Monday, December 29, 2008
Pesanan dari Penyokong PKR
email Melatiputih
Perjuangan memang perlu keikhlasan. Ya, itulah yang kita lakukan selama ini. Itu saranan kepada para pejuang. Tapi bagaimana pula pesanan untuk pemimpin? Adakah bersama berjuang dan jika berjaya, terus lupakan?Apa yang berlaku sekarang adalah di luar pengetahuan para penyokong PKR sendiri. Kita tidak pernah mempunyai pengalaman di dalam perjuangan. Kerana itu kita pernah menyangka bahawa ini yang akan berlaku selepas kejayaan di kecapi.
Kita tidak pernah di berikan gambaran buruk sebelum kita berjaya. Lantas apa yang berlaku sekarang membuatkan kita kecewa.Sejak perubahan yang berlaku di dalam struktur penerangan PKR di Malaysia, sudah ada kelibat unsur unsur penipuan cara UMNO di dalam parti. Sesungguhnya saya teramat berasa sedih kerana Anwar Ibrahim, selaku ketua UMUM Keadilan, meminta untuk akar umbi tidak pertikaikan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sedangkan kenyataan itu tidak sekonkrit yang sepatutnya. Kenyataan beliau adalah lebih kepada kenyataan sebelah pihak dan mahu kita dengar, patuh tanpa sebarang persoalan.Ada pula balaci balaci yang turut menyetujui cara itu sedangkan, kalau kaedah itu di gunakan di dalam UMNO, kita sendiri mempertikaikannya.
Sesungguhnya, apa jua kaedah perlantikan di dalam sistem demokrasi, seharusnya mendapat keputusan dari ahli. Kita setuju bahawa ianya adalah hak pemimpin, tapi memandangkan keputusan yang di buat oleh pemimpin cenderung kepada ketidakadilan, sehingga mampu memorak poranda kan parti, maka ianya adalah tanggung jawab ahli untuk menyelamatkannya. Lihat apa yang berlaku di Selangor, Perak dan Pahang. Malah kita tidak tahu apa sebenarnya yang di rasai oleh Sabah dan Sarawak.Kita bukan mengkritik untuk menjahanamkan parti tetapi pemimpin harus sedar bahawa kelahiran Parti Keadilan adalah berdasarkan kepada perjuangan reformasi.
Namun apa yang dilihat sekarang, pemimpin Keadilan sendiri sedang berusaha untuk merobah bentuk parti yang disangkakan bersih dari fahaman UMNO untuk memilih di kalangan kroni masing masing.Saya cuba untung buang rasa musykil di dalam hal ini. Namun saya meletakkan diri ini sebagai seorang di luar parti melihatkan keadaan di dalam, seperti yang kita alami ketika kita mengkritik UMNO. Dan malangnya, keadaan yang sama berlaku.Pemimpin seharusnya memikirkan tentang susah payah, jerit perih penyokong. Kalau pun bukan mereka mereka itu di lantik sebagai pemimpin, tapi beri lah mereka peluang untuk membuat keputusan memilih pemimpin mereka sendiri.
Penyokong tulen PKR adalah mereka mereka yang tidak mahu di perdayakan seperti yang mereka alami ketika bersama UMNO dahulu. Dan pemimpin harus sedar tentang keadaan itu.Sekiranya tohmahan mengatakan bahawa AZMIN terlibat di dalam percaturan pemilihan, sila berikan bukti. Bukan setakat memberi harapan seperti yang di berikan kepada penyokong sebelum pilihanraya dulu.Pemimpin harus sedar bahawa pemimpin hanya lahir selepas ada nya penyokong. Dan jika penyokong tiada, pemimpin akan pincang sepincang pincangnya.Saya menyeru kepada semua penyokong PKR.
Jika pemimpin PKR tidak memberikan sebarang kenyataan yang cukup menyakin mengenai kemelut yang berlaku di dalam PKR sekarang. Bersama sama kita BERHIJRAH ke parti pembangkang yang lain. Dan kita lihat sejauh mana PKR boleh berdiri dengan sendirinya tanpa penyokong yang selama ini bersungguh sungguh menyokong.Apakah harapan lagi yang kami ada sekiranya pemimpin yang kita puja dahulu sudah memjadi bayangan kepada pemimpin UMNO yang ada sekarang.
eMail dari : Melatiputih.