Memaparkan catatan dengan label amkselangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amkselangor. Papar semua catatan

Isnin, 13 April 2009

Tahniah !! Yang Berkhidmat S. Manikumar


Kenyataan Media8 April 2009

Mempertahan Kemenangan Rakyat
Melalui kuasa rakyat, dengan Izin Tuhan Yang Maha Esa maka Pakatan Rakyat dianugerahkan kemenangan besar di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Bukit Gantang, melalui YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Bukit Selambau melalui YB S. Manikumar telah secara sahih dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat bagi kedua-dua kawasan tersebut. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke atas jentera Pakatan Rakyat yang begitu bertungkus lumus bekerja untuk mengekalkan kemenangan rakyat.

Di sebalik pelbagai tipu muslihat yang diatur oleh Umno-BN melalui SPR dan instrumen kerajaan lainnya, kedua kemenangan ini, meskipun tidak dilengkapkan dengan kemenangan di DUN Batang Ai, Sarawak; tetap mempunyai signifikan yang tersendiri.

Kemenangan di Bukit Gantang jelas memperlihatkan betapa rakyat negeri Perak, melalui ‘duta-duta kecil’ mereka iaitu pengundi berdaftar di Bukit Gantang telah menunjukkan bahawa usaha desperado Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan haram di negeri Perak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Manakala di Kedah jelas terbukti, usaha untuk menaburkan fitnah sehingga terpaksa mengheret bekas Perdana Menteri untuk menyerang KeADILan dan Pakatan Rakyat hanya menelanjangkan kelemahan empunya badan dan Umno-BN sendiri.

AMK juga menyelar tindakan biadap Pemuda Umno yang melakukan pelbagai provokasi termasuklah mencabul kehormatan anggota Srikandi KeADILan. Inilah tindakan maha biadap yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno di bawah kepimpinan baru mereka, yang jelas akhirnya ditolak oleh rakyat.

AMK juga mendesak kepimpinan haram Umno-BN Perak untuk mengundurkan diri daripada menduduki kerajaan negeri Perak pada kadar segera. AMK juga berharap agar ke bawah duli Sultan Perak dapat memberi perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh YAB Ir. Nizar untuk membubarkan DUN Negeri Perak bagi membolehkan Pilihanraya Kecil DUN Perak dapat diadakan pada kadar segera.

AMK juga merakamkan rasa kesal di atas kegagalan SPR untuk mengekang pengundi-pengundi hantu khususnya di Bukit Gantang dan juga di Batang Ai. Siri-siri intimidasi yang dilakukan oleh petugas BN di ketiga-tiga kawasan juga sangat mendukacitakan dalam keadaan SPR gagal bertindak sekelumitpun ke atas laporan salahlaku yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Rabu, 1 April 2009




BUKIT SELAMBAU [11.45 pm] - Beberapa jam selepas bekas Menteri Besar Kedah, Mahathir Khalid dengan bangganya mencabar supaya pemimpin Pakatan Rakyat mengemukakan bukti kononnya ada "pengundi hantu" di kawasan itu. Beberapa jam kemudian Skuad AMK Kedah bersama Timbalan Ketua AMK, Saudara Fariz Musa (foto) telah membuat satu serbuan ke Taman Bandar Bharu dekat sini. Berita gempar telah diperolehi apabila rumah yang dipercayai sarang pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh mereka.
Akhirnya terbukti kini bahawa pemimpin UMNO itu cuba untuk sekali lagi menipu rakyat. Menurut maklumat, rumah yang dikesan itu mempunyai 42 orang penghuni. Selepas disiasat ternyata penghuni terbabit tidak menetap di situ sebenarnya. Turut dikesan ialah sebuah lagi rumah yang didiami 56 orang penghuni yang menggunakan alamat yang sama.

Isnin, 30 Mac 2009

AWAS !!! Al-Tantuya berada di Sungai Petani....


Jika Najib benar-benar BENAR, sila....

Panggil kedutaan Peranchis, UK dan Indonesia minta penjelasan mengenai laporan media negera mereka yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
Saman akhbar Peranchis, UK dan Indonesia yang menyiarkan tulisan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.
Sirul mengaku membunuh Altantuya dengan pistol tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak dibawa ke mahkamah ?

Altantuya mati kerana ditembak bukan dibom. Selepas mati bru dibom untuk musnahkan bukti.

Bagaimana imigresen Malaysia tidak ada rekod kemasukan Altantuya ?Pembunuhan Altantuya melibatkan transaksi rasuah / komisyen yang diakui Parlimen dalam pembelian senjata yang melibatkan nilai rasuah RM500 juta....

Rabu, 11 Mac 2009

Ketua AMK Malaysia Bersalam Dengan PM Malaysia.



Mar 11, 2009

Menarik .. ianya sangat menarik

[...] Saya difahamkan sendiri oleh seorang ahli MPT PKR yang turut hadir, (berkedudukan seperti Shamsul di dalam rumah itu) menurutnya ada berlaku pertemuan enam biji mata antara mereka bertiga; Anwar, Abdullah dan Sheikh Mahmud. Pastilah Shekh Mahmud berada ditengah.
Menurut ahli MPT itu Sheikh Mahmud ada mengatakan sesutau yang penting untuk kedua pemimpin itu. Tidak terniat untuk saya mencatatkan antara dialog Sheikh Mahmud dalam bilik itu seperti mana dituturkan oleh ahli MPT berkenaan, tetapi cukuplah kalau dikatakan ia sangat menarik. Iya sangat menarik.


