selangor menyokong tindakan Kerajaan Selangor dalam usaha penstrukturan semula industri air di negeri ini. Malahan AMK Selangor yakin dengan tindakan ini akan membantu para pengguna air di Selangor khususnya menikmati kadar air yang rendah pada masa kini dan masa hadapan. Malahan pemberian air percuma sebanyak 20ml padu yang telah berjalan hampir setahun telah banyak membantu rakyat di Selangor dalam mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

            AMK Selangor juga mengharapkan semua pihak yang mengendalikan isu air di Selangor ini sentiasa bersikap professional dan bertanggungjawab. Malahan pihak kerajaan pusat juga perlu mengutamakan kepentingan rakyat di masa hadapan dan tidak terperangkap dengan polemik politik yang sempit semata-mata.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan,

Selangor.

017-6543974

Penggunaan Laman Facebook Sebagai Medium Interaksi Terkini dan Pantas Untuk AMK Selangor.

Oleh : Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

Email :ezli007@hotmail.com / No Tel : 017-6543974

            Laman interaksi Facebook merupakan sebuah laman interaksi sosial yang paling pantas berkembang di dunia. Malahan ianya kini menjadi satu laman yang paling pantas dalam mengembangkan dan menghubungkan interaksi sosial di Malaysia. Para penggunanya yang majoriti kalangan generasi baru seolah-olah menjadi trend terbaru masa kini.

            Facebook dilancarkan pada 04hb Februari 2004, Ianya dipunyai oleh Facebook Inc yang dipunyai oleh Mark Zuckerberg. Siapakah Mark Zuckerberg ini ?. Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda semua. Namun dalam hal ini kita perlu bijak menggunakan hasil kepakaran yang ada untuk kita gunakan dan raih faedahnya.

            Tahukah anda, kita boleh bertemu rakan yang bertahun-tahun hilang komunikasi atau lost contact. Saya sendiri dapat merasakan perasaan ini kerana dapat mengumpulkan kembali jaringan rakan-rakan saya di sekolah,universiti dan juga meluaskan jaringan kenalan baru kita.

            Kelebihan menggunakan Facebook ini ialah kita boleh membuat sebarang status pengumuman di bahagian Wall. Malahan ianya juga boleh membantu kita menjadi sebuah laman web persendirian. Kita juga boleh ‘chat’ kepada rakan-rakan ‘online’ kita yang telah menerima kita sebagai rakan Facebook ini.

            Justeru, saya ingin menyarankan agar semua Ahli AMK Selangor khususnya mendaftarkan diri dan memulakan proses interaksi menggunakannya. Malahan jika anda mempunyai IPhone. Facebook boleh dilayari dan membuat sebarang kemaskini yang pantas dan terkini.

            Sehingga kini antara yang sudah menggunakan Facebook ini antaranya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Mohammad Nizar Jamaluddin,YB Azmin, Ketua AMK Malaysia Syamsul Iskandar, YB Yusmadi dan ramai lagi kalangan pimpinan dan ahli sendiri.

            Menyedari kepentingan dalam usaha memperkukuhkan jaringan penerangan dan komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor. Adalah disaran semua pimpinan menyertai Facebook ini. Kita perlu jadikan ia salah satu jaringan komunikasi penting kita dalam menyampaikan sebarang maklumat yang pantas dan tepat.

            Saya menggalakkan penggunaan Facebook ini kerana kita juga boleh membina dan membuat jaringan interaksi antara semua pimpinan AMK. Malahan kepada semua ketua-ketua Penerangan AMK  Bahagian di Selangor. Saya mengesorkan semua ketua penerangan juga sudah mendaftarkan diri dan juga memaklumkannya agar laman Facebook ini kita aplikasikan sebagai salah satu lagi medium penerangan yang efektif dan berkesan kita.

            Kita perlu bijak dan menfaatkan teknologi ICT ini untuk digunakan dalam perjuangan kita. Kita juga perlu memperbagaikan ‘senjata’ kita dalam berhadapan dengan arus media massa  seperti Televisyen,surat khabar .

            Tindakan lebih utama daripada hanya bercakap. Jadi sudahkah anda mendaftarkan diri dalam Laman Facebook. Jika belum sila layari laman facebook di http//:www.facebook.com.

Isnin, 13 April 2009

Mari kita ketawa dengan propaganda kabinet Najib kecil


Selepas dari pengumuman oleh Najib mengenai barisan kabinetnya maka juak-juaknya sibuk memukul propaganda mungkin tak tahu apa nak cakap lagi mana dikatakanlah Kabinet Najib ini kecil, comel dan bakal bertindak efisyen.

Haha... mari kita ketawa dengan propaganda bohong ini. Dibawah ini faktanya ;

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).

Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).

Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).

Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia. Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.Negara-negara dengan bilangan penduduk yang dua atau tiga kali ganda penduduk daripada Malaysia pun ada yang saiz kabinetnya lagi kecil daripada kabinet menteri negara kita.

Bayangkanlah.Mengikut satu kajian sains mengenai saiz kabinet yang paling efisyen, apa-apa kabinet yang lebih besar dari 20 menteri sudah kira semakin kurang efisyen (the "20-person rule" -- hukum 20 orang).Najib sudah jauh melangkau nombor 20 itu (sudah kurang efisyen), dan lebih daripada itu menambahkan lagi bilangan timbalan menteri dengan mengisi jawatan-jawatan ini dengan orang-orang politik yang tidak semestinya layak atas merit atau kebolehan semata-matta:-- golongan ahli politik dari Sabah ditambah ramai (kerana bimbang mereka akan menarik balik sokongan mereka kepada Barisan);-- memberi 4 jawatan menteri kepada MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya 2008, sama seperti bilangan jawatan menteri tahun 2004 di mana MCA menang besar;--

Najib melantik orang politik yang telah kalah teruk dalam pilihanraya umum (iaitu orang-orang yang tidak diiktiraf oleh rakyat): Koh Tsu Koon dari Gerakan (parti yang hancur kalah ranap di pilihanraya 2008), Shahrizat Jalil,Chew Mei Fun dan Awang Adek Hussin. Semuanya ditolak rakyat masa pilihanraya.Ramai daripada menteri kabinet adalah sisa-sisa dari rejim Mahathir dan Abdullah Badawi juga.Jadi Dato, macam mana Dato boleh tergamak nak sebut kabinet Najib ini "menarik"?Tolong jujur sikitlah Dato kalau nak dilihat sebagai penganalisa politik yang boleh dipercaya.Kalau Dato tidak boleh mengimbangkan komen yang positif dengan komen dan kritikan yang negatif, dan cuma menghelah rakyat dengan memberi komen-komen yang lembut dan manis sahaja, saya rasa baik Dato tolak jemputan masuk televisyen untuk rancangan-rancangan berbentuk 'analisis'.

Para pembaca sekalian harus juga was-was apabila membaca tulisan Dato Kadir Jasin dan para penganalisa politik yang sewaktu dengan beliau agar tidak menelan bulat-bulat semua yang dikatakan mereka sebagai benar dan betul. Gunakanlah akal fikiran untuk menilai tulisan-tulisan mereka ini dengan berhati-hati. Luaskan bacaan dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang berbeza untuk mengimbangkan pandangan yang sempit.-ada fakta yang 'diculik' dari email teman dan pembaca blog, maaf dan terima kasih.

Tahniah !! Yang Berkhidmat S. Manikumar


Kenyataan Media8 April 2009

Mempertahan Kemenangan Rakyat
Melalui kuasa rakyat, dengan Izin Tuhan Yang Maha Esa maka Pakatan Rakyat dianugerahkan kemenangan besar di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Bukit Gantang, melalui YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Bukit Selambau melalui YB S. Manikumar telah secara sahih dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat bagi kedua-dua kawasan tersebut. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke atas jentera Pakatan Rakyat yang begitu bertungkus lumus bekerja untuk mengekalkan kemenangan rakyat.

Di sebalik pelbagai tipu muslihat yang diatur oleh Umno-BN melalui SPR dan instrumen kerajaan lainnya, kedua kemenangan ini, meskipun tidak dilengkapkan dengan kemenangan di DUN Batang Ai, Sarawak; tetap mempunyai signifikan yang tersendiri.

Kemenangan di Bukit Gantang jelas memperlihatkan betapa rakyat negeri Perak, melalui ‘duta-duta kecil’ mereka iaitu pengundi berdaftar di Bukit Gantang telah menunjukkan bahawa usaha desperado Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan haram di negeri Perak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Manakala di Kedah jelas terbukti, usaha untuk menaburkan fitnah sehingga terpaksa mengheret bekas Perdana Menteri untuk menyerang KeADILan dan Pakatan Rakyat hanya menelanjangkan kelemahan empunya badan dan Umno-BN sendiri.

AMK juga menyelar tindakan biadap Pemuda Umno yang melakukan pelbagai provokasi termasuklah mencabul kehormatan anggota Srikandi KeADILan. Inilah tindakan maha biadap yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno di bawah kepimpinan baru mereka, yang jelas akhirnya ditolak oleh rakyat.

