Isnin, 29 Disember 2008

ISU MP Kapar ~ Isu yang tidak menguntungkan mana2 pihak......

Isu MP Kapar : Syed Husin minta semua henti bertelagah
Dec 28, 08 6:47pm

Para pemimpin Pakatan Rakyat - gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - dinasihatkan supaya berhenti menimbulkan perbezaan dan konflik antara mereka melalui media."Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali."Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebaliknya, kata beliaiu, mereka hendaklah duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman. Menurutnya, terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian.Jumaat lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.Khalid pula dilaporkan menjawab bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya. Menteri besar Selangor itu bagaimanapun hari ini menafikan berkata demikian.

Bagaimanapun, Santiago dilaporkan bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.Mengulas lanjut, Dr Syed Husin berkata, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.Ekoran itu, katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik Rabu ini bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

Dr Syed Husin mendakwa, isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN. "Mereka telah memutarbelit kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan (Rakyat) untuk menggambarkanseolah-olah pakatan pembangkang dalm keadaan kucar kacir."Sebenarnya, niat mereka adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya.Penjelasan KhalidSementara itu, pejabat urusetia media Menteri Besar Selangor menafikan laporan akhbar the Star yang memetik Khalid sebagai berkata beliau tidak berminat untuk menemui Manikavasagam atau meminta beliau menimbangkan semula keputusannya untuk meninggal PKR.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan hari ini, urusetia tersebut menegaskan bahawa dalam sidang akhbar tersebut, Khalid tidak pernah pada bila-bila masa pun membuat kenyataan seumpama itu."Apabila menteri besar ditanya sama ada beliau bersedia untuk menemui ahli Parlimen Kapar itu, beliau menjawab, sebagai seorang ahli parlimen, ia adalah lebih baik bagi ahli Parlimen itu menemui pemimpin parti," kata kenyataan itu lagi.Menurutnya, Khalid tidak pernah mengatakan bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan, seperti dalam laporan akhbar tersebut.

"Dalam sidang akhbar tersebut, menteri besar, apabila ditanya, telah menegaskan bahawa ahli Parlimen Kapar itu bebas untuk membuat keputusannya dan bahawa beliau cukup matang untuk membut keputusan yang baik selaku wakil rakyat kepada lebih 100,000 pengundi dalam kawasan pilihanrayanya dan (selaku) seorang ahli PKR."Menteri besar juga berulangkali menegaskan bahawa forum terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah biro politik parti berkenaan (PKR)," tambahnya.Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya memandang berat tindakan memutarbelit fakta dan berharap akhbar berkenaan lebih bertanggungjawab dan tepat dalam laporannya mengenai kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.