Pasti esok wartawan akan memburu Abdullah untuk mendapat ulasan daripadanya. Sama-samalah pula kita dengar apa yang dikatakan Abdullah dan sama-sama kita padan dengan apa yang diucapkan oleh Anwar dan Shamsul itu.Takdirnya sama, maka terimalah persamaan itu.


Khamis, 5 Mac 2009

RANSANGAN BARU PAKEJ EKONOMI SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR
4 MAC 2009

RANGSANGAN BARU PAKEJ EKONOMI NEGERI SELANGOR



SHAH ALAM: Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan Malaysia sedang berada di ambang kemelesetan. Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia, negeri Selangor kini bersedia mengambil tempat di hadapan dalam usaha membantu merancakkan ekonomi negara dan pada masa sama menyeimbangi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bagi merealisaikan pertimbangan tersebut, mesyuarat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMKN) hari ini mengenal pasti lima bidang utama untuk mencipta pemangkin pembangunan ekonomi Selangor. Lima bidang tersebut:
1] Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan
perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab.
2] Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem
transit aliran ringan (LRT).
3] Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor
oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
4] Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula
kawasan terbiar termasuk di Petaling jaya dan Klang.
5] Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

Lima bidang usaha yang utama ini dijangkakan mampu mencipta peluang pelaburan yang melebihi RM50 bilion dan menyediakan lebih 15 ribu peluang pekerjaan.Kerajaan Negeri percaya inisiatif ini dapat memberikan peluang sewajarnya kepada Industri Kecil dan Sederhana (SMI), iaitu sektor yang paling teruk terjejas akibat kegawatan ekonomi sekarang.

Usaha ini merupakan fasa pertama dalam rancangan ekonomi baharu negeri Selangor untuk merangsang pembangunan ekonominya. Negeri Selangor dijangka meneroka bidang-bidang lain termasuk meluaskan sistem jaluran lebar (broadband) dan sistem tanpa wayar (wireless) ke seluruh negeri Selangordi samping membangunkan Pulau Indah.

Bagi memastikan pakej ini menempa kejayaan, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta dari dalam dan luar negara. Kerajaan Selangor hendak menginisiasikan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan agensi-agensi kerajaan lain dalam perancangan dan peleksanaan usaha-usaha tersebut. Kerajaan Selangor juga hendak melibatkan Majlis Perniagaan Selangor dan kumpulan perniagaan lain yang berminat menyertai perbincangan ini.

Di samping usaha ini, kerajaan Selangor sudahpun menjalankan beberapa langkah bagi menghadapi isu pemberhentian pekerja, misalnya dengan melancarkan pendaftaran dalam talian (on-line) bagi mereka yang diberhentikan kerja atau sedang mencari pekerjaan.

Dengan yang demikian, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sangat-sangat berharap agar Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menyokong usaha-usaha murni ini kerana kita percaya pembangunan ekonomi mesti merentasi semua perbezaan politik demi melindungi kebajikan rakyat seluruhnya.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Rabu, 4 Mac 2009

Selamatkan Air Selangor !!!!!

March 3, 2009

HENTIKAN !!!

Kerajaan Persekutuan Mesti Hentikan Serta Merta Usaha Untuk Menyelamatkan Syarikat-Syarikat Kroni.

SOKONGAN !!!
Sokonglah Usaha Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mengambil alih Syarikat-Syarikat Konsesi Air Demi Manfaat Rakyat Negeri Selangor !!!!

Ekonomi negara kini menuju kemelesetan. Dengan menaikkan tarif air, ia pasti menambah bebanan rakyat. Inilah tindakan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang kini sedang berusaha hendak membayar harga yang mahal kepada syarikat-syarikat konsesi air supaya dapat mengambil alih aset-aset mereka. Tindakan Kerajaan Persekutuan ini boleh menyebabkan kenaikan kadar bil air.

Usaha Kerajaan Persekutuan ini bakal dimulakan di Selangor. Jikalau rakyat Selangor dan Malaysia membiarkan sahaja perkara ini berlaku, maka Kerajaan Persekutuan pasti melakukan tindakan yang sama ke negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebenarnya, syarikat-syarikat konsesi air sangat tamak. Kata mereka Kerajaan Selangor menawarkan harga rendah untuk mengambil alih aset-aset mereka. Padahal mereka selama ini sudahpun mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Ayuh, sekarang jangan biarkan mereka menyedut lagi duit kita semua untuk disimpan dalam akaun bank-bank mereka!

Ada Tiga Sebab Mengapa Kerajaan Persekutuan Tidak Wajar Mengambil Alih Aset-Aset daripada Syarikat-Syarikat Konsesi Air di Selangor:
1] Kita terpaksa membayar harga (bil) yang tinggi. Tiada lagi pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan. Kenaikan tariff air.
Sebaliknya, jikalau Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi, kadar harga air menjadi semakin murah menurut perkiraan berikut:
Kadar sekarang RM1.33/M3
Turun 10% pada tahun 2009, bersamaan RM1.33/M3
Turun 20% pada tahun 2011, bersamaan RM1.18/M3
Turun 25% pada tahun 2013, bersamaan RM1.11/M3

Kualiti (mutu) air bertambah buruk dalam pengendalian Syabas.


