Selasa, 30 Disember 2008

PKR Selangor pula Kecoh! Apa nak jadi?

Kecoh ... PKR Selangor sedang kecoh.Kalau tidak di pulihkan, merosakkan seluruh parti PKR. Kekal di dalam PKR adalah mereka mereka yang gila jawatan dan mahu menjaga periuk nasi mereka. Takut kehadapan, takut bercakap, sindrom membisu sudah menyerang ahli ahli dan pemimpin PKR.

Pemimpin PKR di dalam dilemma. Mahu mengorbankan Khalid atau Ahli Parliman Kapar? Yang mana satu?Khalid bukan menjadi musuh kepada penyokong UMNO sahaja, tapi kepada PKR sendiri. Pergi lah ke mesyuarat bahagian atau negeri, semua lahirkan rasa tidak puashati mereka kepada MB Selangor, selaku ahli koperat dan di dalam masa yang sama mentadbir negeri.

Tapi hanya di belakang. Kalau ada kelibat wakil wakil MB, hatta ketua AMK K. Selangor pun, semua jadi senyap.Menilai siapa yang suka siapa? Yang pasti, pemimpin marah pada Manickavasagam, sedangkan penyokong tidak suka MB Selangor.

Sekarang terserah ... mahu mengorbankan Khalid atau Mike? Adakah mengorbankan Khalid boleh menutup semua rasa gundah gulana atau korbankan Mike untuk pulihkan parti.Di sini aku mulakan undian untuk memilih Mike atau MB Selangor.

Posted by ketambatu at 10:04 AM
Labels:

Isnin, 29 Disember 2008

Pesanan Ikhlas dari Ahli Akar Umbi PKR

Monday, December 29, 2008

Pesanan dari Penyokong PKR
email Melatiputih

Perjuangan memang perlu keikhlasan. Ya, itulah yang kita lakukan selama ini. Itu saranan kepada para pejuang. Tapi bagaimana pula pesanan untuk pemimpin? Adakah bersama berjuang dan jika berjaya, terus lupakan?Apa yang berlaku sekarang adalah di luar pengetahuan para penyokong PKR sendiri. Kita tidak pernah mempunyai pengalaman di dalam perjuangan. Kerana itu kita pernah menyangka bahawa ini yang akan berlaku selepas kejayaan di kecapi.

Kita tidak pernah di berikan gambaran buruk sebelum kita berjaya. Lantas apa yang berlaku sekarang membuatkan kita kecewa.Sejak perubahan yang berlaku di dalam struktur penerangan PKR di Malaysia, sudah ada kelibat unsur unsur penipuan cara UMNO di dalam parti. Sesungguhnya saya teramat berasa sedih kerana Anwar Ibrahim, selaku ketua UMUM Keadilan, meminta untuk akar umbi tidak pertikaikan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sedangkan kenyataan itu tidak sekonkrit yang sepatutnya. Kenyataan beliau adalah lebih kepada kenyataan sebelah pihak dan mahu kita dengar, patuh tanpa sebarang persoalan.Ada pula balaci balaci yang turut menyetujui cara itu sedangkan, kalau kaedah itu di gunakan di dalam UMNO, kita sendiri mempertikaikannya.

Sesungguhnya, apa jua kaedah perlantikan di dalam sistem demokrasi, seharusnya mendapat keputusan dari ahli. Kita setuju bahawa ianya adalah hak pemimpin, tapi memandangkan keputusan yang di buat oleh pemimpin cenderung kepada ketidakadilan, sehingga mampu memorak poranda kan parti, maka ianya adalah tanggung jawab ahli untuk menyelamatkannya. Lihat apa yang berlaku di Selangor, Perak dan Pahang. Malah kita tidak tahu apa sebenarnya yang di rasai oleh Sabah dan Sarawak.Kita bukan mengkritik untuk menjahanamkan parti tetapi pemimpin harus sedar bahawa kelahiran Parti Keadilan adalah berdasarkan kepada perjuangan reformasi.

Namun apa yang dilihat sekarang, pemimpin Keadilan sendiri sedang berusaha untuk merobah bentuk parti yang disangkakan bersih dari fahaman UMNO untuk memilih di kalangan kroni masing masing.Saya cuba untung buang rasa musykil di dalam hal ini. Namun saya meletakkan diri ini sebagai seorang di luar parti melihatkan keadaan di dalam, seperti yang kita alami ketika kita mengkritik UMNO. Dan malangnya, keadaan yang sama berlaku.Pemimpin seharusnya memikirkan tentang susah payah, jerit perih penyokong. Kalau pun bukan mereka mereka itu di lantik sebagai pemimpin, tapi beri lah mereka peluang untuk membuat keputusan memilih pemimpin mereka sendiri.

Penyokong tulen PKR adalah mereka mereka yang tidak mahu di perdayakan seperti yang mereka alami ketika bersama UMNO dahulu. Dan pemimpin harus sedar tentang keadaan itu.Sekiranya tohmahan mengatakan bahawa AZMIN terlibat di dalam percaturan pemilihan, sila berikan bukti. Bukan setakat memberi harapan seperti yang di berikan kepada penyokong sebelum pilihanraya dulu.Pemimpin harus sedar bahawa pemimpin hanya lahir selepas ada nya penyokong. Dan jika penyokong tiada, pemimpin akan pincang sepincang pincangnya.Saya menyeru kepada semua penyokong PKR.