AMK juga mendesak kepimpinan haram Umno-BN Perak untuk mengundurkan diri daripada menduduki kerajaan negeri Perak pada kadar segera. AMK juga berharap agar ke bawah duli Sultan Perak dapat memberi perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh YAB Ir. Nizar untuk membubarkan DUN Negeri Perak bagi membolehkan Pilihanraya Kecil DUN Perak dapat diadakan pada kadar segera.

AMK juga merakamkan rasa kesal di atas kegagalan SPR untuk mengekang pengundi-pengundi hantu khususnya di Bukit Gantang dan juga di Batang Ai. Siri-siri intimidasi yang dilakukan oleh petugas BN di ketiga-tiga kawasan juga sangat mendukacitakan dalam keadaan SPR gagal bertindak sekelumitpun ke atas laporan salahlaku yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Rabu, 1 April 2009

Mari kita lihat apa yang akan terjadi di Kepala Batas...


Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Selepas 7 April?
BELUM pun selesai tiga pilihan raya kecil yang sedang berlaku sekarang ini, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai timbul pertanyaan kerusi manakah pula akan menjadi kosong selepas ini? Apakah selepas ini giliran kerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bakal bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi kosong?
Kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Kepala Batas ini sangat besar. Untuk apa Abdullah duduk tercokol lagi di kerusi berkenaan setelah beliau tidak lagi menjadi perdana menteri. Apakah beliau sanggup dan tergamak duduk di kerusi belakang sebaris dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Rafidah Aziz dan lain-lain sebagai anggota dewan rakyat.
Biasanya kerusi belakang yang bertentangan dengan Speaker dikhaskan kepada wakil rakyat-wakil rakyat berstatus 'lesung hindik' atau 'lesung tumbuk' - wakil rakyat lanjut usia dan tidak lagi menjawat apa-apa jawatan penting dalam parti maupun kerajaan.

Apakah Abdullah sanggup melihat kerusinya di hadapan sebelah kanan Speaker yang akan mula diduduki Najib RAzak pada persidangan akan datang. Kerusi itu tidak ubahlah seorang janda yang ditinggalkan si suami kerana masalah kemangkatan pucut!
Jawabanya tentu sekali tidak. Atau apakah beliau akan menjadi ahli berhormat yang tidak akan masuk ke dewan persidangan? Sekiranya Abdullah boleh menerima keadaan itu betapalah rendahnya nilai politik seorang Abdullah Badawi.

Logiknya tidak ada sebab lagi untuk Abdullah terus duduk tercokol di situ. Dan kalau untuk jadi ahli parlimen setakat hendak ambil elaun saja ia juga tidak munasabah dan memalukan sahaja.
Mahatahir Mohamad apabila sudah melepaskan jawatan perdana menteri tidak lagi bertanding dalam pilihan 2004. Dia terus menjadi lesung hindik yang pergi ke merata tempat untuk memburukkan kepimpinan dan kerajaan Abdullah. Selepas itu sekalipun beliau tidak menjejakkan kaki ke parlimen untuk tidak mengingatkan dia kepada si janda itu.

Saya kira Abdullah tidak akan mengikut budaya dan perangai Mahathir. Abdullah tidak akan mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka seperti mana dilakukan Mahathir walaupun ada aspek-aspek yang beliau tidak setuju.

Bagaimana pun dalam situasi hari ini bukan senang untuk Abdullah mengosongkan kerusi Kepala Batas bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan. Kesan dan akibatnya nanti tentulah buruk kepada UBN.

Pada saya samada beliau akan lepas atau tidak kerusi Kepala Batas bergantung kepada keputusan tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang ini. Sekiranya kesemua pilihan raya kecil itu berpihak kepada UBN, mungkin beliau akan berfikir untuk melepaskan kerusi berkenaan. Sebaliknya kalau keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat susah untuk Abdullah melakukannya kerana pilihan raya itu kelak akan menjatuhkan martabat UBN.

Sudah pasti dia akan terus berada di kerusi parlimen Kepala Batas sehingga tamat tempoh parlimen penggal ke 12. Kalau kena jadi tunggul di dalam parlimen, jadi tunggullah tidak mengapa asalkan maruah UBN dapat dijaga. Bak satu babak dalam filem Musang Berjanggut garam ke garamlah asalkan Puspawangi yang bikin! Bukankah Abdullah rela berkorban untuk parti dan tidak akan mederhaka kepada UBN?
Jadi samada Abdullah akan mengosongkan kerusi itu atau tidak bergatung sepenuhnya kepada keputusan tiga pilihan raya kecil ini. Kalau dua daripada tiga pilihan raya kecil itu berpihak kepada PR tidak mungkin Abdullah akan mengosongkan kerusi itu.