2] Ia merupakan usaha menyelamatkan kroni secara tidak sopanKerajaan Persekutuan hendak menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang sedang menanggung hutang yang banyak:
Hutang Puncak Niaga : RM1.30 bilion
Hutang Syabas : RM2.90 bilion
Hutang Splash : RM1.60 bilion
Hutang Abbas : RM0.64 billion
JUMLAH HUTANG : RM6.40 bilion

Kerajaan Persekutuan dijangka membayar kadar harga yang tinggi kepada syarikat-syarikat konsesi bagi mengambil alih aset-aset mereka. Wang ringgit rakyat yang banyak hendak disedut dan diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi air yang memang sudah kaya raya. Maka, amalan rasuah bakal berterusan malah berleluasa.

3] Syabas paling banyak mengaut keuntungan
Syabas merupakan pembekal tunggal air di Selangor dan Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan hendak memberikan lesen tunggal pengoperasian air kepada Syabas. Kualiti air dijangka terus berkeadaan buruk, iaitu kotor, berbau, mungkin beracun. Layanan buruk terhadap aduan pengguna yang berkaitan air. Tiada tender terbuka kepada lebih 72% kontrak berkaitan industri air yang bernilai RM600 juta. Pengguna perlu membayar RM50 bagi bayaran penyambungan semula, berbanding dengan hanya RM10 sebelum industri air diswastakan; privatization.
Dalam kajian terhadap dokumen Syabas, didapati sebanyak lebih RM325 juta disalahgunakan dalam urusan pembahagian kontrak industri air kepada pihak-pihak tertentu pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007.
Sebanyak RMN51.2 juta adalah dibelanjakan bagi membaik pulih pejabat Syabas, padahal Jabatan Kawalan Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan RM23.2 juta pada tahun 2005.
Menurut perjanjian Syabas, kenaikan 25% tarif dijadual, berkuatkuasa pada tahun 2012, diikuti kenaikan 10% pada tahun 2015, kenaikan 10% pada tahun 2019 dan kenaikan 5% pada tahun-tahun 2021, 2024, 2027 dan 2030.
Syabas telah melebihi “ceiling contract value” mereka sebanyak RM200 juta dari tahun 2005-2207
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad ada menerima bayaran gaji selaku Pengarah sebanyak RM5.1 juta pada tahun 2007 (bersamaan RM425,000 sebulan!), iaitu merupakan antara gaji Pengarah yang paling tinggi di Malaysia.
Dia juga merupakan Pengerusi Eksekutif kepada Syabas, iaitu 70% kepentingan dimiliki Puncak Niaga.
Skandal paip:
Pembelian batang paip daripada syarikat-syarikat Indonesia bernilai RM600 juta.
Syarikat-syarikat yang berikut juga dimiliki oleh orang yang sama!
"Sebenarnya Menjadi suatu Kesalahan bagi Kerajaan Persekutuan untuk Mengadakan Perundingan Terus dengan Syarikat-Syarikat Konsesi Tanpa Melibatkan Kerajaan Negeri langsung, Menurut Perkara 191 (4) dan 191 (7) Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Mempunyai Hak bagi Menamatkan Perjanjian Menurut WSIA 2006, tetapi Beliau Enggan Melakukannnya. Mengapa?"

"Air Merupakan Hak Asasi Manusia dan Tidak Boleh Dipindah Milik Menjadi Barangan atau Komoditi yang Menguntungkan Pihak-Pihak Tertentu. Kerajaan-Kerajaan Negeri Bertanggungjawab untuk Menyedari Perkara Penting Ini.

Dengan Membayar Harga yang Mahal kepada Syarikat-Syarikat Konsesi, Ia Bermakna Kerajaan Persekutuan Bersedia Menswastakan Keuntungan Tetapi Bakal Menanggung Kerugian yang Sangat Banyak."
Apakah yang Patut Kita Lakukan?
1) Adakan mesyuarat di peringkat kawasan anda bersama Majlis Tempatan atau Pertubuhan Penduduk.
2) SMS kepada rakan-rakan dan kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantah usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan Syabas
yang kini mengalami kerugian.
3) Fakskan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi di talian 03-88893712, dengan menyatakan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air lain yang sedang mengalami kerugian.
4) Hantarkan berita kepada surat khabar, radio atau televisyen, dan media dalam talian yang memuatkan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air yang mengalami kerugian.
5) Mulakan Blog tentang isu ini dan poskan ulasan tentang isu ini dalam blog- blog lain.
Sumber : Panel Penilai Air Kerajaan Negeri Selangor 25 Februari 2009

Isnin, 2 Mac 2009

Apa Maknanya MACC Pada Pandangan Rakyat Sekarang?

MACC : TERKENAL KERANA ‘ MALAYSIA ANTI CARS AND COWS’ ?...

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) atau singkatan dalam bahasa Inggeris MACC yang dilancarkan baru-baru ini perlu professional dan tegas dalam usaha memerangi rasuah. Gah pada penukaran nama bukan sandaran kepada kehebatan dalam perjuangan membebaskan negara daripada gejala rasuah.

