Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
21hb Ogos 2010
Bidas Menteri Pertahanan Tidak Mampu Jawab Isu Pertahanan
AMK Selangor membidas Menteri Pertahanan,Datuk Zahid Hamidi yang menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar sebagai penderhaka berkenaan isu kapal selam.
Berikut ialah jawapan Datuk Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada 17/3/10: “ Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat.”
Justeru,AMK Selangor menggesa Menteri Pertahanan menjawab isu utama perkara ini dan bukan membuat tuduhan melulu kepada orang lain menggunakan isu pengkhianatan.Adalah tidak wajar standart dan kualiti Menteri Pertahanan menjawab isu pertahanan dan keselamatan negara dengan sedemikan rupa.
Isu keselamatan dan pertahanan negara adalah suatu yang kritikal dan perlu diambil perhatian serius oleh Menteri Pertahanan apabila melibatkan aset pertahanan yang mencecah RM berbillion-billion. Kita mahu aset pertahanan negara ditahap terbaik dan mampu berhadapan situasi sukar dan krisis apabila memerlukan.
Warganegara Malaysia seluruhnya mempunyai hak untuk mempersoalkan keupayaan sistem pertahanan negara, kerana melalui ini maka keyakinan rakyat terhadap keupayaan sistem pertahanan dan aset keselamatan negara adalah di tahap siap-siaga dan mampu menangkis sebarang ancaman keselamatan dalam dan luar.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor