Memaparkan catatan dengan label Melayu kini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu kini. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2009

SULTAN SELANGOR BIMBANG !!!

Sultan bimbang orang Melayu S'gor berpecah

Mar 7, 09 1:00am

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan. "Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain. "Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata," titah baginda.Baginda menegaskan demikian ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat Petaling Jaya semalam.


Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor Bernama.Sultan Sharafuddin juga menyeru rakyat Selangor supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mahu keamanan dan kesejahteraan hidup yang dirasai kini berterusan, atau bertelagah sesama sendiri sehingga memusnahkan negeri sendiri.Baginda menyeru orang Melayu supaya bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. 'Hilang maruah'Baginda turut melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan.


Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat."Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?"Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda.


Menyentuh mengenai pengurusan masjid, Sultan Sharafuddin bertitah, pihak pengurusan perlu memandang serius dan lebih prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana damai masjid.Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz yang terletak di Jalan Templer pada mulanya adalah sebuah surau kayu dua tingkat pada tahun 1956, dan lapan tahun kemudian ia dibina semula sebagai sebuah masjid batu berbentuk payung separuh tertutup.


Berikutan dengan jumlah anak kariah yang semakin meningkat, masjid itu sekali lagi diubah suai bagi pada 1980-an, dan pada 2005 kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk membina semula masjid itu.Bangunan masjid itu kini meliputi kawasan lantai seluas 7,374 meter persegi dengan ruang solat yang mampu menampung 4,000 jemaah selain kemudahan tambahan termasuk dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan kelas pengajian.

Rabu, 7 Januari 2009

ANAK BANGSA PUN NAK DIPOLITIKKAN !

Wednesday, January 7, 2009

UMNO menggunakan TADIKA KEMAS untuk bodohkan rakyat
email oleh: budibicaraTujuan Tadika Kemas di tubuhkan adalah untuk merasuk kanak kanak dengan budaya UMNO sejak dari kecil di dalam masa yang sama menyalurkan bantuan kepada anggota anggota UMNO melalui aktiviti kemasyarakatan. Guru yang terpilih adalah di kalangan ahli-ahli wanita UMNO yang berada di satu kawasan kawasan tertentu. DI berikan gaji dan elaun dan sering di hantar untuk kursus berasaskan perkauman dan parti.

Kemelayuan Guru Tadika Kemas ni memang kuat. Pantang lalai, diorang akan di asak dengan kursus perkauman UMNO untuk kembalikan sikap perkauman mereka itu. Kerana itu mereka sanggup bertegang urat memperjuang bangsa Melayu sedangkan mereka tidak tahu hujung dan pangkal.Jadi mereka mereka ini adalah tenaga pengajar kepada kanak kanak yang ibubapa nya tidak mampu untuk menghantar anak anak mereka ke pusat tadika swasta yang mahal harganya.Secara tidak langsung, anak anak kita terdedah kepada budaya perkauman yang kuat sehingga menyukarkan kanak kanak untuk berinteraksi bersama anak anak bangsa lain di Sekolah rendah dan menengah.Guru guru tadika adalah terdiri dari akar umbi penyokong UMNO. Kerana taksub dan menurut arahan, maka mudah lah guru guru ini diperbodohkan oleh Pemimpin Pemimpin UMNO, untuk dijadikan isu isu sebagai senjata dengan tujuan memperkecilkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kekecohan pernah berlaku di beberapa buah negara di bawah Pakatan Rakyat selepas pengisytiharan kemenangan kerajaan baru. Dengan hanya pesanan SMS, maka kosong lah TADIKA KEMAS apabila perabut dan peralatan tadika tersebut di angkut keluar oleh guru guru tadika yang berjaga ketika keputusan pilihanraya di umumkan. Apa bila SAH sahaja UMNO dan BN kalah pilihanraya bulan Mac lepas, mereka pun angkut semua barang keluar dan membawanya pulang ke rumah masing masing.Sebenarnya, usaha menakut nakutkan guru KEMAS telah di lakukan sebelum pilihanraya lagi. Sekiranya kerajaan bertukar tangan, mereka akan di berhentikan kerja dan TADIKA KEMAS akan di tutup. Kerana itu lah maka, Guru Guru TADIKA KEMAS ini bersungguh sungguh menjadi jentera pilihanraya dan berharap BN akan terus menjadi kerajaan. Ada juga guru TADIKA KEMAS yang menjadi kakitangan SPR. Semuanya adalah usaha putar belit UMNO dan BN untuk terus berkuasa.Disuruh apa sahaja, mereka akan lakukan dengan tujuan mereka terus berpendapatan dan terus mendapat limpahan rezeki dari kerajaan.