SPRM atau MACC tidak perlu menjadi omongan rakyat selepas ini yang hanya popular dan terkenal sebagai ‘ Malaysia Anti Cars And Cows’. Hanya bertindak pantas dan tegas kepada segelintir pihak tetapi melupakan dan melambatkan hasil siasatan kepada sejumlah besar individu berprofil tinggi yang kes rasuah didakwa berjumlah RM Berbillion-billion.

Keyakinan rakyat perlu dikembalikan terhadap BPR sebelum ini yang dilihat masih longgar daripada segi kuasa penyiasatan dan pendakwaan. Memperkasakan Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan langkah awal agar usaha memerangi rasuah di Malaysia diperhebatkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat,kedudukan dan status.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 berkuatkuasa pada 1hb Januari 2009. Matlamat utama Akta ini adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab; dan mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti.

Ini bermakna sepertimana yang tertera dalam AKTA yang telah dibentangkan di Parlimen. SPRM ialah suatu badan pencegahan rasuah yang bebas. Justeru justifikasi pencegahan yang bebas memerlukan tafsiran yang jelas. Sehingga kini sebagai badan pencegahan rasuah yang bebas dipertikaikan oleh semua pihak. SPRM dilihat bekerja keras dan bersungguh-sungguh hanya melibatkan dakwaan dan penyiasatan rasuah di peringkat ‘ikan bilis’ dan pihak-pihak tertentu sahaja. Namun pelbagai dakwaan rasuah dan penyelewangan kuasa pihak berprofil yang melibatkan wang rakyat Ringgit Malaysia Berbillion masih terperuk dalam fail siasatan tanpa sebarang tindakan susulan.

Mungkin alasan kekurangan tenaga penyiasat professional untuk membuat siasatan dan dakwaan boleh diterima. Namun alasan ini tidak relevan lagi selepas ini. Segala laporan rasuah yang dikemukakan kepada pihak SPRM perlu diteliti,disiasat dan jika cukup bukti bawa tertuduh ke mahkamah untuk proses seterusnya.

Pada 25hb Februari lepas, sekumpulan anak muda daripada Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah melaporkan 20 dakwaan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Ketua Pembangkang Selangor Dato’ Seri Mohd Khir Toyo yang berlaku sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Jika SPRM boleh pantas dalam membuat siasatan terhadap Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam kes ‘car and cow’ maka SPRM juga tiada alasan lain untuk melakukan siasatan terhadap 20 dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.

Mungkin SPRM boleh mendakwa 20 dakwaan tersebut memakan masa lama. Namun mungkin 1 atau 2 kes daripada 20 kes tersebut boleh disiasat dengan cepat dan pantas kerana SPRM sekarang perlu tampil dengan imej dan persepsi baru dalam usaha professional memerangi rasuah.

Aksi anak muda daripada AMK membawa seekor lembu hidup di Plaza Massalam,Shah Alam merupakan satu simbol kekecewaan anak muda di Malaysia melihat tindakan SPRM seolah-olah dicucuk hidungnya oleh pihak-pihak tertentu.

Kita mempersoalkan ke mana hasil siasatan kes video Linggam yang sehingga kini seolah-olah seperti kes tersebut hanya dalam fail sahaja tanpa jelas daripada segi tindakannya. Ke mana juga hasil siasatan terhadap kes Helikopter Eurocopter Agusta dan kapal selam Scorpene dan jet pejuang jenis Sukhoi.

Terbaru pendedahan Karpal Singh terhadap pita rakaman audio yang dihantar ke Istana Negara yang mengandungi pengakuan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang merasuah seorang kakitangan mahkamah. Ia adalah audio ucapan Tan Sri Zaki semasa satu konvensyen di Kuching pada November lalu yang sehingga kini tiada tindakan susulan.

Apa yang rakyat harapkan ialah SPRM mampu menjadi kuasa pencegahan rasuah dan juga kuasa yang boleh mendakwa kes rasuah. Peperangan memerangi rasuah tidak akan berhasil jika semua kes yang disiasat hanya tinggal di atas kertas.

Akhirnya, rakyat menunggu 100 hari SPRM diperkasakan adakah akan terkenal sebagai badan tunggal negara memerangi rasuah atau akan hanya terkenal sebagai ‘ Malaysia Anti Cars and Cows’. Rakyat sedang menilai SPRM kini dan seterusnya.Ingatlah rasuah dan penyelewengan kuasa adalah pemusnah besar-besaran tamadun dan negara.

MOHD EZLI MASHUT
Ketua Penerangan AMK Kuala Selangor

Rabu, 25 Februari 2009

Perhimpunan Semangat 46 Lembu

PERHIMPUNAN 'SEMANGAT 46 LEMBU'

(MENYOKONG MB SELANGOR DAN DESAK SPRM SIASAT NAJIB DAN KHIR TOYO)

Perkara di atas adalah dirujuk.Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dengan kerjasama AMK Selangor akan melancarkan satu program yang dinamakan "Perhimpunan Semangat 46 Lembu".

Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi 'lembu yang dicucuk hidungnya' kepada UMNO-BN.Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut:-
Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa :2.00 petang
Tempat : Pejabat SPRM, Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam

Semua penyokong dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput hadir.Sekian, harap maklum.

Khamis, 19 Februari 2009

AMK Harap YB Elizabeth Tidak Akan Meletak Jawatan

Kenyataan Media AMK Mengenai YB Elizabeth Wong : Perbandingan TV 3 Jahat
Dikirim pada Februari 18, 2009 oleh Shamsul Iskandar

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyatakan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Adun KeADILan Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong berikutan kontroversi yang melibatkan diri beliau.

Berkenaan dengan isu yang melibatkan Elizabeth ini, beliau tidak perlu meletak jawatan atas beberapa faktor. Pertamanya beliau bukan memperlakukan adegan lucah sebaliknya gambar beliau diambil secara curi dan tanpa kesedaran beliau.

Keduanya, kehidupan peribadi beliau adalah satu perkara yang perlu dihormati dan sebarang usaha pencabulan hak individu beliau adalah sesuatu yang tidak bermoral.
AMK memandang serius akan perbandingan yang cuba dibuat oleh pihak TV3 dalam Buletin Utama 17 Januari 2009 dengan mengaitkan kes Vijandran, Chua Soi Lek, V.K. Lingam dan sebagainya dengan kontroversi yang melibatkan Elizabeth ini.

Ianya benar-benar berniat jahat kerana kes-kes tersebut semuanya melibatkan perlakuan moral individu tersebut yang jelas salah di sisi agama dan juga tatasusila masyarakat.
Demikian juga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang BN Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo yang cuba memesongkan fakta yang berlaku ke atas bekas Menteri Kesihatan dengan Y.B Elizabeth. Beliau perlu maklum bahawa apa yang berlaku kepada bekas Menteri Kesihatan adalah sesuatu yang berbeza memandangkan pendedahan melibatkan bekas Menteri terbabit adalah merupakan skandal seks. Sedangkan apa yang berlaku ke atas Elizabeth adalah merupakan satu penganiayaan yang dilakukan ke atas beliau tanpa beliau sedar.

Tindakan Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan adalah tindakan terpuji kerana meletakkan parti di depan melebihi hal peribadi. Tetapi AMK percaya bahawa tidak ada keperluan bagi Elizabeth untuk mengundurkan diri kerana beliau tidak bersalah atas soal isu ini melibatkan peribadi beliau.

Sokongan rakyat jelas terbukti di Bukit Lanjan dan seluruh Malaysia terhadap Elizabeth, malah kebanyakan organisasi NGO dan sayap wanita parti-parti politik termasuklah di kalangan parti komponen BN seperti MCA sendiri.

AMK berpendapat bahawa Elizabeth perlu meneruskan tugas beliau seperti biasa dan terus berkhidmat kerana rakyat memerlukan beliau dan berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang 11 bulan beliau menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hj Ramlan RoesExco,Angkatan Muda Keadilan MalaysiaMerangkap Ketua PeneranganAngkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan

Ahad, 15 Februari 2009

Majlis Makan Malam Amal - Selamatkan Palestin


Satu Program Anjuran AMK Kuala Selangor.
Dijemput semua Ahli-ahli AMK Selangor untuk hadir dan menderma.
Sila Hubungi Ketua AMK Kuala Selangor :
Sdr Faizal Baharuddin
017 6228568

Ahad, 8 Februari 2009

Kenangan 2 Hari AMK Selangor di Negeri Perak

Laporan : Ketua Penerangan AMK Selangor


Sebahagian Exco AMK Selangor yang hadir pada 5 Februari 2009 (Khamis) di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.

Kelihatan dari kanan Sdr Haslan (Naib Ketua AMK Ampang), Sdr Faizal (Ketua AMK K.Selangor), Sdr Mazli, Sdr Azmizam (Ketua AMK Kota Raja), Sdr Hamsah (Ketua AMK Ampang) dan ahli Skuad AMK.




Pergerakan Rakyat Negeri Perak menuju ke Istana Bukit Candan selepas Solat Jumaat 6 Februari 2009. Kelihatan Sdr Azmizam di barisan hadapan.



Sdr Haslan mengeluarkan airmata yang banyak setelah di serang gas pemedih mata yang dianggarkan melebihi 50 das. Beliau sempat mengumpul sebahagian Tin2 gas pemedih mata yg telah digunakan oleh pihak Polis (FRU)




Sdr Hamsah sedang memerhati keadaan sekitar setelah keadaan reda sedikit selepas serangan kali ke 3 oleh FRU



AMK Selangor sempat memasang Banner untuk menyampaikan mesej kepada Tuanku Sultan Perak





Berehat seketika selepas 'Pergerakan' Rakyat untuk menyatakan bantahan kepada Tuanku Sultan Perak untuk melantik MB Perak ke 2.
Turut kelihatan Sdr Faris (Tim. Ketua AMK) dan Sdr Muzafiq (Tim. Ketua AMK Terengganu)



