Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Selangor
12hb Oktober 2009
AMK Selangor Anggap ‘Kemenangan’ UMNO/BN di DUN Bagan Pinang Hanya Menyukarkan Agenda Membanteras Rasuah
AMK Selangor merasakan keputusan pengundi di Dun Bagan Pinang dengan memilih calon yang telah dibuktikan terlibat dengan rasuah politik hanya akan menyukarkan agenda memerangi rasuah secara konsisten. Namun, AMK Selangor amat ‘menghargai’ dan ‘menerima’ segala keputusan pengundi di Bagan Pinang yang telah membuat ‘pilihan’ mereka sendiri atas prinsip semangat demokrasi dengan sikap terbuka.
AMK Selangor melihat proses perjalanan semasa pilihanraya kecil ini amat mengecewakan. Kejadian pergaduhan,provokasi keterlaluan dan keganasan sewajarnya tidak berlaku. AMK Selangor juga menggesa agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) selepas ini mengambil pendekatan yang lebih professional dan menjadi benteng kepada semangat demokrasi sebenar.
AMK Selangor juga terus mempertikaikan proses undi pos yang sewajarnya diganti dengan sistem yang lebih relevan dan tidak mudah terdedah kepada sebarang unsur manipulasi pihak-pihak tertentu. Pelbagai pihak berterusan mempertikaikan sistem undi pos yang tidak dipercayai ketelusannya dan kebebasan para pengundi pos membuat pilihan.
AMK Selangor juga mendesak agar SPR selepas ini membuat perubahan besar kepada daftar nama para pengundi pos dengan hanya menerima daftar undi pos kepada yang layak dan sesuai sahaja. Kita berharap agar daftar undi pos diteliti dan disemak dengan mengeluarkan senarai nama para pengundi pos yang sudah tidak layak dengan segera sebelum PRU-13. Malahan adalah perlu reformasi sistem undi pos tersebut dilaksanakan dengan segera oleh SPR sebagai badan yang mengendalikan perjalanan pilihanraya yang perlu professional dan tidak perlu menunggu arahan pihak parti pemerintah semasa.
‘Kemenangan’ Tan Sri Isa Samad sebenarnya hanya akan membenarkan ramalan Tun Mahathir Mohammad yang menyatakan sebelum ini ‘kemenangan’ Isa Samad hanya akan menyebabkan Barisan Nasional tumbang dalam PRU-13 kelak. Malahan selepas ini dijangka akan berlaku kejutan besar politik kerajaan Negeri Sembilan yang mempunyai dua individu karektor selaku Menteri Besar dan bekas Menteri Besar dalam satu pentadbiran negeri. Pertembungan sengit ini pasti sukar diduga dan akan menyebabkan nasib
AMK Selangor berharap rakyat kini dapat membuka mata dan hati untuk menilai kredibiliti parti UMNO dan komponennya yang terus tenggelam dengan budaya rasuah politik,skandal moral dan penyelewengan. Jelas kini UMNO dan kompenannya seperti MIC, PPP , Gerakan dan MCA terus bergelut untuk mencari individu pemimpin yang bersih dan amanah untuk memerangi rasuah dan agenda perubahan. Apakah harapan boleh diletakkan kepada pemimpin yang terbukti dan terpalit dengan rasuah dan skandal moral untuk membawa perubahan besar dan memerangi rasuah sehingga ke akar umbi?.
Indeks Rasuah
Justeru, AMK Selangor menggesa semua pihak dan rakyat seluruhnya terus komited memerangi rasuah dan pengamalnya. Sudah tiba masanya agenda memerangi rasuah ini digembeling oleh semua pihak dengan lebih bersungguh-sungguh dan konsisten. AMK Selangor berharap indeks rasuah negara ini dapat diperbaiki semoga keberkatan daripada usaha ini dapat membawa negara menuju menjadi negara maju dan hebat dalam ertikata sebenarnya.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan
AMK Selangor