Memandangkan PAS mempunyai tadika mereka sendiri, yakni PASTI maka kemungkinan penutupan TADIKA KEMAS bertambah kukuh. TADIKA KEMAS akan di ganti dengan PASTI untuk mengajar anak anak kecil pra persekolahan. Itu maklumat yang disebarkan.Yang pasti kini, TADIKA KEMAS adalah salah satu senjata UMNO untuk terus digunakan sehingga hari ini dan baru baru ini timbul pula berita angin tentang arahan Kerajaan Perak menutup semua sekolah dan dewan TADIKA KEMAS. Maka kecoh lah orang orang Melayu yang tidak tahu menahu tentang cerita sebenar.Pada melayu melayu yang cepat melenting dan kuat semangat UMNOnya, mereka mula melatah dengan kenyataan yang dibuat secara terbuka di dalam akhbar akhbar.

Dan kini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang merupakan orang pertama mencerita kan Tohmahan ini telah membangkit isu tersebut ketika K. Terengganu sedang berhadapan dengan pilihanraya kecil.Cerita ini di hebahkan, bertujuan untuk menakut nakutkan pengundi majoriti Melayu di bandar tersebut. UMNO berharap dengan TOHMAHAN tersebut, bangsa Melayu akan menolak PAS dan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya tersebut. Dalam masa yang sama keujudan isu ini, boleh menambahkan isu untuk dibicarakan ketika berkempen nanti.Dengan suasana ekonomi yang tidak mantap sejak akhir akhir ini, TADIKA KEMAS menjadi pilihan kepada rakyat yang kurang mampu. Beranggapan bahawa dengan ketiadaan TADIKA KEMAS akan menyusahkan mereka sehingga kepada usaha untuk menolak Pakatan Rakyat.

Sejauh mana bangsa Melayu boleh tertipu dengan TOHMAHAN ini? Kita saksikan perkembangan tempoh berkempen ini dan pastinya penceramah penceramah Pakatan Rakyat akan membongkar isu ini bagi menyedarkan bangsa Melayu bahawa mereka ini sudah di tipu oleh kerajaan BN sejak dulu lagi.

Isnin, 29 Disember 2008

Pesanan Ikhlas dari Ahli Akar Umbi PKR

Monday, December 29, 2008

Pesanan dari Penyokong PKR
email Melatiputih

Perjuangan memang perlu keikhlasan. Ya, itulah yang kita lakukan selama ini. Itu saranan kepada para pejuang. Tapi bagaimana pula pesanan untuk pemimpin? Adakah bersama berjuang dan jika berjaya, terus lupakan?Apa yang berlaku sekarang adalah di luar pengetahuan para penyokong PKR sendiri. Kita tidak pernah mempunyai pengalaman di dalam perjuangan. Kerana itu kita pernah menyangka bahawa ini yang akan berlaku selepas kejayaan di kecapi.

Kita tidak pernah di berikan gambaran buruk sebelum kita berjaya. Lantas apa yang berlaku sekarang membuatkan kita kecewa.Sejak perubahan yang berlaku di dalam struktur penerangan PKR di Malaysia, sudah ada kelibat unsur unsur penipuan cara UMNO di dalam parti. Sesungguhnya saya teramat berasa sedih kerana Anwar Ibrahim, selaku ketua UMUM Keadilan, meminta untuk akar umbi tidak pertikaikan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sedangkan kenyataan itu tidak sekonkrit yang sepatutnya. Kenyataan beliau adalah lebih kepada kenyataan sebelah pihak dan mahu kita dengar, patuh tanpa sebarang persoalan.Ada pula balaci balaci yang turut menyetujui cara itu sedangkan, kalau kaedah itu di gunakan di dalam UMNO, kita sendiri mempertikaikannya.