Salam Reformasi sahabat-sahabat semua,

Syukur Alhamdulillah kami ucapkan kepada rakan2 yang sempat mengikuti rombongan AMK Selangor ke Negeri Perak Darul Ridzuan yang sekarang sudah mempunyai 2 Menteri Besar.
Rombongan bermula petang Khamis (5Feb09) dengan 5 buah kereta dari Kota Raja, Kuala Selangor, Ampang, PJU dan beberapa rakan2 lain yg berkongsi kenderaan dengan rakan2 dari Selangor.
Kami sempat bersama kepimpinan PR dan MB Perak semasa mengadakan persidangan media di Kediaman Rasmi MB di Ipoh.
Pada malamnya diadakan sessi penerangan dari kepimpinan PR Perak dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Salahudin Ayub dan Ketua AMK Malaysia Sdr Shamsul Iskandar.
Kami bermalam di Ipoh. Terima kasih kepada sponsor bilik Hotel. Ketua AMK K.Selangor.
Awal pagi telah bergerak ke Kediaman Rasmi MB Perak dan SUK seterusnya ke Kuala Kangsar untuk Solat Jumaat di Masjid Ubbudiah. Selepas Solat, perhimpunan Rakyat telah dimulakan dengan laungan Takbir...Allahuakbar....dan Reformasi!!!!
Setelah segala pertempuran telah dilalui oleh rakyat yang dikekang oleh Pasukan Polis (FRU) dengan tembakan melebihi 50 das gas pemedih mata, pukulan belantan dan semburan kimia. Program telah tamat sebelum Laungan Azan Waktu Asar.
Kami terpaksa bergegas pulang ke rumah MB Selangor sebab ada Jamuan Kemenangan Petugas PRK P.036 K.T'ganu.
Berbagai cerita dapat dikongsi bersama. Banyak lagi koleksi gambar telah diambil. Akan dilapor kemudian.
Itulah gambar2 dan catitan yg dapat dinukil ditatkala mata amat pedih, tekak amat perit dan sukar bernafas. Sekian...akan di lapor seterusnya.
Sekian. Selamat Berjuang YOB!!!!!








Ahad, 1 Februari 2009

Pengkhianat PKR Telah Letak Jawatan ! PRK Lagilah Nampaknya....


2 Exco Perak Yang Tidak Reti Buat Kerja Letak Jawatan
1-Februari 2009 (Ahad)


Berita Nasional:-


Speaker DUN negeri Perak, ADUN Tronoh V. Sivakumar mengesahkan menerima perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt. Othman Jailu lewat petang tadi di kediamannya.
Oleh itu SPR akan dimaklumkan bahawa kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering digantung serta merta.
Walau demikian, kerajaan negeri Perak kekal selamat dipegang Pakatan Rakyat dengan majoriti.
Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin menafikan berita bahawa beberapa Adun Pakatan telah keluar meyertai BN.
Posts Berkaitan:

Jumaat, 23 Januari 2009

Kerajaan Selangor lancarkan www.selangorkini.com.my

Selangorkini.com.my... Telahpun dilancarkan.

AMK Selangor mengalu-alukan pelancaran "selangorkini" yang merupakan wadah untuk memberitahu berita dan aktiviti semasa dan penera6 ngan dari Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Semua warga AMK Selangor dan rakyat Selangor dialu-alukan untuk melayar di webmaster berikut www.selangorkini.com.my .

Sekian untuk makluman.

Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor
019 3682855 / 016 9448800

Rabu, 21 Januari 2009

Pembangkang Negeri Selangor Disaran Agar Membawa Isu Manfaatkan rakyat




Pembangkang Kerajaan Negeri Selangor Diseru Agar Timbulkan Isu-Isu Yang Bermanfaat Kepada Rakyat

AMK Selangor menempelak berbagai kenyataan-kenyataan akhbar yang telah dibuat sepanjang tahun 2008 oleh UMNO-BN yang diketuai oleh Bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo. Kebanyakan kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuat oleh pihak pembangkang adalah bermotifkan untuk mensensasikan berita tabloid dan cuba untuk mengkucar kacirkan pemerintahan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dari Parti KeADILan Rakyat.

AMK Selangor berpendapat bahawa sekiranya Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo berpendapat Kerajaan BN-UMNO dahulu yang dipimpin beliau selama hampir 8 tahun lebih hebat, kenapa tidak banyak program –program rakyat dilaksanakan seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seperti sekarang? Sedangkan tidak sampai pun satu (1) tahun Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor, telah begitu banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN-UMNO dahulu telah ditolak oleh majoriti Rakyat negeri Selangor dalam PRU ke 12, 8 Mac 2008 lalu.

Di samping itu juga, Kerajaan PR telah merancang sebanyak lima (5) strategi ditetapkan dan akan dilaksanakan dalam Bajet 2009, bersesuaian dengan tema bajet yang tertumpu pada agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Pertama : Merakyatkan ekonomi Selangor (MES)
Kedua : Mempertingkat hasil pendapatan negeri
Ketiga : Memperkasa modal insan
Keempat : Menguruskan perbelanjaan dengan cekap
Kelima : Memantapkan pembangunan negeri Selangor

Dalam pelaksanaan Fasa 1 ini, Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor mengandungi Tiga (3) Fasa utama yang merangkumi 18 program. Sebanyak tujuh (7) program yang diumumkan kepada rakyat sempena Sambutan Majlis 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baharu tempoh hari, telah berjaya dilaksanakan.

Program-program tersebut meliputi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Bekalan Air Percuma Bagi 20 M3, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Mesra Usia Emas, Program Peningkatan Pendapatan Hasil Daripada Bahan Batuan Dan Mineral, Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang. Sejumlah RM35 juta sudahpun diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan program-program tersebut.

Dalam Fasa ke 2, sebanyak enam (6) program telah dirancang dan akan dilaksanakan dalam 6 bulan pertama Tahun 2009 ini seperti Program Pertimbangan Cuti 14 Hari Kepada Suami Yang Isterinya Bersalin, Pertimbangan Cuti Sebulan kepada Wanita yang Kematian Suami, Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim, Bantuan kepada Peniaga Muda dan Bimbingan Perniagaan kepada Belia.

Manakala dalam Fasa ke 3 pula, ia akan dilaksanakan mulai Bulan Julai 2009 yang merangkumi lima (5) program bagi merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Program ini antaranya, memberi bantuan anak ke nurseri, bantuan anak pra-sekolah berasaskan tahap kemampuan keluarga, membina lebih banyak premis dan mewujudkan zon-zon industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh daerah, mewujudkan program inkubator, dan menyediakan latihan keusahawanan di seluruh Negeri Selangor.

AMK Selangor juga amat bersetuju dan menyokong dengan segala bentuk Program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan memandangkan ianya amat menguntungkan keseluruhan rakyat Negeri Selangor tanpa memikirkan latar belakang politik, tanpa mengira kaum dan agama serta melibatkan semua golongan muda dan golongan tua akan mendapat manfaat yang sebaiknya.

AMK Selangor juga berharap segala Strategi Belanjawan Negeri Tahun 2009 ini akan dapat mencapai sasarannya dan perlaksaannya dapat dijayakan dengan sebaiknya. Maka seharusnya Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo memandang dan meneliti Startegi ini dengan sebaiknya dan membangkanglah dengan cara yang berhemah dan bersopan. Memang diakui dalam awal pemerintahan PR ada sedikit cacat dan cela berlaku. Tetapi semua cacat dan cela tersebut akan dikenalpasti dan ditangani dengan sebaik mungkin.

AMK Selangor menyeru agar pihak pembangkang jangan lagi mengheboh-hebohkan isu yang tidak popular dan tidak berfaedah seperti isu pembelian kereta Toyota CAMRY. Beliau juga tahu bahawa kos pengendalian kereta Proton Perdana V6 adalah jauh lebih tinggi selepas tempoh 2 tahun penggunaannya terutama dalam penyelenggaraan “Gear Box”.


Saya juga telah berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri Automotif dan telah berkhidmat dengan Syarikat Pembekal Proton lebih 4 tahun. Pembelian Toyota CAMRY juga telah dapat mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi sekurang-kurangnya selama 2 tahun dan kos pembelian juga akan dapat dikurangkan dengan penjualan kereta Proton Perdana V6 yang lama secara tender. Pembelian kereta rasmi yang baru untuk Kesemua Exco juga adalah berpatutan dengan status negeri yang termaju di Malaysia dan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian kereta Mercedes Benz yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

“Ke Arah Selangor Yang Lebih Cemerlang”

Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor
019-3682855

Ahad, 18 Januari 2009

Bangkitlah Wahai Umat ISLAM !!

Subject: Why Muslims are weak?

Extracts of speech by Hafez A.B Mohamed: Director-General, Al Baraka Bank.

Demographics:
World Jewish Population.
14 million

Distribution:
7 m in America
5 m in Asia
2 m in Europe
100 thousand in Africa

World Muslim Population:
1.5 billion

Distribution:
1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas

Every fifth human being is a Muslim.
For every single Hindu there are two Muslims
For every Buddhist there are two Muslims
For every Jew there are 107 Muslims
Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5billion Muslims

Why?

Here are some of the reasons.

Movers of Current History
Albert Einstein Jewish
Sigmund Freud Jewish
Karl Marx Jewish
Paul Samuelson Jewish
Milton Friedman Jewish

Medical Milestones
Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
Polio Vaccine Jonas Salk Jewish
Leukaemia Drug Gertrude Elion Jewish
Hepatitis B Baruch Blumberg Jewish
Syphilis Drug Paul Ehrlich Jewish
Neuro muscular Elie Metchnikoff Jewish
Endocrinology Andrew Schally Jewish
Cognitive therapy. Aaron Beck Jewish
Contraceptive Pill Gregory Pincus Jewish
Understanding of Human Eye. G. Wald Jewish
Embryology. Stanley Cohen Jewish
Kidney Dialysis Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners
In the past 105 years,
14 million Jews have won 180 Nobel prizes
1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History
Micro- Processing Chip. Stanley Mezor Jewish
Nuclear Chain Reactor Leo Sziland Jewish
Optical Fibre Cable Peter Schultz Jewish
Traffic Lights Charles Adler Jewish
Stainless Steel Benno Strauss Jewish
Sound Movies Isador Kisee Jewish
Telephone Microphone Emile Berliner Jewish
Video Tape Recorder Charles Ginsburg Jewish

Influential Global Business
Polo Ralph Lauren Jewish
Coca Cola Jewish
Levi's Jeans Levi Strauss Jewish
Sawbuck's Howard Schultz Jewish
Google Sergey Brin Jewish
Dell Computers Michael Dell Jewish
Oracle Larry Ellison Jewish
DKNY Donna Karan Jewish
Baskin & Robbins Irv Robbins Jewish
Dunkin Donuts Bill Rosenberg Jewish

Influential Intellectuals/ Politicians
Henry Kissinger , US Sec of State Jewish
Richard Levin, PresidentYaleUniver sity Jewish
Alan Greenspan , US Federal Reserve Jewish
Joseph Lieberman Jewish
Madeleine Albright , US Sec of State Jewish
CasperWeinberger , US Sec of Defence Jewish
Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister Jewish
DavidMarshal , Singapore Chief Minister Jewish
Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
Barry Goldwater , US Politician Jewish
Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
Pierre Mendes, French PM Jewish
Michael Howard, British Home Sec. Jewish
Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
Robert Rubin , US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential
Wolf Blitzer, CNN Jewish
Barbara Walters ABC News Jewish
EugeneMeyer , Washington Post Jewish
Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
Katherine Graham , Washington Post Jewish
Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists
George Soros Jewish
Walter Annenberg Jewish

Why are they powerful?
Why are Muslims powerless?
Here's another reason.
We have lost the capacity to produce knowledge.

In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
In USA alone, 5,758 universities
In India alone, 8,407 universities

Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World

Literacy in the Christian World 90%
Literacy in the Muslim World 40%
15 Christian majority-countries, literacy rate 100%

Muslim majority - countries ,
None o 98% in Christian countries completed primary
Only 50% in Muslim countries completed primary.
40% in Christian countries attended university
In Muslim countries a dismal 2% attended.
Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
The USA has 5000 per million
The Christian world 1000 technicians per million.
Entire Arab World only 50 technicians per million.

Muslim World spends on research/developmen t 0.2% of GDP
Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.
The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.
Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
Singapore 460 per 1000 citizens.
In UK book titles per million is 2000
In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.
Muslim World is failing to diffuse knowledge Applying Knowledge is another such test.

Exports of high tech products from
Pakistan is 0.9% of its exports.
In Saudi Arabia is 0.2%
Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
Singapore alone is 68%

Conclusion.
Muslim World is failing to apply knowledge.

What do you conclude?
No need to tell the figures are speaking themselves very loudly we are unable to listen Advice:

Please educate yourself and your children. always promote education, don't compromise on it, don't ignore your children's slightest misguidance from education (and please, for God's Sake, don't use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can't do it now, they can't ever). We are

World's biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ownselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy...And nothing else. ....Wake up...

Isnin, 12 Januari 2009

Al-Fatihah buat Pemergian Pejuang Reformasi !

Takziah buat Keluarga Allahyarham Amirudin Hamzah - Mantan Ketua Bahagian Subang.


AMK Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abg. Amir di atas pemergiannya subuh tadi untuk menemui Allah s.w.t.

Warga AMK Selangor berharap dan berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para pejuang dan amal soleh.

Wassalam,

Mazli - Ketua Penerangan AMK Selangor

Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Menyambut Kedatangan Maal Hijrah 1430H dan Tahun baru 2009M.

Kepada Semua Ahli-ahli AMK Selangor,

Kami semua Exco AMK Selangor ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah 1430H kepada semua warga Aangkatan Muda KeADILan di seluruh negeri Selangor dan seluruh Negara.

Semoga kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan iltizam perjuangan, meningkatkan tahap ekonomi dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Selamat bercuti di tahun baru.

Wassalam dan Salam Sejahtera.

Ketua Penerangan AMK Selangor.

Selasa, 30 Disember 2008

PKR Selangor pula Kecoh! Apa nak jadi?

Kecoh ... PKR Selangor sedang kecoh.Kalau tidak di pulihkan, merosakkan seluruh parti PKR. Kekal di dalam PKR adalah mereka mereka yang gila jawatan dan mahu menjaga periuk nasi mereka. Takut kehadapan, takut bercakap, sindrom membisu sudah menyerang ahli ahli dan pemimpin PKR.

Pemimpin PKR di dalam dilemma. Mahu mengorbankan Khalid atau Ahli Parliman Kapar? Yang mana satu?Khalid bukan menjadi musuh kepada penyokong UMNO sahaja, tapi kepada PKR sendiri. Pergi lah ke mesyuarat bahagian atau negeri, semua lahirkan rasa tidak puashati mereka kepada MB Selangor, selaku ahli koperat dan di dalam masa yang sama mentadbir negeri.

Tapi hanya di belakang. Kalau ada kelibat wakil wakil MB, hatta ketua AMK K. Selangor pun, semua jadi senyap.Menilai siapa yang suka siapa? Yang pasti, pemimpin marah pada Manickavasagam, sedangkan penyokong tidak suka MB Selangor.

Sekarang terserah ... mahu mengorbankan Khalid atau Mike? Adakah mengorbankan Khalid boleh menutup semua rasa gundah gulana atau korbankan Mike untuk pulihkan parti.Di sini aku mulakan undian untuk memilih Mike atau MB Selangor.

Posted by ketambatu at 10:04 AM
Labels:

Sabtu, 27 Disember 2008

Ucapan Takziah dari AMK Selangor....




Posted by Webmaster
December 27, 2008


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

“Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,’ kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.
Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.
“Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.
“Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja’afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Berkabung 40 hari

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.
“Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.
“Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,’ katanya.
Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja’afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok. - MKini

Khamis, 25 Disember 2008

Selamat Hari Natal !!!!

AMK Selangor mengucapkan Selamat Hari Natal atau Merry Christhmas kepada semua Rakyat Malaysia, Selangor dan Ahli-ahli Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang beragama Kristian.