Pun begitu jika berpandukan kepada kebiasaan tidak ada sebab lagi Abdullah yang sudah tidak lagi menjadi perdana menteri untuk kekal sebagai wakil rakyat biasa. Dalam dunia mana pun keadaan yang dilalui Abdullah itu beliau kena berundur dan lepaskan kerusi Kepala Batas secepat mungkin.

Mengosongkan kerusi Kepala Batas itu adalah satu lagi penghormatan rakyat kepadanya sebagai pemimpin yang tidak suka berbalah



BUKIT SELAMBAU [11.45 pm] - Beberapa jam selepas bekas Menteri Besar Kedah, Mahathir Khalid dengan bangganya mencabar supaya pemimpin Pakatan Rakyat mengemukakan bukti kononnya ada "pengundi hantu" di kawasan itu. Beberapa jam kemudian Skuad AMK Kedah bersama Timbalan Ketua AMK, Saudara Fariz Musa (foto) telah membuat satu serbuan ke Taman Bandar Bharu dekat sini. Berita gempar telah diperolehi apabila rumah yang dipercayai sarang pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh mereka.
Akhirnya terbukti kini bahawa pemimpin UMNO itu cuba untuk sekali lagi menipu rakyat. Menurut maklumat, rumah yang dikesan itu mempunyai 42 orang penghuni. Selepas disiasat ternyata penghuni terbabit tidak menetap di situ sebenarnya. Turut dikesan ialah sebuah lagi rumah yang didiami 56 orang penghuni yang menggunakan alamat yang sama.

Kesian Ezam...


Wednesday, April 1, 2009




Kini di Bukit Selambau, Ezam membawa rentak yang sama iaitu membodek, merepek dan merapu tanpa arah tuju. Ezam sebenarnya sudah "tidak laku" seperti dulu. Ceramahnya dimana-mana hanya dipenuhi dengan bangku dan kerusi sahaja. Sungguh memalukan dan simpati benar melihat Ezam. Nasibnya jauh sekali berbeza dengan musuhnya dalam AMK Keadilan yang dipecat pada tahun 2004 dulu iaitu Lokman Noor Adam.


Beliau dilarang bertanding dan merebut apa-apa jawatan dalam UMNO, sedangkan Lokman kini selesa menang jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan pergerakan itu baru-baru ini. Sebaliknya Ezam terus menjadi "tok dalang" wayang kulit UMNO setiap kali musim pilihanraya kecil berlaku. Kini beliau meneruskan tradisi itu di Bukit Selambau.Aksinya yang sama, Ezam masih sinonim dengan perkataan "Untuk Apa?" rupanya masih "syok sendiri tanpa pedoman". Beliau memang sudah sebati dengan gelaran "petualang rakyat" akibat "sumpah keramatnya" dulu.


Sungguh mengejutkan manusia sehebat Ezam hanya berjaya menarik seramai 20 orang penonton sahaja ketika beliau berceramah di Sg.Lalang dekat sini. Itu pun khabarnya terdiri daripada penyokong dan petugas BN yang sekadar mahu mengambil hati Ezam. Jika tidak sudah pasti Ezam seperti "wayang pacak" bercakap sorang-sorang agaknya. Dalam ceramahnya itu, Ezam telah merapu tidak tentu hala dan sesekali tersilap kata. Dalam satu isu yang dibangkitkan Ezam ada menyebut "PKR parti tiada maruah...bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga Hitam....Letak Calon India" katanya. Ezam sebenarnya sudah "nyanyok" dan "bermimpi disiang hari'. Beliau bangga kononnya memperlekehkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti tidak bermaruah kerana meletakkan calon India, padahal BN sendiri juga meletakkan calon India dari parti MIC. Apakah Ezam sudah "dibutakan mata dan hati" untuk melihat semua ini?.


Jika beginilah caranya Ezam berhujjah dan berfikir, maka ternyatalah kini bahawa anak muda itu telah hilang daya ingatannya. Justeru itu kita tidak hairan apa yang diucapkan hanyalah omongan kosong belaka. Ezam umpama seekor "burung kakaktua" yang bijak berkata-kata tetapi langsung tidak tahu apa yang keluar dari mulutnya.