Jika pemimpin PKR tidak memberikan sebarang kenyataan yang cukup menyakin mengenai kemelut yang berlaku di dalam PKR sekarang. Bersama sama kita BERHIJRAH ke parti pembangkang yang lain. Dan kita lihat sejauh mana PKR boleh berdiri dengan sendirinya tanpa penyokong yang selama ini bersungguh sungguh menyokong.Apakah harapan lagi yang kami ada sekiranya pemimpin yang kita puja dahulu sudah memjadi bayangan kepada pemimpin UMNO yang ada sekarang.

eMail dari : Melatiputih.

Takziah dan Tahniah dari AMK Selangor.



Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar yang baru
Dec 29, 08 10:53am


Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (gambar) telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.
Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.
Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.
Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.
Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).
Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.
Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom. Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.


Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23. Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman. Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

Blog Hina Nabi Muhammad : Adakah benar ianya satu konspirasi ? Pihak Berwajib Sila Siasat betul2 macam siasat RPK!

Blog Hina Nabi Muhammad : Satu Konspirasi?

Umat Islam, secara khususnya di Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita penghinaan kepada rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Malah kali ini, ia lebih panas dan hangat kerana ianya didakwa dilakukan oleh blogger tempatan iaitu seorang wanita melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, teka-teki berkenaan siapakah penulis sebenar blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini masih lagi belum terjawab. Berita mengenai perkara ini pertama kali dihebahkan kepada orang ramai melalui sebuah syarikat penyiaran terkemuka negara iaitu TV3 di dalam rancangan Buletin Utama pada 26 Disember 2008.
Wanita ini mendakwa dirinya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan moden, penyayang, dan suka untuk berdepan dengan cara pemikiran lama melalui petikan yang tertulis di dalam bahagian “About Me” di dalam blognya yang berbunyi:

I am open minded, modern thinking, fun loving individual, like to challenge all the old thoughts.

Blog tersebut dipenuhi dengan 32 post yang mana 30 daripadanya adalah berunsur penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk gambar dan tulisan-tulisan ringkas yang memperjelaskan penghinaannya.
Tindakan ini amatlah menjijikkan dan umat Islam di seluruh dunia pastinya menuntut agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat. Segala bentuk penghinaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W adalah satu tindakan yang tidak wajar dikompromikan daripada tindakan undang-undang yang keras apatah lagi Malaysia ini adalah sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.

Jika kes pembunuhan berprofil tinggi wanita warganegara Mongolia bernama Atlantuya Sharibuu dapat diselesaikan dengan jayanya, pastilah kes-kes yang berupa penghinaan seperti ini bukanlah satu masalah yang besar. Siasatan terperinci amat perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pesalah ini dihukum dengan sewajarnya.

Namun begitu, disebalik keghairahan lebih bertumpu kepada cacian dan makian ke atas tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh penulis di blog tersebut, banyak kesangsian yang timbul. Ketika artikel ini ditulis, blog tersebut telahpun disekat daripada dilayari. Walaubagaimanapun, dengan penggunaan kod-kod tertentu, penulis telah berjaya memecah masuk blog tersebut.

Keadaannya adalah seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu, ianya mengandungi 32 post di mana 30 daripada 32 post tersebut penuh dengan post-post penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk gambar dan tulisan-tulisan ringkas.

Wanita tersebut telah menggunakan nama samaran Adibah Ahmad dan ini adalah gambar yang telah digunakan. Ramai percaya bahawa gambar ini adalah tempelan semata-mata untuk penulis sebenar blog ini melindungi dirinya:

Adibah Ahmad ini mendakwa dirinya berusia 27 tahun, berbintang Pisces dan lahir pada tahun Ayam Jantan. Dia kononnya bekerja sebagai seorang Eksekutif Akauntan dan berlokasi di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Hobinya adalah berehat, melukis dan mengambil gambar. Maklumat lain adalah berkenaan dengan filem kegemarannya (Sin Chan), muzik kegemaran (Trans dan Country), serta buku kegemaran (malas – yang mungkin menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang malas membaca).

Apa yang mengejutkan adalah berkenaan blog yang diikuti oleh Adibah Amin ini. Menarik untuk diketahui bahawa blog yang menjadi minat serta ikutannya adalah blog YB Dr. Mohamad Khir Toyo!

Nombor telefon yang ditinggalkan di dalam profile blog wanita tersebut iaitu 03-55663800 bukanlah nombor telefon miliknya, sebaliknya ia adalah milik pejabat syarikat Auto Bavaria Glenmarie yang beroperasi di 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie 40150, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Apabila diteliti waktu dan jangka masa sejak bila Adibah Ahmad mula berblog, dapat dilihat bahawa dia bermula sejak Disember 2008. Ini bermakna Adibah Ahmad bukanlah blogger sebenar. Penulis telah meneliti sendiri blog ini dan didapati bahawa semua post berunsur penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W telah dihantar ke dalam blog ini pada tarikh 24 Disember 2008 sekitar pukul 3.00 pm – 6.00 pm (penulis tidak pasti sama wanita ini menggunakan waktu Malaysia atau waktu antarabangsa di dalam blognya). Pada 25 dan 26 Disember 2008 pula ianya lebih kepada komen-komen yang ditinggalkan dengan purata kurang 1 komen untuk setiap post.

Pada pukul 3.41 am 26 Disember 2008 (sekali lagi penulis tidak dapat memastikan ketepatan masa ini), Adibah Ahmad juga memberi link untuk profile friendster miliknya, namun profile ini juga telah tidak boleh lagi di akses ketika artikel ini ditulis. Berikut adalah post di dalam blog Adibah Ahmad pada masa dan tarikh seperti yang dinyatakan di atas.

