Selasa, 31 Mac 2009

Satu Persatu Rahsia Calon Bebas Bukit Selambau Terbongkar...






BUKIT SELAMBAU [3.05 pm] - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini. Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto).

Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam. Siasatan menadapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008).
Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini. Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi. Ini bermakna kenyataan Pak Lah semalam adalah dusta semata-mata. Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding. Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain. Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang.
Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid, bersama 12 calon bebas yang lain






Logik cara orang tak habis sekolah seperti saya menyatakan, kalau sebagai orang nombor dua pun tak bagus, lagu mana nak jadi bagus sebagai orang nombor satu?Mungkin yang Dr Mahathir nak cakap ialah Najib tak berkesan sebagai orang nombor dua apabila beliau gagal meluruskan bengkang-bengkok orang nombor satunya. Kalau begitu, apa jaminan dia boleh luruskan bengkang-bengkok dirinya sendiri?Mungkin juga dia dianggap tak bagus kerana dia tak berani tegur salah silap orang nombor satunya.

Kalau begitu, apa jaminan dia boleh sedar dan tegur salah silap dirinya sendiri?Tak payahlah nak sentuh hal peribadi. Dalam soal main politik yang jadi core businessnya pun Najib dah langgar undang-undang ("in conflict with the law," kata Dr Mahathir) di Perak (sila baca posting bertajuk "Bukit Gantang: Pilih kuasa rakyat atau kaki langgar undang-undang?").

Itu belum lagi jadi Perdana Menteri. Ketika itu, masih ada orang nombor satu yang Najib, seperti digambarkan Dr Mahathir, follow blindly (ikut membabi-buta).Bagaimana kalau jadi orang nombor satu? Apa lagi yang akan dilanggar lari oleh Najib?Dalam berita bertajuk "Najib: Jangan membuat andaian tentang saya...,"

Malaysiakini 28/3/09 melaporkan Najib berkata:

"Kalau hendak nilai saya, nilaikan berdasarkan tindakan saya, bukannya berdasarkan khabar angin".Tak pa la, kita nilaikan berdasarkan tindakannya. Jangan nilai berdasarkan khabar-khabar angin seperti berikut:Raja Petra Kamarudin pernah menyatakan:
"Sah! (Datuk Seri Dr) Rais Yatim menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di hospital beberapa hari lalu dan mengakui apa yang ditulis Malaysia Today dalam Dolahgate dan Operation Deep Throat adalah benar."Siapa kata Malaysia Today menulis perkara tidak benar? Sudah tentu ia benar. Jika tidak, mereka tentu membuat laporan polis dan hari ini saya mungkin berkongsi lokap dengan Razak Baginda".

Yang bukan khabar angin ialah berita bertajuk "Tiada bukti sogok di Kubang Pasu" di mana Utusan Malaysia 29/6/07 melaporkan:
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Lembaga Disiplin Umno tidak menemui sebarang bukti kukuh berlaku sogokan wang dan salah laku dalam pemilihan perwakilan pada Mesyuarat Umno Bahagian Kubang Pasu, 9 September lalu.Kita anggaplah Najib tak bohong. Kalau Najib tak bohong, adakah Dr Mahathir menyebarkan khabar angin apabila beliau berkata:

Semua tahu bahawa wang sebanyak RM200 diberi kepada wakil-wakil ke mesyuarat Bahagian Kubang Pasu supaya tidak mengundi saya untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Agung Umno pada tahun 2006 (Lihat juga berita bertajuk Ahli Umno Kubang Pasu buat aduan mengenai politik wang (Malaysiakini 29/9/06) dan Penyokong Dr M di Kubang Pasu terima SMS ugutan (Malaysiakini 16/9/06).

Cukup satu contoh mengenai apa yang Najib dakwa sebagai khabar angin. Saya ambil contoh itu kerana ia melibatkan Dr Mahathir yang dilihat atau hendak dilihat sebagai sebagai tukang restu Najib.Saya tak naklah tulis bagaimana Najib memalukan orang-orang Umno apabila beliau membisu dan termoyok macam kucing basah apabila dijerkah sebagai pembunuh oleh Gobind Singh Deo dalam Dewan Rakyat.


