Kenyataan Media29 April 2010Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kesal dengan insiden yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid Amzah, pelajar berusia 15 tahun yang ditembak mati oleh polis pada 26 April 2010 yang lepas.Insiden ini berlaku dalam keadaan kes yang melibatkan Norizan Salleh dan Allahyarham Tawfiq Noorzan masih gagal diselesaikan oleh pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri. Apa yang lebih mengecewakan ialah tindakan pihak polis yang kelihatan bermain tarik tali dengan insiden sebenar yang membelenggu tiap-tiap kes.Alasan berterusan yang diberikan ialah mereka 'hanya menjalankan tanggungjawab' yang menjadikan nyawa manusia sebagai galang ganti kecuaian mereka. AMK melihat pihak polis seolah-olah tidak belajar daripada kesalahan yang lepas. Justifikasi yang memuaskan secara berterusan gagal diberikan.AMK mempersoalkan mengenai etika pengendalian kes-kes yang memerlukan tembakan dibuat seperti yang terkandung di dalam Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara tidak diberi penekanan oleh anggota polis. Rentetan kes yang berlaku ini jelas menampakkan keperluan Kerajaan untuk menyegerakan kewujudan IPCMC sebagaimana yang didesak oleh Pakatan Rakyat sekian lama. Salahlaku polis semakin berleluasa, dan adalah sesuatu yang sangat malang sekiranya kes salahlaku polis juga disiasat oleh polis!AMK, dengan solidariti Dewan Pemuda Pas Pusat serta Pemuda Sosialis DAP di bawah panji Pemuda Pakatan Rakyat dengan ini menggesa agar:(i) Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, dan Ketua Polis Negeri Selangor meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah secara terbuka tanpa kompromi;(ii) sebuah Suruhanjaya Bebas diwujudkan untuk menyiasat kes ini pada kadar segera; dan(iii) Pemuda Umno-BN dan juga badan-badan pro-Melayu seperti Perkasa menyatakan ketetapan mereka mengenai kezaliman yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid ini,apakah mereka turut menentang atau bersetuju dengan pembunuhan beliau.Sehubungan dengan itu, Pemuda Pakatan Rakyat dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan lainnya akan mengemukakan kes ini ke perhatian Suhakam pada hari Isnin, 3/5/2010, jam 2.30 petang agar desakan berterusan ke atas salah laku polis ini dapat dijana dan diperkukuhkan melalui insiden malang ini.Shamsul Iskandar Mohd AkinKetua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Jumaat, 30 April 2010
Selasa, 27 April 2010
'Jangan lapor yang bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
|
Rabu, 21 April 2010
Generasi Muda Pulanglah Untuk Mengundi
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
21hb April 2010
Generasi Muda Pulanglah Untuk Mengundi
Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa pengundi generasi muda dapat melaksanakan amanah pada PRK Parlimen Hulu Selangor 25hb April pada Ahad ini. Justeru yang bekerja di luar adalah dipohon dapat pulang bagi melaksanakan tuntutan yang menentukan masa hadapan negara ini.
Generasi muda mempunyai pemikiran yang kritis dan terbuka ruang mendapat maklumat tepat . Berilah peluang kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang amat memahami aspirasi dan citarasa kehendak generasi muda. Pengalaman luas beliau dalam bidang guaman berguna sebagai satu lagi suara untuk generasi muda yang mahu perubahan total kepada negara ini.
Kita yakin generasi muda memerlukan suara yang dapat menjadi jurubicara mereka. Cabaran generasi kedua dan ketiga di Felda-felda serta di seluruh desa dan pekan di Hulu Selangor memerlukan suara pembelaan daripada individu yang berkeupayaan,berintegriti dan daya juang rakyat yang kental.
Generasi muda perlu menggunakan peluang terbaik ini untuk menyatakan pendirian tegas dengan memberi undi kepada Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili suara anak muda di Parlimen. Isu-isu nasional seperti kebebasan badan kehakiman,perundangan dan perlembagaan memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam perkara ini.