Kes berkenaan blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini amat menarik untuk diteliti. Dalam pada ianya membangkitkan kemarahan umat Islam secara keseluruhan, motif sebenar pihak yang melakukan perkara tersebut menjadi satu tanda tanya yang besar. Berdasarkan tarikh penulis blog ini membuka blognya iaitu Disember 2008, kita dapat menghidu sememangnya ada sesuatu yang cuba dilakukan. Menyedari kesan dan natijah yang keras akibat daripada perbuatan ini, adalah mustahil seseorang itu dengan sengaja membuka sesebuah blog apatah lagi dengan tujuan semata-mata untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W!

Ia adalah satu tindakan yang tidak waras sekali melainkan penulis blog tersebut sememangnya mempunyai agenda yang tersendiri. Apatah lagi, kita sendiri dapat melihat bahawa pemilik blog ini dengan sengaja mahu dilihat mempunyai hubungan tidak langsung dengan YB Dr. Khir Toyo iaitu bekas Menteri Besar Selangor yang kini sedang giat berkempen untuk posisi Ketua Pemuda UMNO yang akan dipertandinginya di dalam Perhimpunan Agong UMNO ke-58 pada Mac 2009 nanti.

Keberkesanan TV3 dalam mengesan kehadiran blog yang baru sahaja berusia 2 hari ini dan seterusnya menghebahkannya ada tajuk utama di dalam rancangan berita milik mereka harus diberi kepujian.

Namun begitu, dalam masa yang sama ia juga perlu disulamkan dengan persoalan. Dalam jangka masa 2 hari, adalah agak mustahil blog ini dikesan melalui mana-mana enjin carian oleh mana-mana pihak. Ianya tidak mungkin terjadi melainkan ada pihak tertentu yang secara sengaja menyebarkan link blog ini melalui email atau dengan cara-cara tertentu yang lain kepada orang ramai termasuk pihak TV3 sendiri. Ini menguatkan lagi bahawa ada “sesuatu” yang cuba dilakukan oleh penulis asal blog ini.

Penulis juga teringat bahawa baru-baru ini, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Datuk Seri Syed Hamid Albar ada mengatakan ura-ura berkenaan perlaksanaan kod etika blog di Malaysia. Hal ini telah dilaporkan oleh Bernama pada 22 November 2008. Berikut adalah sedikit petikan di dalam laporan oleh Bernama berkenaan perkara ini.

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari Sabtu mencadangkan penulis blog mewujudkan kod etika mereka sendiri bagi memastikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan penulis blog bukan dari kalangan wartawan yang dilatih untuk menulis sesuatu perkara secara adil dan seimbang.
Syed Hamid berkata kod etika yang dicadang itu perlu dibuat dalam bentuk peraturan dan bukannya perundangan atau akta baru.

Mungkin sekali juga blog penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W ini sengaja di ada-adakan oleh pihak-pihak tertentu bagi membolehkan kod etika blog seperti yang dicadangkan di atas dapat dilaksanakan dengan kadar yang lebih segera lagi. Apatah lagi dengan kehadiran Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang sedang menanti hari tibanya, lebih segera dan pantas perihal kod etika blog ini dapat dilaksanakan, maka ianya mungkin lebih baik kepada pihak-pihak tertentu yang tersebut. Dengan kehadiran blog ini, pastinya pihak-pihak penghujah di dalam siding parlimen nanti akan mendapat alasan yang cukup kukuh bagi membolehkan kod etika blogger ini dipercepatkan dengan secepat yang mungkin.

Walau apapun teori konspirasi yang mungkin di sebalik blog menghina Nabi Muhammad S.AW ini, secara langsungnya ia memberi kesan yang buruk kepada blogger-blogger di Malaysia. Ia berjaya memberi gambaran bahawa blogger-blogger di Malaysia ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang langsung tidak mempunyai buah fikiran melainkan hanya bersikap kurang ajar semata-mata. Ia juga berjaya memberi satu gambaran bahawa keadaan kebebasan suara di Malaysia melalui blog sudah sampai ke tahap yang melampau sehingga agama dan rasul junjungan boleh dipermainkan. Ia berjaya memberi satu isyarat di mana mungkin sudah sampai masanya kekangan-kekangan wajib di kenakan dalam keadaan segera kepada mereka-mereka yang digelar bloggers.

Akhirnya, siapa di sebalik pembinaan blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini tidaklah kita ketahui melainkan melalui spekulasi semata-mata. Walau bagaimanapun, jika blogger penyebar gambar lambang polis berkepala anjing dapat ditangkap dan dikenakan tindakan, dan jika Raja Petra Kamaruddin dapat disumbat ke dalam ISA kerana tulisan di dalam artikelnya yang di dakwa menghina Islam, umat Islam di seluruh dunia dan di seluruh Malaysia khususnya pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih keras untuk penulis blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini. Apatah lagi, dapat dilihat dengan jelas dan nyata bahawa penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi Junjungan Mulia ini terlalu jijik dan berniat jahat selain mempunyai kepentingan-kepentingan yang tertentu.

ISU MP Kapar ~ Isu yang tidak menguntungkan mana2 pihak......

Isu MP Kapar : Syed Husin minta semua henti bertelagah
Dec 28, 08 6:47pm

Para pemimpin Pakatan Rakyat - gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - dinasihatkan supaya berhenti menimbulkan perbezaan dan konflik antara mereka melalui media."Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali."Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebaliknya, kata beliaiu, mereka hendaklah duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman. Menurutnya, terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian.Jumaat lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.Khalid pula dilaporkan menjawab bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya. Menteri besar Selangor itu bagaimanapun hari ini menafikan berkata demikian.