Tak payahlah tulis tentang kenyataan Burmaa Oyunchimeg dalam mahkamah. Tak perlu juga tulis tentang SMS yang tidak dinafikan oleh Najib.Hanya saya masih tertanya-tanya, bilakah Najib akan memperolehi restu seratus peratus?

Dalam tulisannya yang bertajuk "Ready to ring in the changes" (The Star 29/3/09) Joceline Tan menyatakan:

Later on, the elder statesman said he went because he was confident that Muhyiddin was capable of bringing changes to Umno but reserved his endorsement for Najib.Barangkali Najib tak kisah. Tak tu pun, seperti yang pernah dia kata melalui SMSnya kepada Datuk Shafee Abdullah, peguam Abdul Razak Baginda ketika itu, "All is not lost"...

Isnin, 30 Mac 2009

AWAS !!! Al-Tantuya berada di Sungai Petani....


Jika Najib benar-benar BENAR, sila....

Panggil kedutaan Peranchis, UK dan Indonesia minta penjelasan mengenai laporan media negera mereka yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
Saman akhbar Peranchis, UK dan Indonesia yang menyiarkan tulisan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.
Sirul mengaku membunuh Altantuya dengan pistol tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak dibawa ke mahkamah ?

Altantuya mati kerana ditembak bukan dibom. Selepas mati bru dibom untuk musnahkan bukti.

Bagaimana imigresen Malaysia tidak ada rekod kemasukan Altantuya ?Pembunuhan Altantuya melibatkan transaksi rasuah / komisyen yang diakui Parlimen dalam pembelian senjata yang melibatkan nilai rasuah RM500 juta....

Selasa, 24 Mac 2009

Calon ADUN Bukit Selambau, Kedah

Bkt Selambau: Manikumar Calon Yang Ideal
Mar 20, 09 11:10am

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.

anwar bukit selambau pkr candidate manikumar 200309 10Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.

pkr announce bukit selambau candidate manikumar 200309 crowd2.jpgSuruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.

Bagaimanapun, pengumuman Anwar itu disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.

Menurut saksi, penyokong tersebut - kira-kira 20 orang - adalah dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon K Masilamani.

"Mereka tidak gembira dengan pemilihan Manikumar kerana beliau tidak dikenali dan bukan anak jati (Bukit Selambau), tetapi dilahirkan di Alor Star," kata seorang pemimpin PKR tempatan.

anwar bukit selambau pkr candidate manikumar 200309 04Sebelum pengumuman dibuat, Masilamani yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, adalah antara tiga nama calon yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan.

Dua orang lagi ialah ahli PKR Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy dan ahli jawatankuasa bahagian yang sama, S Sritharan.

Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.

Calon ADUN Batang Ai, Sarawak

Bekas MP calon PKR di Batang Ai
Mar 23, 09 10:16am

Bekas ahli parlimen Lubok Antu yang tidak asing lagi, Jawah Gerang menggalas cabaran PKR menentang BN dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini.

Selain Engkilili, kerusi negeri itu satu daripada dua DUN parlimen Lubok Antu.

Sabtu lepas, BN mengumumkan calonnya Malcolm Mussen Lamoh.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan ke kawasan itu semalam, mengumumkan nama Jawah di lapangan terbang Kuching sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pagi ini.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Ia diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Semenanjung - kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.

Calon Parlimen P59 - Bukit Gantang

Nizar calon PAS di Bukit Gantang
Mar 23, 09 11:12pm

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinPAS memilih Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut akan dibuat malam ini.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas ketua penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Parti itu yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Rabu, 11 Mac 2009

Mari Kita Baca Sejarah Ekonomi dan Kesultanan.

Pada satu ketika dahulu hampir kesemua manusia Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu ini telah meletakkan taat setia mereka kepada Raja dan Sultan. Ini pada satu ketika dimana manusia Melayu bergantung hidup dengan bercucuk tanam. Sistem feudal – yang bertaat setia kepada raja dan sultan - hanya berakar umbi dengar subur dalam dunia pertanian.

Hari ini Malaysia kita telah berubah menuju ke arah negara perindustrian. Mata pencarian warga tidak lagi hanya bergantung dengan bercucuk tanam. Dari angka bancian, ekonomi negara kita kini terbahagi dua – 50/50 – untuk peratus pertanian dan industri. Kebergantugan kepada sawah dan ladang makin berkurangan.Justeru semakin kukuh dan meluas ekonomi perindustrian maka semakin longgar dan kurang taat setia warga kepada Sultan dan Raja. Ini hukum alam yang tidak ada sesiapa yang dapat mengubahnya.

Manusia Melayu tradisional sama seperti bangsa-bangsa pertanian yang lain dalam dunia ini akan menunjukkan taat setia kepada sesiapa sahaja yang dinobat dan dirajakan. Kesetiaan kaum tani Melayu tradisonal terhadap Raja dan Sultan bukan tidak bersebab – ada sebab musababnya. Taat dan setia ini muncul kerana punca ekonomi. Keperluan ekonomilah yang menjadikan manusia Melayu setia kepada Raja dan Sultan.Manusia Melayu setia kepada Undang, Raja atau Sultan kerana susuk-susuk yang telah dinobatkan ini dapat menjamin keselamatan mereka untuk bercucuk tanam. Susuk-susuk ini memiliki juak, pendekar, balaci dan ghurkha yang mengikut arahan. Balaci-balaci ini juga setia kepada Raja atau Sultan kerana kepentingan ekonomi. Taat setia timbul kerana mereka mendapat habuan dan diberi makan oleh Undang, Raja atau Sultan.

Dalam masyarakat Melayu tradisional ekonomi mereka hanya berhuma dan bercucuk tanam secukup hidup. Tidak wujud nilai ringgit, dinar dan dolar. Ekonomi yang bersandar dengan duit dan dinar hanya muncul kemudian apabila datangnya kapal dan jong peniaga-peniaga dari negari Atas Angin. Apabila kuasa kolonial British sampai maka muncul satu lagi kuasa yang memiliki kudrat yang lebih besar dari kuasa Raja-Raja Melayu. Dalam sekelip mata struktur feudal Melayu berubah. Kuasa kolonial British memperkenalkan sistem ekonomi yang menggunakan nilai ringgit dengan lebih meluas. Ini terus membunuh dan mengalih asas ekonomi sistem pertanian feudal kepada sistem ekonomi kapitalis.Hukum dan syarat ekonomi kapitalis menjadikan Raja atau Sultan Melayu berrela hati untuk bertaat setia kepada Baginda Queen. Taat setia ini samalah seperti manusia Melayu bertaat setia kepada Raja Melayu – kerana ekonomi.

British memberi duit makan kepada Raja-Raja Melayu. Keselamatan Raja dan Sultan dijaga oleh senapang dan meriam British yang kuasa ledaknya beribu kali lebih hebat dari lembing dan keris juak-juak istana.Apabila British berundur struktur ekonomi kapitalis telah berkembang luas. Buruh dari Cina dan India telah menetap di Tanah Melayu. Mereka datang untuk memburuh. Kaum imigran ini telah terputus dari sistem feudal tanah tumpah darah mereka. Kesetiaan mereka pastilah kepada tuan empunya ladang getah atau towkay lombong.

Jika tuan empunya ladang atau lombong gagal menjaga ekonomi mereka maka taat setia mereka akan beralih kepada kesatuan buruh yang akan mempertahankan hak-hak mereka. Kepimpinan kesatuan buruh ini dipilih oleh mereka mereka sendiri. Sultan atau Raja tidak wujud malah bagitu asing dalam budaya kaum buruh imigran.Perkembangan sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu telah juga memaksa manusia Melayu menjual tenaga mereka untuk mencari makan. Mereka berbondong-bondong meninggalkan kampong kerana tarikan peluang untuk bekerja yang wujud di bandar.

Budaya bandar bukan lagi bersetia kepada Undang, Raja atau Sultan. Di bandar sesiapa membayar upah maka dialah yang akan mendapat kesetiaan itu.Perubahan budaya Melayu ini berlaku juga di semua rancangan Felda. Mungkin ada yang silap faham kerana di Felda kelihatan ekonominya masih menggarap bumi dengan bercucuk tanam. Betul, memang peneroka Felda menggarap bercucuk tanam tetapi bercucuk tanam untuk barangan expot bukan untuk ditanam dan makan sendiri.

Justeru manusia Melayu di Felda kini telah menjadi buruh petanian – sama seperti buruh India di estate pada satu ketika dahulu. Peneroka Felda kini telah terikat dalam sistem ekonomi kapitalis global.Dalam masa yang sama manusia-manusia Melayu di Felda telah tercabut dari akar umbi budaya kampongnya.

Peneroka didatangkan dari pelbagai wilayah dan negeri ertinya mereka terputus kesetiaan kepada struktur kepimpinan kampong tradisional. Akhirnya di kawasan Felda muncul struktur kepimpinan baru – kepimpinan yang akan muncul bukan kerana derajat atau keturunan tetapi dipilih dan diundi.Datuk Undang, Raja atau Sultan semakin tidak memainkan peranan ekonomi untuk manusia Melayu. Malah kaum feudal sendiri mula bergantung dengan kaum pemodal kapitalis. Kerana ini kita selalu mendengar cerita-cerita lawak bagaimana Raja atau Sultan Melayu untuk mencari makan terpaksa menjual gelaran Datuk kepada towkay-towkay.

Lihatlah betapa merosotnya nilai kaum feudal Melayu.Harus di sedari bahawa peranan Raja-Raja Melayu menjaga agama dan adat istiadat Melayu ini hanya di wujud dan di lembagakan oleh British. Peranan ini dilembagakan untuk memastikan kepentingan ekonomi kolonial tidak diganggu gugat.Jika kita membaca kitab dan menyelidiki sejarah Melayu lama, kita akan dapat melihat bahawa peranan Sultan atau Raja ini amat minimal dalam budaya Melayu. Peranan sebagai ‘pelindung agama’ tidak wujud langsung.

Dalam Islam, pemimpin agama dipilih bukan melalui darah keturunan tetapi dari mereka yang bertakwa. Malah manusia Melayu telah melihat gaya hidup Raja atau Sultan Melayu ini amat bertentangan dengan falsafah agama Islam itu sendiri.Semenjak tahun 1957 manusia Melayu telah mula berkumpul dalam badan politik moden. Organisasi politik ini telah berjaya dan di yakini untuk menjadi punca ekonomi manusia Melayu.

Justeru manusia Melayu telah berkampong di bawah United Malays National Organisation. Ini kerana mereka dapat mencari makan. Sekali lagi terbukti kesetiaan muncul kerana keperluan ekonomi.Justeru apabila United Malays National Organisation melupuskan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 tidak banyak tentangan dan rintangan datang dari manusia Melayu.

Kekebalan Raja ini dilupuskan kerana kuam feudal ini dilihat sedang menjadi penghalang untuk perkembangan kepentingan ekonomi kapitalis.Manusia Melayu melihat punca ekonomi mereka akan lebih terjaga di bawah payung United Malays National Organisation dan bukan dari kaum feudal Melayu. Ini membuktikan bahawa kepentingan ekonomi manusia Melayu telah melintasi mitos cinta setia tidak derhaka kepada Raja atau Sultan.Kebelakangan ini `tiba tiba kita mendengar kembali suara-suara untuk mengembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu. Ini tidak menghairankan – pada satu ketika dahulu orang yang sama juga telah berkempen untuk melupuskan kekebalan ini.

Hari ini mereka ingin mengembalikan kekebalan Raja Melayu. Kenapa? Jawabnya bukan kerana mereka cinta buta kepada Raja dan Sultan tetapi kerana punca ekonomi mereka semakin mengecil dan ada yang telah hilang dapor mencari makan. Mereka berharap Sultan dan Raja ( yang mereka tongengkan dahulu ) akan menjadi benteng untuk mempertahankan kepentingan ekonomi mereka.Ekonomilah yang melahirkan budaya bangsa.

Punca ekonomi orang Melayu telah berubah justeru kesetiaan mereka juga akan berubah sama. Manusia Melayu tidak mungkin lagi akan menyembah buta Raja atau Sultan. Zaman itu telah berakhir. Mengundurkan manusia Melayu kembali ke zaman feudal adalah mustahil. Mewarta dan mengAktakan pelbagai bentuk undang-undang agar manusia Melayu kembali setia kepada Raja dan Sultan juga amat mustahil. Tetapi perangai dan tingkah laku Raja dan Sultan boleh berubah jika mereka memiliki kesediaan untuk mempertahan dan menyebelahi kepentingan orang ramai. (TT)

Ketua AMK Malaysia Bersalam Dengan PM Malaysia.