Kita yakin seluruh rakyat Malaysia juga meletakan harapan yang tinggi kepada pengundi generasi muda untuk membawa agenda perubahan. Prestasi dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah daripada sokongan mantap generasi muda perlu diteruskan di Hulu Selangor . Jelas terbukti dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor keupayaan dan kejayaan lebih bermakna daripada lebih 50 tahun BN memerintah.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan ,AMK Selangor
Ahad, 18 April 2010
Bangunlah Generasi Muda Felda !
Tolak Keganasan Politik Barisan Nasional
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
17hb April 2010
Tolak Keganasan Politik Barisan Nasional
Angkatan Muda Keadilan Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional pada hari penamaan calon. Justeru, AMK Selangor menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri BN yang amat dahsyat.
Pengundi di Hulu Selangor amat bertuah kerana Pakatan Rakyat menampilkan calonnya iaitu Dato’ Zaid Ibrahim seorang individu berjiwa besar yang berintegriti,berwibawa dan prihatin kepada rakyat. Pengundi di Hulu Selangor boleh menilai 2 tahun pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat bahawa boleh membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa.
Ia berbeza dengan pemerintahan BN yang terus mengamalkan budaya rasuah, terpalit skandal moral dan kerakusan kuasa. Akibatnya, BN cuba membawa budaya keganasan politik dengan menggunakan taktik fitnah,kekerasan dan ugutan untuk meraih undi.
AMK Selangor yakin,pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih dan mendapatkan maklumat yang tepat. Budaya keganasan politik yang cuba di bawa masuk ke Hulu Selangor oleh Barisan Nasional amat jelas bertentangan dengan nilai keharmonian dan perasaan kasih-sayang dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di sini.
Justeru tolak BN dalam pilihanraya ini yang sudah tidak lagi hormat kepada ketenteraman,kedamaian dan kasih sayang masyarakat pelbagai kaum. Pakatan Rakyat membawa gagasan besar di Hulu Selangor untuk membawa masyarakat di sini hidup dalam suasana lebih mesra dan berkasih sayang antara pelbagai kaum tanpa sebarang perasaan prejudis.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan
AMK Selangor
Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semangat Menjana Kemenangan di PRK Hulu Selangor
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
18hb April 2010
Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semangat Menjana Kemenangan di PRK Hulu Selangor
Angkatan Muda Keadilan Selangor yakin tindakan keluar parti ahli PKR yang kononnya mendakwa dirinya Ketua dan Timbalan AMK Cabang Shah Alam langsung tidak memberikan kesan kepada jentera dan kekuatan AMK di Hulu Selangor. Sebenarnya individu tersebut sudah lama tidak aktif dalam gerak kerja parti semenjak 2 tahun lebih.Malahan jawatan tersebut telah dipangku oleh individu lain.
AMK Selangor yakin ianya sebahagian perancangan jijik UMNO/BN untuk menghilangkan kenyakinan rakyat kepada PKR. Namun tindakan tersebut sebenarnya langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada keyakinan pengundi Hulu Selangor kepada calon berwibawa Datuk Zaid Ibrahim.
Tindakan jijik keluar parti itu sebenarnya episod ulangan yang digunakan oleh UMNO/BN yang sudah ketandusan idea-idea pembaharuan dan gagasan membela rakyat. Justeru isu lapok yang dibawa ialah fitnah, adu-domba dan keganasan politik lantaran penolakan total rakyat kepada Barisan Nasional sebelum ini.
AMK Selangor menegaskan calon yang ditampilkan oleh Parti Keadilan Rakyat adalah individu yang akan membawa suara pembelaan rakyat ke Parlimen. Integriti tinggi dan berprinsip yang dibawa oleh Datuk Zaid Ibrahim mencerminkan gagasan pembaharuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat di Parlimen Hulu Selangor amat bertuah Datuk Zaid Ibrahim adalah insan hebat yang memegang prinsip dan memahami denyut nadi perjuangan rakyat pelbagai agama dan bangsa serta menjadi harapan baru kepada suara rakyat Hulu Selangor. Justeru untuk membawa agenda Selamatkan Malaysia, beliau adalah individu yang paling layak membawa obor perjuangan rakyat ini.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor