Ahad, 26 April 2009

TAHNIAH PASUKAN SELANGOR : JUARA PIALA FA 2009


Sabentar tadi saya hadhir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 antara Selangor dan Kelantan. Antara pimpinan yang hadhir termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, YB Azmin, YB Yaakob Sapari dan saudara Shamsul Iskandar.

Kelihatan juga YM Tengku Faris Petra dan juga barisan kepimpinan KAFA di pentas VIP. Turut serta adalah Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Perlawanan ini dikategorikan ‘perlawanan panas’, sehingga memaksa pasukan polis mengerah ratusan anggotanya mengawal keamanan di sekitar stadium.

Pun begitu,profesionalisme kedua-dua belah penyokong jelas terlihat tanpa sebarang insiden provokasi yang keterlaluan.

Ada yang bertanya pasukan mana yang saya sokong. Haha! Bukankah kedua-duanya pasukan Pakatan Rakyat?

Pun demikian, penentuan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan telah menobatkan pasukan Selangor sebagai juara Piala FA tahun ini.
Tahniah saya ucapkan buat barisan pemain! Semuga kejayaan malam tadi bakal membangkit semangat untuk terus mengukir kecemerlangan.

ANWAR IBRAHIM

-----------------------------------------------------------------------------

Angkatan Muda Keadilan Selangor juga mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan Selangor menang dalam Piala FA 2009. VIVA Selangor !...