Mar 11, 2009

Menarik .. ianya sangat menarik

[...] Saya difahamkan sendiri oleh seorang ahli MPT PKR yang turut hadir, (berkedudukan seperti Shamsul di dalam rumah itu) menurutnya ada berlaku pertemuan enam biji mata antara mereka bertiga; Anwar, Abdullah dan Sheikh Mahmud. Pastilah Shekh Mahmud berada ditengah.
Menurut ahli MPT itu Sheikh Mahmud ada mengatakan sesutau yang penting untuk kedua pemimpin itu. Tidak terniat untuk saya mencatatkan antara dialog Sheikh Mahmud dalam bilik itu seperti mana dituturkan oleh ahli MPT berkenaan, tetapi cukuplah kalau dikatakan ia sangat menarik. Iya sangat menarik.


Pasti esok wartawan akan memburu Abdullah untuk mendapat ulasan daripadanya. Sama-samalah pula kita dengar apa yang dikatakan Abdullah dan sama-sama kita padan dengan apa yang diucapkan oleh Anwar dan Shamsul itu.Takdirnya sama, maka terimalah persamaan itu.


Sabtu, 7 Mac 2009

SULTAN SELANGOR BIMBANG !!!

Sultan bimbang orang Melayu S'gor berpecah

Mar 7, 09 1:00am

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan. "Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain. "Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata," titah baginda.Baginda menegaskan demikian ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat Petaling Jaya semalam.


Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor Bernama.Sultan Sharafuddin juga menyeru rakyat Selangor supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mahu keamanan dan kesejahteraan hidup yang dirasai kini berterusan, atau bertelagah sesama sendiri sehingga memusnahkan negeri sendiri.Baginda menyeru orang Melayu supaya bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. 'Hilang maruah'Baginda turut melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan.


Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat."Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?"Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda.


Menyentuh mengenai pengurusan masjid, Sultan Sharafuddin bertitah, pihak pengurusan perlu memandang serius dan lebih prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana damai masjid.Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz yang terletak di Jalan Templer pada mulanya adalah sebuah surau kayu dua tingkat pada tahun 1956, dan lapan tahun kemudian ia dibina semula sebagai sebuah masjid batu berbentuk payung separuh tertutup.


Berikutan dengan jumlah anak kariah yang semakin meningkat, masjid itu sekali lagi diubah suai bagi pada 1980-an, dan pada 2005 kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk membina semula masjid itu.Bangunan masjid itu kini meliputi kawasan lantai seluas 7,374 meter persegi dengan ruang solat yang mampu menampung 4,000 jemaah selain kemudahan tambahan termasuk dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan kelas pengajian.

Khamis, 5 Mac 2009

RANSANGAN BARU PAKEJ EKONOMI SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR
4 MAC 2009

RANGSANGAN BARU PAKEJ EKONOMI NEGERI SELANGOR



SHAH ALAM: Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan Malaysia sedang berada di ambang kemelesetan. Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia, negeri Selangor kini bersedia mengambil tempat di hadapan dalam usaha membantu merancakkan ekonomi negara dan pada masa sama menyeimbangi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bagi merealisaikan pertimbangan tersebut, mesyuarat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMKN) hari ini mengenal pasti lima bidang utama untuk mencipta pemangkin pembangunan ekonomi Selangor. Lima bidang tersebut:
1] Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan
perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab.
2] Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem
transit aliran ringan (LRT).
3] Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor
oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
4] Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula
kawasan terbiar termasuk di Petaling jaya dan Klang.
5] Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

Lima bidang usaha yang utama ini dijangkakan mampu mencipta peluang pelaburan yang melebihi RM50 bilion dan menyediakan lebih 15 ribu peluang pekerjaan.Kerajaan Negeri percaya inisiatif ini dapat memberikan peluang sewajarnya kepada Industri Kecil dan Sederhana (SMI), iaitu sektor yang paling teruk terjejas akibat kegawatan ekonomi sekarang.

Usaha ini merupakan fasa pertama dalam rancangan ekonomi baharu negeri Selangor untuk merangsang pembangunan ekonominya. Negeri Selangor dijangka meneroka bidang-bidang lain termasuk meluaskan sistem jaluran lebar (broadband) dan sistem tanpa wayar (wireless) ke seluruh negeri Selangordi samping membangunkan Pulau Indah.

Bagi memastikan pakej ini menempa kejayaan, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta dari dalam dan luar negara. Kerajaan Selangor hendak menginisiasikan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan agensi-agensi kerajaan lain dalam perancangan dan peleksanaan usaha-usaha tersebut. Kerajaan Selangor juga hendak melibatkan Majlis Perniagaan Selangor dan kumpulan perniagaan lain yang berminat menyertai perbincangan ini.

Di samping usaha ini, kerajaan Selangor sudahpun menjalankan beberapa langkah bagi menghadapi isu pemberhentian pekerja, misalnya dengan melancarkan pendaftaran dalam talian (on-line) bagi mereka yang diberhentikan kerja atau sedang mencari pekerjaan.

Dengan yang demikian, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sangat-sangat berharap agar Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menyokong usaha-usaha murni ini kerana kita percaya pembangunan ekonomi mesti merentasi semua perbezaan politik demi melindungi kebajikan rakyat seluruhnya.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Rabu, 4 Mac 2009

Selamatkan Air Selangor !!!!!

March 3, 2009

HENTIKAN !!!

Kerajaan Persekutuan Mesti Hentikan Serta Merta Usaha Untuk Menyelamatkan Syarikat-Syarikat Kroni.

SOKONGAN !!!
Sokonglah Usaha Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mengambil alih Syarikat-Syarikat Konsesi Air Demi Manfaat Rakyat Negeri Selangor !!!!

Ekonomi negara kini menuju kemelesetan. Dengan menaikkan tarif air, ia pasti menambah bebanan rakyat. Inilah tindakan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang kini sedang berusaha hendak membayar harga yang mahal kepada syarikat-syarikat konsesi air supaya dapat mengambil alih aset-aset mereka. Tindakan Kerajaan Persekutuan ini boleh menyebabkan kenaikan kadar bil air.

Usaha Kerajaan Persekutuan ini bakal dimulakan di Selangor. Jikalau rakyat Selangor dan Malaysia membiarkan sahaja perkara ini berlaku, maka Kerajaan Persekutuan pasti melakukan tindakan yang sama ke negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebenarnya, syarikat-syarikat konsesi air sangat tamak. Kata mereka Kerajaan Selangor menawarkan harga rendah untuk mengambil alih aset-aset mereka. Padahal mereka selama ini sudahpun mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Ayuh, sekarang jangan biarkan mereka menyedut lagi duit kita semua untuk disimpan dalam akaun bank-bank mereka!

Ada Tiga Sebab Mengapa Kerajaan Persekutuan Tidak Wajar Mengambil Alih Aset-Aset daripada Syarikat-Syarikat Konsesi Air di Selangor:
1] Kita terpaksa membayar harga (bil) yang tinggi. Tiada lagi pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan. Kenaikan tariff air.
Sebaliknya, jikalau Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi, kadar harga air menjadi semakin murah menurut perkiraan berikut:
Kadar sekarang RM1.33/M3
Turun 10% pada tahun 2009, bersamaan RM1.33/M3
Turun 20% pada tahun 2011, bersamaan RM1.18/M3
Turun 25% pada tahun 2013, bersamaan RM1.11/M3

Kualiti (mutu) air bertambah buruk dalam pengendalian Syabas.


2] Ia merupakan usaha menyelamatkan kroni secara tidak sopanKerajaan Persekutuan hendak menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang sedang menanggung hutang yang banyak:
Hutang Puncak Niaga : RM1.30 bilion
Hutang Syabas : RM2.90 bilion
Hutang Splash : RM1.60 bilion
Hutang Abbas : RM0.64 billion
JUMLAH HUTANG : RM6.40 bilion

Kerajaan Persekutuan dijangka membayar kadar harga yang tinggi kepada syarikat-syarikat konsesi bagi mengambil alih aset-aset mereka. Wang ringgit rakyat yang banyak hendak disedut dan diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi air yang memang sudah kaya raya. Maka, amalan rasuah bakal berterusan malah berleluasa.