Sesungguhnya, apa jua kaedah perlantikan di dalam sistem demokrasi, seharusnya mendapat keputusan dari ahli. Kita setuju bahawa ianya adalah hak pemimpin, tapi memandangkan keputusan yang di buat oleh pemimpin cenderung kepada ketidakadilan, sehingga mampu memorak poranda kan parti, maka ianya adalah tanggung jawab ahli untuk menyelamatkannya. Lihat apa yang berlaku di Selangor, Perak dan Pahang. Malah kita tidak tahu apa sebenarnya yang di rasai oleh Sabah dan Sarawak.Kita bukan mengkritik untuk menjahanamkan parti tetapi pemimpin harus sedar bahawa kelahiran Parti Keadilan adalah berdasarkan kepada perjuangan reformasi.

Namun apa yang dilihat sekarang, pemimpin Keadilan sendiri sedang berusaha untuk merobah bentuk parti yang disangkakan bersih dari fahaman UMNO untuk memilih di kalangan kroni masing masing.Saya cuba untung buang rasa musykil di dalam hal ini. Namun saya meletakkan diri ini sebagai seorang di luar parti melihatkan keadaan di dalam, seperti yang kita alami ketika kita mengkritik UMNO. Dan malangnya, keadaan yang sama berlaku.Pemimpin seharusnya memikirkan tentang susah payah, jerit perih penyokong. Kalau pun bukan mereka mereka itu di lantik sebagai pemimpin, tapi beri lah mereka peluang untuk membuat keputusan memilih pemimpin mereka sendiri.

Penyokong tulen PKR adalah mereka mereka yang tidak mahu di perdayakan seperti yang mereka alami ketika bersama UMNO dahulu. Dan pemimpin harus sedar tentang keadaan itu.Sekiranya tohmahan mengatakan bahawa AZMIN terlibat di dalam percaturan pemilihan, sila berikan bukti. Bukan setakat memberi harapan seperti yang di berikan kepada penyokong sebelum pilihanraya dulu.Pemimpin harus sedar bahawa pemimpin hanya lahir selepas ada nya penyokong. Dan jika penyokong tiada, pemimpin akan pincang sepincang pincangnya.Saya menyeru kepada semua penyokong PKR.

Jika pemimpin PKR tidak memberikan sebarang kenyataan yang cukup menyakin mengenai kemelut yang berlaku di dalam PKR sekarang. Bersama sama kita BERHIJRAH ke parti pembangkang yang lain. Dan kita lihat sejauh mana PKR boleh berdiri dengan sendirinya tanpa penyokong yang selama ini bersungguh sungguh menyokong.Apakah harapan lagi yang kami ada sekiranya pemimpin yang kita puja dahulu sudah memjadi bayangan kepada pemimpin UMNO yang ada sekarang.

eMail dari : Melatiputih.

Blog Hina Nabi Muhammad : Adakah benar ianya satu konspirasi ? Pihak Berwajib Sila Siasat betul2 macam siasat RPK!

Blog Hina Nabi Muhammad : Satu Konspirasi?

Umat Islam, secara khususnya di Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita penghinaan kepada rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Malah kali ini, ia lebih panas dan hangat kerana ianya didakwa dilakukan oleh blogger tempatan iaitu seorang wanita melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, teka-teki berkenaan siapakah penulis sebenar blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini masih lagi belum terjawab. Berita mengenai perkara ini pertama kali dihebahkan kepada orang ramai melalui sebuah syarikat penyiaran terkemuka negara iaitu TV3 di dalam rancangan Buletin Utama pada 26 Disember 2008.
Wanita ini mendakwa dirinya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan moden, penyayang, dan suka untuk berdepan dengan cara pemikiran lama melalui petikan yang tertulis di dalam bahagian “About Me” di dalam blognya yang berbunyi:

I am open minded, modern thinking, fun loving individual, like to challenge all the old thoughts.

Blog tersebut dipenuhi dengan 32 post yang mana 30 daripadanya adalah berunsur penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk gambar dan tulisan-tulisan ringkas yang memperjelaskan penghinaannya.
Tindakan ini amatlah menjijikkan dan umat Islam di seluruh dunia pastinya menuntut agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat. Segala bentuk penghinaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W adalah satu tindakan yang tidak wajar dikompromikan daripada tindakan undang-undang yang keras apatah lagi Malaysia ini adalah sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.

