Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
21hb April 2010
Generasi Muda Pulanglah Untuk Mengundi
Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa pengundi generasi muda dapat melaksanakan amanah pada PRK Parlimen Hulu Selangor 25hb April pada Ahad ini. Justeru yang bekerja di luar adalah dipohon dapat pulang bagi melaksanakan tuntutan yang menentukan masa hadapan negara ini.
Generasi muda mempunyai pemikiran yang kritis dan terbuka ruang mendapat maklumat tepat . Berilah peluang kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang amat memahami aspirasi dan citarasa kehendak generasi muda. Pengalaman luas beliau dalam bidang guaman berguna sebagai satu lagi suara untuk generasi muda yang mahu perubahan total kepada negara ini.
Kita yakin generasi muda memerlukan suara yang dapat menjadi jurubicara mereka. Cabaran generasi kedua dan ketiga di Felda-felda serta di seluruh desa dan pekan di Hulu Selangor memerlukan suara pembelaan daripada individu yang berkeupayaan,berintegriti dan daya juang rakyat yang kental.
Generasi muda perlu menggunakan peluang terbaik ini untuk menyatakan pendirian tegas dengan memberi undi kepada Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili suara anak muda di Parlimen. Isu-isu nasional seperti kebebasan badan kehakiman,perundangan dan perlembagaan memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam perkara ini.
Kita yakin seluruh rakyat Malaysia juga meletakan harapan yang tinggi kepada pengundi generasi muda untuk membawa agenda perubahan. Prestasi dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah daripada sokongan mantap generasi muda perlu diteruskan di Hulu Selangor . Jelas terbukti dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor keupayaan dan kejayaan lebih bermakna daripada lebih 50 tahun BN memerintah.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan ,AMK Selangor