3] Syabas paling banyak mengaut keuntungan
Syabas merupakan pembekal tunggal air di Selangor dan Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan hendak memberikan lesen tunggal pengoperasian air kepada Syabas. Kualiti air dijangka terus berkeadaan buruk, iaitu kotor, berbau, mungkin beracun. Layanan buruk terhadap aduan pengguna yang berkaitan air. Tiada tender terbuka kepada lebih 72% kontrak berkaitan industri air yang bernilai RM600 juta. Pengguna perlu membayar RM50 bagi bayaran penyambungan semula, berbanding dengan hanya RM10 sebelum industri air diswastakan; privatization.
Dalam kajian terhadap dokumen Syabas, didapati sebanyak lebih RM325 juta disalahgunakan dalam urusan pembahagian kontrak industri air kepada pihak-pihak tertentu pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007.
Sebanyak RMN51.2 juta adalah dibelanjakan bagi membaik pulih pejabat Syabas, padahal Jabatan Kawalan Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan RM23.2 juta pada tahun 2005.
Menurut perjanjian Syabas, kenaikan 25% tarif dijadual, berkuatkuasa pada tahun 2012, diikuti kenaikan 10% pada tahun 2015, kenaikan 10% pada tahun 2019 dan kenaikan 5% pada tahun-tahun 2021, 2024, 2027 dan 2030.
Syabas telah melebihi “ceiling contract value” mereka sebanyak RM200 juta dari tahun 2005-2207
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad ada menerima bayaran gaji selaku Pengarah sebanyak RM5.1 juta pada tahun 2007 (bersamaan RM425,000 sebulan!), iaitu merupakan antara gaji Pengarah yang paling tinggi di Malaysia.
Dia juga merupakan Pengerusi Eksekutif kepada Syabas, iaitu 70% kepentingan dimiliki Puncak Niaga.
Skandal paip:
Pembelian batang paip daripada syarikat-syarikat Indonesia bernilai RM600 juta.
Syarikat-syarikat yang berikut juga dimiliki oleh orang yang sama!
"Sebenarnya Menjadi suatu Kesalahan bagi Kerajaan Persekutuan untuk Mengadakan Perundingan Terus dengan Syarikat-Syarikat Konsesi Tanpa Melibatkan Kerajaan Negeri langsung, Menurut Perkara 191 (4) dan 191 (7) Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Mempunyai Hak bagi Menamatkan Perjanjian Menurut WSIA 2006, tetapi Beliau Enggan Melakukannnya. Mengapa?"

"Air Merupakan Hak Asasi Manusia dan Tidak Boleh Dipindah Milik Menjadi Barangan atau Komoditi yang Menguntungkan Pihak-Pihak Tertentu. Kerajaan-Kerajaan Negeri Bertanggungjawab untuk Menyedari Perkara Penting Ini.

Dengan Membayar Harga yang Mahal kepada Syarikat-Syarikat Konsesi, Ia Bermakna Kerajaan Persekutuan Bersedia Menswastakan Keuntungan Tetapi Bakal Menanggung Kerugian yang Sangat Banyak."
Apakah yang Patut Kita Lakukan?
1) Adakan mesyuarat di peringkat kawasan anda bersama Majlis Tempatan atau Pertubuhan Penduduk.
2) SMS kepada rakan-rakan dan kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantah usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan Syabas
yang kini mengalami kerugian.
3) Fakskan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi di talian 03-88893712, dengan menyatakan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air lain yang sedang mengalami kerugian.
4) Hantarkan berita kepada surat khabar, radio atau televisyen, dan media dalam talian yang memuatkan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air yang mengalami kerugian.
5) Mulakan Blog tentang isu ini dan poskan ulasan tentang isu ini dalam blog- blog lain.
Sumber : Panel Penilai Air Kerajaan Negeri Selangor 25 Februari 2009

Isnin, 2 Mac 2009

Apa Maknanya MACC Pada Pandangan Rakyat Sekarang?

MACC : TERKENAL KERANA ‘ MALAYSIA ANTI CARS AND COWS’ ?...

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) atau singkatan dalam bahasa Inggeris MACC yang dilancarkan baru-baru ini perlu professional dan tegas dalam usaha memerangi rasuah. Gah pada penukaran nama bukan sandaran kepada kehebatan dalam perjuangan membebaskan negara daripada gejala rasuah.

SPRM atau MACC tidak perlu menjadi omongan rakyat selepas ini yang hanya popular dan terkenal sebagai ‘ Malaysia Anti Cars And Cows’. Hanya bertindak pantas dan tegas kepada segelintir pihak tetapi melupakan dan melambatkan hasil siasatan kepada sejumlah besar individu berprofil tinggi yang kes rasuah didakwa berjumlah RM Berbillion-billion.