Jika kes pembunuhan berprofil tinggi wanita warganegara Mongolia bernama Atlantuya Sharibuu dapat diselesaikan dengan jayanya, pastilah kes-kes yang berupa penghinaan seperti ini bukanlah satu masalah yang besar. Siasatan terperinci amat perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pesalah ini dihukum dengan sewajarnya.

Namun begitu, disebalik keghairahan lebih bertumpu kepada cacian dan makian ke atas tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh penulis di blog tersebut, banyak kesangsian yang timbul. Ketika artikel ini ditulis, blog tersebut telahpun disekat daripada dilayari. Walaubagaimanapun, dengan penggunaan kod-kod tertentu, penulis telah berjaya memecah masuk blog tersebut.

Keadaannya adalah seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu, ianya mengandungi 32 post di mana 30 daripada 32 post tersebut penuh dengan post-post penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk gambar dan tulisan-tulisan ringkas.

Wanita tersebut telah menggunakan nama samaran Adibah Ahmad dan ini adalah gambar yang telah digunakan. Ramai percaya bahawa gambar ini adalah tempelan semata-mata untuk penulis sebenar blog ini melindungi dirinya:

Adibah Ahmad ini mendakwa dirinya berusia 27 tahun, berbintang Pisces dan lahir pada tahun Ayam Jantan. Dia kononnya bekerja sebagai seorang Eksekutif Akauntan dan berlokasi di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Hobinya adalah berehat, melukis dan mengambil gambar. Maklumat lain adalah berkenaan dengan filem kegemarannya (Sin Chan), muzik kegemaran (Trans dan Country), serta buku kegemaran (malas – yang mungkin menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang malas membaca).

Apa yang mengejutkan adalah berkenaan blog yang diikuti oleh Adibah Amin ini. Menarik untuk diketahui bahawa blog yang menjadi minat serta ikutannya adalah blog YB Dr. Mohamad Khir Toyo!

Nombor telefon yang ditinggalkan di dalam profile blog wanita tersebut iaitu 03-55663800 bukanlah nombor telefon miliknya, sebaliknya ia adalah milik pejabat syarikat Auto Bavaria Glenmarie yang beroperasi di 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie 40150, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Apabila diteliti waktu dan jangka masa sejak bila Adibah Ahmad mula berblog, dapat dilihat bahawa dia bermula sejak Disember 2008. Ini bermakna Adibah Ahmad bukanlah blogger sebenar. Penulis telah meneliti sendiri blog ini dan didapati bahawa semua post berunsur penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W telah dihantar ke dalam blog ini pada tarikh 24 Disember 2008 sekitar pukul 3.00 pm – 6.00 pm (penulis tidak pasti sama wanita ini menggunakan waktu Malaysia atau waktu antarabangsa di dalam blognya). Pada 25 dan 26 Disember 2008 pula ianya lebih kepada komen-komen yang ditinggalkan dengan purata kurang 1 komen untuk setiap post.

Pada pukul 3.41 am 26 Disember 2008 (sekali lagi penulis tidak dapat memastikan ketepatan masa ini), Adibah Ahmad juga memberi link untuk profile friendster miliknya, namun profile ini juga telah tidak boleh lagi di akses ketika artikel ini ditulis. Berikut adalah post di dalam blog Adibah Ahmad pada masa dan tarikh seperti yang dinyatakan di atas.

Kes berkenaan blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini amat menarik untuk diteliti. Dalam pada ianya membangkitkan kemarahan umat Islam secara keseluruhan, motif sebenar pihak yang melakukan perkara tersebut menjadi satu tanda tanya yang besar. Berdasarkan tarikh penulis blog ini membuka blognya iaitu Disember 2008, kita dapat menghidu sememangnya ada sesuatu yang cuba dilakukan. Menyedari kesan dan natijah yang keras akibat daripada perbuatan ini, adalah mustahil seseorang itu dengan sengaja membuka sesebuah blog apatah lagi dengan tujuan semata-mata untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W!

Ia adalah satu tindakan yang tidak waras sekali melainkan penulis blog tersebut sememangnya mempunyai agenda yang tersendiri. Apatah lagi, kita sendiri dapat melihat bahawa pemilik blog ini dengan sengaja mahu dilihat mempunyai hubungan tidak langsung dengan YB Dr. Khir Toyo iaitu bekas Menteri Besar Selangor yang kini sedang giat berkempen untuk posisi Ketua Pemuda UMNO yang akan dipertandinginya di dalam Perhimpunan Agong UMNO ke-58 pada Mac 2009 nanti.

Keberkesanan TV3 dalam mengesan kehadiran blog yang baru sahaja berusia 2 hari ini dan seterusnya menghebahkannya ada tajuk utama di dalam rancangan berita milik mereka harus diberi kepujian.

Namun begitu, dalam masa yang sama ia juga perlu disulamkan dengan persoalan. Dalam jangka masa 2 hari, adalah agak mustahil blog ini dikesan melalui mana-mana enjin carian oleh mana-mana pihak. Ianya tidak mungkin terjadi melainkan ada pihak tertentu yang secara sengaja menyebarkan link blog ini melalui email atau dengan cara-cara tertentu yang lain kepada orang ramai termasuk pihak TV3 sendiri. Ini menguatkan lagi bahawa ada “sesuatu” yang cuba dilakukan oleh penulis asal blog ini.

Penulis juga teringat bahawa baru-baru ini, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Datuk Seri Syed Hamid Albar ada mengatakan ura-ura berkenaan perlaksanaan kod etika blog di Malaysia. Hal ini telah dilaporkan oleh Bernama pada 22 November 2008. Berikut adalah sedikit petikan di dalam laporan oleh Bernama berkenaan perkara ini.

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari Sabtu mencadangkan penulis blog mewujudkan kod etika mereka sendiri bagi memastikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan penulis blog bukan dari kalangan wartawan yang dilatih untuk menulis sesuatu perkara secara adil dan seimbang.
Syed Hamid berkata kod etika yang dicadang itu perlu dibuat dalam bentuk peraturan dan bukannya perundangan atau akta baru.

Mungkin sekali juga blog penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W ini sengaja di ada-adakan oleh pihak-pihak tertentu bagi membolehkan kod etika blog seperti yang dicadangkan di atas dapat dilaksanakan dengan kadar yang lebih segera lagi. Apatah lagi dengan kehadiran Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang sedang menanti hari tibanya, lebih segera dan pantas perihal kod etika blog ini dapat dilaksanakan, maka ianya mungkin lebih baik kepada pihak-pihak tertentu yang tersebut. Dengan kehadiran blog ini, pastinya pihak-pihak penghujah di dalam siding parlimen nanti akan mendapat alasan yang cukup kukuh bagi membolehkan kod etika blogger ini dipercepatkan dengan secepat yang mungkin.

Walau apapun teori konspirasi yang mungkin di sebalik blog menghina Nabi Muhammad S.AW ini, secara langsungnya ia memberi kesan yang buruk kepada blogger-blogger di Malaysia. Ia berjaya memberi gambaran bahawa blogger-blogger di Malaysia ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang langsung tidak mempunyai buah fikiran melainkan hanya bersikap kurang ajar semata-mata. Ia juga berjaya memberi satu gambaran bahawa keadaan kebebasan suara di Malaysia melalui blog sudah sampai ke tahap yang melampau sehingga agama dan rasul junjungan boleh dipermainkan. Ia berjaya memberi satu isyarat di mana mungkin sudah sampai masanya kekangan-kekangan wajib di kenakan dalam keadaan segera kepada mereka-mereka yang digelar bloggers.

Akhirnya, siapa di sebalik pembinaan blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini tidaklah kita ketahui melainkan melalui spekulasi semata-mata. Walau bagaimanapun, jika blogger penyebar gambar lambang polis berkepala anjing dapat ditangkap dan dikenakan tindakan, dan jika Raja Petra Kamaruddin dapat disumbat ke dalam ISA kerana tulisan di dalam artikelnya yang di dakwa menghina Islam, umat Islam di seluruh dunia dan di seluruh Malaysia khususnya pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih keras untuk penulis blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini. Apatah lagi, dapat dilihat dengan jelas dan nyata bahawa penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi Junjungan Mulia ini terlalu jijik dan berniat jahat selain mempunyai kepentingan-kepentingan yang tertentu.