Bagaimanapun, Santiago dilaporkan bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.Mengulas lanjut, Dr Syed Husin berkata, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.Ekoran itu, katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik Rabu ini bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

Dr Syed Husin mendakwa, isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN. "Mereka telah memutarbelit kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan (Rakyat) untuk menggambarkanseolah-olah pakatan pembangkang dalm keadaan kucar kacir."Sebenarnya, niat mereka adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya.Penjelasan KhalidSementara itu, pejabat urusetia media Menteri Besar Selangor menafikan laporan akhbar the Star yang memetik Khalid sebagai berkata beliau tidak berminat untuk menemui Manikavasagam atau meminta beliau menimbangkan semula keputusannya untuk meninggal PKR.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan hari ini, urusetia tersebut menegaskan bahawa dalam sidang akhbar tersebut, Khalid tidak pernah pada bila-bila masa pun membuat kenyataan seumpama itu."Apabila menteri besar ditanya sama ada beliau bersedia untuk menemui ahli Parlimen Kapar itu, beliau menjawab, sebagai seorang ahli parlimen, ia adalah lebih baik bagi ahli Parlimen itu menemui pemimpin parti," kata kenyataan itu lagi.Menurutnya, Khalid tidak pernah mengatakan bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan, seperti dalam laporan akhbar tersebut.

"Dalam sidang akhbar tersebut, menteri besar, apabila ditanya, telah menegaskan bahawa ahli Parlimen Kapar itu bebas untuk membuat keputusannya dan bahawa beliau cukup matang untuk membut keputusan yang baik selaku wakil rakyat kepada lebih 100,000 pengundi dalam kawasan pilihanrayanya dan (selaku) seorang ahli PKR."Menteri besar juga berulangkali menegaskan bahawa forum terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah biro politik parti berkenaan (PKR)," tambahnya.Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya memandang berat tindakan memutarbelit fakta dan berharap akhbar berkenaan lebih bertanggungjawab dan tepat dalam laporannya mengenai kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Ahad, 28 Disember 2008

PKR Perak pun bergelora !


