Ahad, 18 April 2010

Tolak Keganasan Politik Barisan Nasional

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

17hb April 2010

Tolak Keganasan Politik Barisan Nasional

Angkatan Muda Keadilan Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional pada hari penamaan calon. Justeru, AMK Selangor menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri BN yang amat dahsyat.

Pengundi di Hulu Selangor amat bertuah kerana Pakatan Rakyat menampilkan calonnya iaitu Dato’ Zaid Ibrahim seorang individu berjiwa besar yang berintegriti,berwibawa dan prihatin kepada rakyat. Pengundi di Hulu Selangor boleh menilai 2 tahun pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat bahawa boleh membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa.

Ia berbeza dengan pemerintahan BN yang terus mengamalkan budaya rasuah, terpalit skandal moral dan kerakusan kuasa. Akibatnya, BN cuba membawa budaya keganasan politik dengan menggunakan taktik fitnah,kekerasan dan ugutan untuk meraih undi.

AMK Selangor yakin,pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih dan mendapatkan maklumat yang tepat. Budaya keganasan politik yang cuba di bawa masuk ke Hulu Selangor oleh Barisan Nasional amat jelas bertentangan dengan nilai keharmonian dan perasaan kasih-sayang dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di sini.

Justeru tolak BN dalam pilihanraya ini yang sudah tidak lagi hormat kepada ketenteraman,kedamaian dan kasih sayang masyarakat pelbagai kaum. Pakatan Rakyat membawa gagasan besar di Hulu Selangor untuk membawa masyarakat di sini hidup dalam suasana lebih mesra dan berkasih sayang antara pelbagai kaum tanpa sebarang perasaan prejudis.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan

AMK Selangor