Keyakinan rakyat perlu dikembalikan terhadap BPR sebelum ini yang dilihat masih longgar daripada segi kuasa penyiasatan dan pendakwaan. Memperkasakan Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan langkah awal agar usaha memerangi rasuah di Malaysia diperhebatkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat,kedudukan dan status.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 berkuatkuasa pada 1hb Januari 2009. Matlamat utama Akta ini adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab; dan mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti.

Ini bermakna sepertimana yang tertera dalam AKTA yang telah dibentangkan di Parlimen. SPRM ialah suatu badan pencegahan rasuah yang bebas. Justeru justifikasi pencegahan yang bebas memerlukan tafsiran yang jelas. Sehingga kini sebagai badan pencegahan rasuah yang bebas dipertikaikan oleh semua pihak. SPRM dilihat bekerja keras dan bersungguh-sungguh hanya melibatkan dakwaan dan penyiasatan rasuah di peringkat ‘ikan bilis’ dan pihak-pihak tertentu sahaja. Namun pelbagai dakwaan rasuah dan penyelewangan kuasa pihak berprofil yang melibatkan wang rakyat Ringgit Malaysia Berbillion masih terperuk dalam fail siasatan tanpa sebarang tindakan susulan.

Mungkin alasan kekurangan tenaga penyiasat professional untuk membuat siasatan dan dakwaan boleh diterima. Namun alasan ini tidak relevan lagi selepas ini. Segala laporan rasuah yang dikemukakan kepada pihak SPRM perlu diteliti,disiasat dan jika cukup bukti bawa tertuduh ke mahkamah untuk proses seterusnya.

Pada 25hb Februari lepas, sekumpulan anak muda daripada Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah melaporkan 20 dakwaan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Ketua Pembangkang Selangor Dato’ Seri Mohd Khir Toyo yang berlaku sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Jika SPRM boleh pantas dalam membuat siasatan terhadap Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam kes ‘car and cow’ maka SPRM juga tiada alasan lain untuk melakukan siasatan terhadap 20 dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.

Mungkin SPRM boleh mendakwa 20 dakwaan tersebut memakan masa lama. Namun mungkin 1 atau 2 kes daripada 20 kes tersebut boleh disiasat dengan cepat dan pantas kerana SPRM sekarang perlu tampil dengan imej dan persepsi baru dalam usaha professional memerangi rasuah.

Aksi anak muda daripada AMK membawa seekor lembu hidup di Plaza Massalam,Shah Alam merupakan satu simbol kekecewaan anak muda di Malaysia melihat tindakan SPRM seolah-olah dicucuk hidungnya oleh pihak-pihak tertentu.

Kita mempersoalkan ke mana hasil siasatan kes video Linggam yang sehingga kini seolah-olah seperti kes tersebut hanya dalam fail sahaja tanpa jelas daripada segi tindakannya. Ke mana juga hasil siasatan terhadap kes Helikopter Eurocopter Agusta dan kapal selam Scorpene dan jet pejuang jenis Sukhoi.

Terbaru pendedahan Karpal Singh terhadap pita rakaman audio yang dihantar ke Istana Negara yang mengandungi pengakuan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang merasuah seorang kakitangan mahkamah. Ia adalah audio ucapan Tan Sri Zaki semasa satu konvensyen di Kuching pada November lalu yang sehingga kini tiada tindakan susulan.

Apa yang rakyat harapkan ialah SPRM mampu menjadi kuasa pencegahan rasuah dan juga kuasa yang boleh mendakwa kes rasuah. Peperangan memerangi rasuah tidak akan berhasil jika semua kes yang disiasat hanya tinggal di atas kertas.

Akhirnya, rakyat menunggu 100 hari SPRM diperkasakan adakah akan terkenal sebagai badan tunggal negara memerangi rasuah atau akan hanya terkenal sebagai ‘ Malaysia Anti Cars and Cows’. Rakyat sedang menilai SPRM kini dan seterusnya.Ingatlah rasuah dan penyelewengan kuasa adalah pemusnah besar-besaran tamadun dan negara.

MOHD EZLI MASHUT
Ketua Penerangan AMK Kuala Selangor