Krisis PKR Perak 3
Posted by matsamankati
December 28, 2008


Sedutan siri lalu….
Aku tak la mengharapkan dua EXCO melakukan sesuatu yang luar biasa dalam potfolio masing-masing. Aku tak harapkan program-program rakyat yang revolusioner dari depa berdua…sebab aku paham depa ni takat mana. Tapi kalau Anwar pun boleh ikut cakap depa….yang tu aku tak paham.
La ni aku paham….selepas Jamaludin pergi berjumpa Hj. Osman dua hari lalu. Dan esok..hari Ahad…Hj. Osman akan datang ke Perak untuk berjumpa Ketua-Ketua Bahagian diPerak.
Walaupun Hj. Osman meminta Setiausaha Perhubungan Negeri memanggil mesyuarat esok, tapi S/U enggan melakukannya dan meminta Hj. Osman menggugurkannya dari jawatan S/U Perhubungan Negeri, sebagai tanda protes. Hj. Osman terpaksa meminta Chegu Mat menjadi S/U, walaupun Chegu Mat dah lama pencen…kesian orang tua tu.
Jadi..kembali lah PKR Perak kezaman pra 2004, mungkin kali ini berbeza sikit..sebab harta rampasan banyak lagi. Tapi mengapa Hj. Osman sanggup datang balik kePerak, sedangkan dia bukan ada jawatan dalam kerajaan negeri…jawatan dalam GLC pun dah habis diisi? Yang tu tak perlu risau…Jamaludin dan Kapt. Osman ada dibelakangnya.
Penyusunan semula semua ketua-ketua perhubungan negeri dibuat sebagai persiapan menghadapi pemilihan parti tahun depan. Ooops! ada orang kata pemilihan parti hanya akan dibuat pada tahun 2010!
Bulan Februari depan..satu Kongres Khas akan diadakan untuk meminda perlembagaan…termasuk untuk mencadangkan supaya pemilihan parti dibuat dua tahun sekali. Maknanya…pemilihan akan diadakan tahun depan.
Sesiapa yang mendapat maklumat ini…sudah pasti mempersiapkan diri untuk memperkuatkan pengaruh. Dan dua orang yang mendapat maklumat awal ialah Azmin dan Dato Kamarul Baharin. Dan pemilihan Hj. Osman dirancang oleh Azmin dan Kamarul, dengan mendapat sokongan Jamal dan Kapt. Osman.
Jamal dan Kapt. Osman membangkitkan soal tidak boleh bekerjasama dengan Hj. Ismail. Dan Azmin mencadangkan supaya Hj. Ismail digugurkan dan digantikan oleh Hj. Osman, kononnya untuk melicinkan pentadbiran parti.
Memang tidak ada kerjasama diantara dua EXCO ini dengan Perhubungan negeri. Jamal dan Kapt. Osman selalu tuang mesyuarat PKR Negeri…dan kalau datang pun..bukan nak bagi tau tentang apa yang kerajaan negeri buat, sebaliknya menjadi pembangkang dalam parti. Tanya la Ketua Bahagian, apa maklumat tentang kerajaan negeri yang diperolehi dari dua EXCO ini?
Habuk pun tarak. Yang ada..hanya cerita peribadi mereka. yang ni tak payah tanya depa pun orang tau. Sampaikan ada EXCO yang tubuh syarikat sendiri…guna nama sendiri..untuk sapu projek dalam portfolio dia. Ada akai ka? nak kata apa? ini la EXCO yang kita ada.
Hj. Ismail memang aku tahu dengan sikap no-nonsense. Ramai Ketua Bahagian marah kat dia pasai tak dapat jawatan dalam GLC. Hello brader!… kalau Ketua Bahagian tu ada kelayakan atau kemampuan…lain cerita la. Tapi kalau bahagian pun tak tau nak urus…macam mana nak urus GLC. Lagi pun…mana ada GLC yang buat duit? semua tengah mati, kecuali MajuPerak…yang tu pun Pas dah pegang.
Azmin memberitahu Anwar supaya melantik Hj. Osman kerana dia tahu Hj. Osman memang member dia..dan boleh menjanjikan sokongan dalam pemilihan parti nanti. Malah Azmin memberitahu Anwar bahawa Hj. Osman bersedia berpindah ke Ipoh sedangkan Hj. Osman sendiri belum membuat keputusan untuk berpindah…sebab bisnesnya di Kelang.
Bila ditanya oleh Anwar, Hj. Osman meminta masa untuk berfikir…tapi didesak oleh Azmin untuk menerima perlantikan itu. Akhirnya Hj. Osman menerimanya.
Semua orang tahu…apa kata Azmin…itulah kata Anwar. Dan Anwar membuat keputusan ini tanpa berbincang dengan sesiapa. Malah Dr. Lee Boon Chye, sebagai penyelaras PKR Negeri Perak tidak diminta pendapatnya. Mustafa Kamil Ayub sebagai Naib Presiden pun tak tahu.
Azmin semakin takut dengan populariti Mustafa Kamil Ayub diPerak. Dia takut kalau-kalau Mus mendapat sokongan melebihinya dalam pemilihan nanti. Maka…pengaruh Mustafa Kamil perlu dibendung.
Nama Mustafa Kamil Ayub telah dicadangkan untuk menduduki jawatan dalam Lembaga Air Perak…tetapi tiba-tiba namanya hilang. Sapa punya kerja? Jamaludin. Nama Mustafa Kamil Ayub telah digantikan dengan Zamri, Pegawai Khas Jamaludin…tanpa pengetahuan PKR Negeri. Whoa!!! memang terror.
Anwar kata..Hj. ismail tidak dipecat..malah masih memegang jawatan Pengarah Pilihanraya Negeri, dan Zakaria dari Pahang juga tidak dipecat sebaliknya dibawa ke Jawatankuasa Pilihanraya Pusat.
Betul la….tapi ini keputusan Anwar atau keputusan Azmin? Dua-dua depa ni, Hj. ismail dan Zakaria diletakkan didalam Jawatankuasa Pilihanraya…bawah sapa? Bawah Azmin! Azmin adalah Pengarah Pilihanraya Pusat, dan dua Pengerusi Perhubungan Negeri tiba-tiba diletakkan dibawah Azmin, manakala penggantinya adalah orang kuat Azmin. Lagi terror!
Anwar tak payah masuk Umno…sebab perlahan-lahan…kepimpinan PKR akan digantikan dengan orang-orang Umno. Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 20 Ahli Parlimen dari Umno untuk mengambil alih kerajaan pusat..dan apa yang dilakukan sekarang ini ialah menyediakan ruang untuk mereka ini.
Para reformis dan para pendemonstrator akan menjadi daun kari. Dan tukang masak akan dipuja dan dipuji…manakala daun kari akan dikuis ketepi.
Nasib la…….
Abraham Lincoln once defined democracy as government of the people, by the people, for the people. But PKR is amending that to a government off the people, buy the people, far from the people.

Sabtu, 27 Disember 2008

Ucapan Takziah dari AMK Selangor....




Posted by Webmaster
December 27, 2008


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

“Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,’ kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.
Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.
“Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.
“Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja’afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Berkabung 40 hari

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.
“Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.
“Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,’ katanya.
Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja’afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok. - MKini

Khamis, 25 Disember 2008

Selamat Hari Natal !!!!

AMK Selangor mengucapkan Selamat Hari Natal atau Merry Christhmas kepada semua Rakyat Malaysia, Selangor dan Ahli-ahli Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang beragama Kristian.

Surat Terbuka Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim [1]

Diterima dari email; amkselangor@gmail.com

1 azimann Dec 25th, 2008 at 7:25 pm

Salam Reformasi Dato’ Seri,
Semoga seluruh keluarga DSAI dan DSWA sentiasa berada di dalam perlindungan ALLAH S.W.T.
Saya salah seorang AJK AMK Bahagian yang selalu mengikuti Mesyuarat AMK Negeri Selangor yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI).
Apa yang saya dapati melalui kebanyakan Mesyuarat AMK Negeri Selangor dijalankan, rata2 Exco AMK Selangor amat tidak berpuashati dengan prestasi TSKI selaku Peng. Pehubungan Negeri S’gor (PPNS). Ini bukan sahaja berlaku dalam AMK Selangor tetapi pada bulan Jun’08 lalu, ramai Ketua2 Bahagian PKR di Selangor telah menyatakan rasa ketidakpuashatian mereka beramai2 di depan Istana TSKI di Shah Alam. TSKI memang diakui seorang yang kaya raya sebelum dilantik sebagai PPNS. Bermakna dan sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau tidak pernah ambil tahu bagaimana sengsaranya orang2 kuat Parti termasuk Ketua Bahagian/Ketua AMK Bahagian/Ketua Wanita Bahagian untuk menggerakkan Parti KeADILan Rakyat di seluruh pelusuk negeri Selangor yg telah dimenangi oleh PKR di 15 kws DUN.
Sudah menjadi tanggungjawab PPNS agar dapat turun ke setiap 22 Bahagian di seluruh negeri untuk mengetahui masalah2 ahli parti akar umbi dlm menggerakkan Parti, mengembangkan parti dan seterusnya mengukuhkan parti. Apa yang telah TSKI buat selama ini semenjak Mac08 sehingga Dis08 kepada PKR hanyalah boleh dikatakan setakat 10% sahaja, lagi 90% hanya sibuk menguruskan Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Memang kita akui tugas sbg MB Selangor amat sibuk. Sehingga menyerahkan pengurusan DUN Ijok 100% kepada S/U Bahagian/Pegawai Khas/Penyelaras DUN Ijok iaitu Sdr Zapri Miskon. Seolah2 Zapri ni ADUN di Ijok. Kata2 ini sudah selalu berlegar dan bersambung2 dimulut2 pendokong parti di peringkat Bahagian mahupun di peringkat JDM/Cawangan.
Jika dinilai prestasi TSKI untuk menerajui PKR S’gor, memang dilihat tidak layak dan bersungguh2. Buktinya, beliau masih tidak dapat mengenali dengan jelas dan mengingati nama AJK2 di Bahagian Kuala Selangor sendiri. Kalau nak ditanya nama2 kesemua nama Ketua2 Bahagian pun beliau masih terkial2 untuk mengingati. Ini belum lagi Ketua2 AMK Bahagian2 dan Ketua2 Wanita Bahagian. Ilmu Politik beliau untuk menarajui PKR Selangor pun masih belum lulus, inikan pula hendak menjaga 2 Perhubungan Negeri??????? Alamat ghulbul gyuyublah negeri Pakatan Rakyat di bawah PKR pada PRU13 akan datang!!!!
Saya dan mungkin beribu2 ahli PKR yg berada di negeri Selangor ini amat tidak menyenangi TSKI sebagai MB S’gor inikan lagi sbg PPNS???? Diberi pula jawatan PPNWP?????
Telah banyak sangat rungutan2 yg terkeluar sendiri dari mulut Ketua AMK Selangor,Sdr Jonah,Ketua Penerangan AMK Selangor, Sdr Mazli, Termasuk juga Ketua AMK Kuala Selangor,Bhagian TSKI sendiri, Sdr Faizal mengenai kelemahan2 keputusan dalam menjalankan tugas sbg MB dan Ketua PKR Sgor (PPNS. Sehingga suatu malam semasa TSKI bermesyuarat di Bahagian Kuala Selangor, Sdr Mazli selaku Ketua Penerangan AMK Selangor dan disertai oleh beberapa Ketua2 AMK Bahagian yg lain telah menyerahkan sepucuk surat kepada beliau sebelum Kongres di Shah Alam 2008 untuk mengadakan Perjumpaan Tertutup antara AMK Selangor dgn MB/PPNS. Tetapi seperti biasa, TSKI hanya berjanji untuk berjumpa selepas Kongres tetapi sehingga sekarang masih tidak ditunaikan.
Apakah ini ciri2 sebagai seorang PPNS? Difahamkan, Ketua2 AMK Bahagian di Selangor akan mengadakan PC dalam bulan Januari09 nanti untuk mendesak TSKI lebih bersikap adil kepada ahli2 PKR dan jika tuntutan ini tidak dituruti. Maka merka akan mengadakan Deomnstrasi untuk TSKI meletak Jawatan sebagai MB Selangor!!!!! Ini sudah melampau Dato Seri… Pemuda2 Bahagian sudah tidak percaya kepada PPNS/MB sendiri????
TSKI ni orang dah kaya raya dan baru 2 tahun masuk politik. Beliau tidak tahu dan tidak pernah mengharungi kesusahan2 dan perit jerih anak2 muda dari zaman reformasi 1988 dulu semasa Dato Seri dipecat dari Kerajaan, dipecat dari UMNO, ditangkap pd 20 Sept’98 sehingga di penjara hingga 2004. Apa yg TSKI buat waktu itu???? dibandingkan dengan pengorbanan anak2 muda zaman reformasi masa tu…dibuang kerja, bercerai berai dan macam2 lagi. TSKI buat apa? Mungkin Buat BODOH je!!!!!!
Maka menjadi kewajipan Dato Seri untuk menimbangkan dan meneliti perkara ini. Saya dan rakan2 yakin DSAI mampu untuk merubah agar kerjaan PR tidak akan dirampas oleh UMNO pada PRU13 nanti. Saya bimbang bukan UMNO yg akan menumbangkan PKR tapi org2 PKR sendiri akan menumbangkannya sendiri.Exco2 negeri pula sudah semakin sombong dan malu untuk memakai baju Parti semasa melawat2 kawasan dan program2 Parti.
Wallahualam….

Rabu, 24 Disember 2008

Sabar....Sabar....Sabar......!!!!!!

Wednesday, December 24, 2008

Sabaq kepala atok hangpa !!!
Email dari mankedahpuchong, SelangorDulu, bila sebut je reformasi, bukan je Polis tapi majikan pun halau keluar. Boss kerja pun pandang sebelah mata. Boss kata, kalau nak sokong pembangkang, cari kerja lain. Jangan mintak makan dengan kerajaan. Aku kerja dengan syarikat swasta, bukan kerajaan. Apasai depa kata kerajaan plak?Tapi perjuangan kena telus, kena berani. AKu berani, tapi depa halau aku keluaq ofis. Tak layan, lama lama aku berhenti sendiri. Tak tahan kalau ada politik dalam syarikat. Ghupanya nama sahaja swasta, tapi boss semua orang UMNO. Cesss memang cilaka.Tu lah masalahnya dengan negara ni. Tak canggih langsung.

Politik di campur aduk dalam agama dan cari makan. Kalau tak sokong UMNO, jangan mintak bantuan, jangan mintak kerja, jangan mintak pinjaman. Hang makan la pasiaq ka atau rumput kerin, hangpa buat kerabu.Maka beragan la aku cari kerja baru. kalau dulu bukan main hebat lagi, sekarang macam minta sedekah. Kemana mana pun orang dah kenai muka. Ni orang PKR, biaq dia mati, padan muka !!! Hang mintak la tolong pada Anwar nun ... !!! Tak pa ... sabaq. perjuangan itu perlukan kesabaran.Kalau nak cari makan jugak, kena jadi nelayan, penoreh getah atau apa apa business yang tidak bersangkut paut dengan politik. Buka gerai, esok lusa dah MBSA dah angkut. Kat situ je, dah habis beribu ribu. Buka kedai sewa sampai RM1000, lesen niaga pun tak lulus, kedai pun kena tutup. Hancoq business.

Member member bagi nasihat, kalau nak berniaga, kena pakai topeng. Minta tanda tangan pemimpin UMNO. Paling cabuk pun, ketua bahagian. Kalau tak dak, Hang jangan mimpi. Permohonan FAIL ... hang buang masa.Tu la pasai sampai sekarang, aku mati matian jadi pembangkang. Pantang ada tunjuk perasaan, bantahan, aku lah orang yang duduk depan. Alang alang nyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang oghang dah kenai, biaq depa tau teruih ... hah aku la orang PKR !!!NAk hidup pun susah, mai kita tukaq kerajaan.Untung nasib kita boleh tebus kerugian kita. Bila kerajaan UMNO kalah, aku ambik balik semua duit aku.Bukan sikit, tapi dah banyak. Bukan RM100 tapi dah beribu ribu. Tambang, minyak, poster semua pun kena pakai duit. Buka kedai, tutup, bukak itu semua nya hancoq.Duit tabung, harta semua dah kena jual. Bukan pangkat besaq, tapi cukup dengan nama reformis. Perjuangan yang bergolok bergadai. Hah .. tu la dia semangat yang ada pada pembangkang. Dendam kesumat tersemai di dada. Pantang kata perjuangan ... hah aku lah reformis. Kakakakak .

Bila tukaq kerajaan. Mampuih aku kerjakan. Aku orang pertama akan kutuk orang UMNO. Biaq depa jealous ngan aku. Itu lah angan angan aku dulu.Bila Pakatan Rakyat dah menang di Selangor, tiba tiba ada pulak mamat mamat yang mai ntah mana datang mencelah. Aku perasan depa ni dulu kontraktor UMNO. Tapi bila kerajaan tukaq, depa pun tukaq bendera. Tak sempat susah, depa dah cari peluang dari Pakatan Rakyat pulak. Wuuuhhhh !!! tak boleh jadi ni.Tak pa ... sabaq. Masing masing ada rezeki.

Orang kata kek besaq, panggil kawan kawan ajak makan. Jangan makan sorang-soghang, nanti tak dak kawan. Jangan jadi kedekut. Kalau kedekut baik masuk UMNO ... Pemimpin kata, kita mesti terima keahlian dari semua pihak. Kita kena jadi baik ... wah wah wah .. .syok na bunyi.OK La .. aku setuju !!!Rupa nya trend ni makin hebat sekarang. Semua orang UMNO nak Joint Pakatan Rakyat. Semua dah mula mengendeng ngendeng dengan pemimpin PKR. Pemimpin PKR pulak semedang tak dak duit macam aku, jadi bila dapat sponsor, depa teruih jadi kawan. Pulak dah ....Tak pa sabaq. Perjuangan kena sabaq.Lama lama tanpa aku perasan, aku dah sampai ke hujung. Kalau pelampung tu muat untuk 100 orang, aku lah yang paling tepi sekali. Kalau member kat dalam kentut sikit, aku dah terjun masuk laut. Terkapai kapai menanti ikan jerung nak baham. Kalau ikan jerung tak makan oghang kuruih macam aku, tentu aku selamat.Depa tak habis duit, depa tak kena buang kerja. Depa tak berjuang tengah panas, depa tak kena simbah ayaq kuning, tak masuk lokap dan tak kena belantan. Tapi depa smart, depa ada duit dan depa sekolah tinggi.

Bila masuk dalam PKR, depa twiss sikit, terus jadi orang penting.Baghu aku tau duit ni memang besaq dia punya power. Huloq aje, teruih ramai kawan. Camana dengan aku? Sabaq ... pemimpin kata reformis kena sabaq.Pemimpin kata tak pa. Bila kita ada peluang nanti, kita bagi. Dok jenuih la tunjuk muka nak bagi depa ingat yang kita ni pejuang reformasi. Depa senyum tapi, peluang peluang niaga, depa kongsi dengan member depa. Heh... aku punya mana?Yang kaya teruih kaya, Yang miskin teruih miskin.Politik ni memang macam celaka. Kalau jujur, hang mampuih. Kalau hang pandai temberang, hang boleh hidup. Tak kira lah politik UMNO ka, PKR ka, sama saja. Kalau jahat dapat tempat, kalau baik lama dah oghang tolak hang terjerumuih kat longkang nu. Hangpa Nangih la soghang soghang.

