Khamis, 27 November 2008

Kongres PKR ... ada yang bakal KENA


KONGRES PKR ..... Ada yang bakal KENA !!! Klik SINI
dipetik dari no2umno

Selasa, 25 November 2008

Persiapan Kongres KeADILan berjalan lancar - SU Agung


suarakeadilan |

KONGRES ke5 KeADIlan bakal menyaksikan perwakilan daripada 110 Bahagian dari seluruh pelusuk negara dan secara tidak langsung ia akan menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan.

Setiausaha Agung KeADILan, Sallehudin Hashim berkata dianggarkan lebih 2000 perwakilan dari Bahagian akan berkumpul di Stadium Malawati, di Shah Alam, tempat Kongres berkenaan akan diadakan dari 28 hingga 30 November ini.

Menurut Sallehuddin, semua perancangan dan persediaan sudah dimulakan sejak 10 hari lalu dan persediaan yang dilakukan adalh untuk memastikan Kongres kali ini lebih tersusun dan juga meriah.

Beliau menambah kakitangam parti di sekreteriat untuk kerja-kerja biasa sudah mencukupi tetapi bila ada projek seperti kongres dan sebagainya maka khidmat kakitangan parti di peringkat negeri-negeri juga akan digunakan

Menurutnya terdapa 13 orang setiausaha kerja yang bergaji iaitu wakil pusat di pejabat negeri dan mereka akan ke Kuala Lumpur mulai 24 November ini untuk membantu kerja-kerja yang berkaitan....more.

Memimpin Harapan Rakyat

ShamsulIskandar | Tanggal 28 November 2008 depan akan menyaksikan Kongres Tahunan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dianjurkan buat tahun yang kesembilan selepas ledakan era reformasi tahun 1998.

Kongres kali ini mengangkat tema “Memimpin Harapan Rakyat”, sebagai kesinambungan tema Kongres Tahunan AMK 2007 yang mengangkat tema “Daripada Harapan Kepada Kemenangan”. Ianya bersesuaian dengan sentimen rakyat Malaysia khususnya pasca Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lepas.

Ini sejajar dengan tema Kongres Tahunan KeADILan iaitu “Harapan Baru”, yang memperlihatkan usaha untuk menterjemahkan kuasa rakyat ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih adil dan demokratik. .. .more.

Sabtu, 22 November 2008

Perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS adalah bersi

tranungkite |AMK Selangor berpendapat perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS hanya bersifat sementara mendapatkan pengganti jawatan itu yang dikosongkan atas persaraan Dato' Harun Salim. Kemungkinan jika pengganti yang sesuai akan diperolehi, maka Puan Low akan memegang jawatan Timbalan Pengurus Besar Akaun dan Korporat semula.

Tindakan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam perkara ini sememangnya menjadi persoalan berbagai pihak samada dari rakyat negeri Selangor sendiri, parti-parti komponen Pakatan Rakyat mahupun juga pihak pembangkang, UMNO dan Barisan Nasional.

Persoalan ini tidak akan timbul sekiranya isu persaraan Dato' Harun sebagai Pengurus Besar dapat ditangani dengan menyediakan calon-calon yang berkarisma dan sesuai dicari sebelum tibanya saat-saat akhir beliau bersara pada hari ini. Mengapakah pengganti Pengurus Besar PKNS ini tidak dicari sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sebelum 30hb Oktober 2008?

Ini menunjukkan bahawa pentadbiran PKNS dan Kerajaan negeri Selangor kurang kemas dan tidak membuat perancangan yang rapi dalam menyelenggarakan permasalahan ini. Ini diumpamakan seperti mengambil pepatah Melayu yang bertajuk "Rumah Siap Pahat Berbunyi". Menteri Besar disaran agar melaksanakan perancangan seperti konsep "Plan, Do, Check, Action (PDCA)" dalam membuat semua perancangan-perancangan yang melibatkan kepentingan rakyat dan pentadbiran.


Permasalahan seperti ini tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan negeri Selangor sekarang dapat memahami dan mempraktikkan konsep "Effective Change Process Management" dengan baik dalam menguruskan perkara-perkara yang memerlukan pertukaran di dalam pengurusan tertinggi syarikat "GLC" @ syarikat berkepentingan negeri.

AMK Selangor menyarankan, agar semua pihak bertenang dan memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang positif. Usahlah dimainkan sentimen perkauman dan menyemai rasa benci sesama rakyat jika sesuatu tindakan radikal dan sensitif diambil dalam menangani sebarang perancangan atau tindakan diambil.

Memang sudah menjadi tradisinya, Pengurus Besar PKNS adalah dari seorang berbangsa Melayu sejak penubuhan PKNS bermula pada tahun 1964. Tetapi dalam perkara ini, Puan Low hanya dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar dan hanya diberikan kontrak tidak lebih dari 1 tahun!

AMK Selangor berkeyakinan bahawa Tan Sri Khalid mempunyai alasan yang amat kukuh dan agenda yang tersendiri dan tersembunyi yang berfaedah kepada rakyat negeri Selangor dalam membuat keputusan itu. Kami juga berpendapat beliau adalah seorang ahli korporat Melayu yang bukan calang-calang pemikirannya, pandangannya dan tindakan beliau dalam membuat keputusan yang amat penting seperti itu. Harapan besar kami agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya bagi mengatasi dan mencari formula terbaik dalam menyelesaikan kemelut kerugian PKNS yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit yang dilaporkan sebelum ini.

AMK Selangor menyeru rakyat negeri Selangor agar berfikir dengan sewarasnya dalam membaca berita-berita yang sensasi dalam isu yang digembar-gemburkan oleh media sejak awal minggu ini. Kita kena berfikiran positif dan pro aktif dalam menerima dan memberi pandangan dalam sesuatu perkara dan isu. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menghormati perasaan tidak ketentuan dalam menangani isu perkauman yang sudah mula disiram dan diheboh-hebohkan oleh pihak yang suka menangguk di air keruh.

Rakyat negeri Selangor seharusnya bersyukur kerana mendapat seorang Menteri Besar yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran korporat dan pentadbiran. Di samping itu, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah di bawa oleh beliau adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membantu keseluruhan ekonomi rakyat di negeri Selangor ini tanpa mengira kaum, taraf hidup dan jantina.

Namun, amatlah diharapkan agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan sebaik-baiknya agar semua pihak terutama rakyat negeri Selangor akan berpuas hati dan mendapat faedah dengan agenda-agenda beliau. Bak kata pepatah Melayu lagi seperti menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik elok dan tepung pula tak bertaburan.

Yang paling penting bagi AMK Selangor adalah agar keputusan yang telah diambil oleh Menteri Besar ini akan dapat membuatkan PKNS memperolehi keuntungan yang lebih lumayan dibandingkan sebelum ini. Dengan keuntungan itu, rakyat negeri Selangor akan dapat memperolehi hasil dan faedah yang sebaiknya. Selari dengan falsafah penubuhan PKNS itu sendiri
"Kemajuan Untuk Rakyat".

"Harapan Baru Untuk Selangor dan Malaysia"

Mazli Saring
Ketua Penerangan AMK Selangor