Mana YB YB yang aku sokong dulu. Semua sibuk dengan agenda masing masing. rasmi tu rasmi ni. Esok dengan orang kaya tu, hari ni dengan orang kaya tu. Aku ni tak tau bila plak nak kaya. Tak lama. dulu masa nak pilihanraya, YB YB ni la yang minta aku kempen, gantung sepanduk, gantung tu gantung ni. Semua nak kena gantung. Sampai spender depa pun nak kena gantung.Baru baru ni kat Permatang Pauh, MB Selangoq sendiri janji. Lepas ni kita agih kan projek pasiaq. Semua boleh dapat. Kita rasa sikit sikit. hah .. sampai sekarang pasiaq tak nampak, projek pun tak dak. Pantang masuk proposal, depa dah sailang cepat cepat.Aku tau, aku akan dipanggil balik bila jadi rusuhan, tunjuk perasaan. kalau tak dak benda benda macam ni, mampuiih depa tak panggil pun. Kalau setakat gantung sepanduk. lepaih ni ramai kontraktor boleh tolong.

Perjuangan aku selama 10 tahun memang macam sial, macam cilaka. Semuanya membuang masa.Hari ni aku seluk poket. Cuma tinggal RM20. Bini suruh beli ikan, anak nak masuk sekolah, baju belum beli, yuran tak tau berapa plak nak kena. Anak pulak dah masuk 3 oghang. Semua nak belanja. Minyak kereta dah kosong, topup talipon dan dua hari habis. Hai ... apa lah nasib.Pemimpin kata sabaq.Perjuangan itu perlukan kesabaran.Sabaq kepala ATOK hangpa !!!

Posted by ketambatu at 10:19 PM

Negeri Ini Ada Undang2....Undang2 Tuan Sadiq Sigaraga

Tuan Sadiq & Tuan Penasihat
20%......

Tuan Sadiq : Ini negeri ada undang2. Ini dinamakan undang2 Sadiq Sigaraga.
Dalam ini undang2, kalau makan hanya boleh cium bau...ambil bau lama2 pun
tak apa...tapi tak boleh makan!!!!!!!!!!!
Abdul Wahub : Ini undang2 memang tidak Adil!!!!
Tuan Sadiq : Anakanda Marah???
Abdul Wahub : Tak Marah..Cuma ini undang2 memang banyak bahlul dan tolol! Macam org
yang buat undang2 ini!!!
Tuan Sadiq : Ini sudah melampau punya menantu!
Abdul Wahub : Ayahanda Marah????
Tuan Sadiq : Ehhhh,,...tak marah tak marah.....
Abdul Wahub : Ingat ayahanda....kalau marah kena JUAL !!!!!!! bersambung

Selasa, 23 Disember 2008

Pengurus Besar PKNS telah Di Lantik !!! Tahniah....

Othman Omar ketua baru PKNS
Dec 23, 08 3:06pm

Othman Omar, seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta, dilantik sebagai pengurus besar baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - menamatkan isu kontroversi berhubung jawatan tersebut. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan itu yang berkuatkuasa mulai 1 Februari depan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini. Jawatan itu kosong susulan persaraan Datuk Harun Salim akhir Oktober lalu.

Susulan kekosongan itu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut - yang kemudiannya mencetuskan bantahan meluas ahli-ahli politik Melayu, termasuk PAS.Menteri besar asalnya merancang mengekalkan Low selama setahun sehingga pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS ditemui.Bagaimanapun kontroversi pelantikan Low dipercayai mendorong Abdul Khalid menyegerakan penggantian Harun selepas menjalankan temuduga mencari calon sesuai sebulan mulai November.

Sementara itu, Khalid berkata, pemilihan Othman dibuat atas dasar kelebihan pengalamannya yang menyeluruh dalam bidang pembangunan dan hartanah.
Ia merangkumi pelbagai projek - dari pembinaan projek kos murah/sederhana hingga ke projek mega.

"Kerajaan negeri percaya pengetahuan dan pengalaman beliau amat berguna bagi PKNS dalam usahanya memulakan projek pembangunan semula perumahan baru di Petaling Jaya, Kajang dan Kelang," katanya.
Khalid berkata, kerajaan juga yakin Othman dapat bekerjasama baik dengan semua pegawai kanan PKNS yang sedia ada, bagi mencapai matlamat asalnya terhadap perniagaan pembangunan hartanah yang diceburi, di samping meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, terutama kalangan masyarakat Melayu yang mahu bekerja keras dan berusaha tanpa ihsan dari mana-mana pihak.

Mengenai Othman, beliau mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam industri pembinaan dan hartanah di Malaysia, Australia dan United Kingdom.
Pada 1986, Othman dianugerah biasisawa Persekutuan Industri Britain untuk belajar dan bekerja dengan George Wimpey PLC dalam projek pembangunan hartanah di bawah Wimpey Homes (kini Taylor-Wimpey) di London dan beberapa tempat lain di England.

Sekembalinya ke Malaysia pada 1989, Othman menyertai Energoprojekt, sebuah syarikat dan kontraktor dari Yugoslavia untuk membina stadium utama Shah Alam bernilai RM850 juta.
Beliau kemudiannya mengetuai Bahagian Kejuruteraan PROPEL Berhad, menjadi Pengurus Besar Kesas Holding Berhad dan Pengarah KLWK Sdn Bhd - sebuah anak syarikat SP Setia Berhad.

Ahad, 21 Disember 2008

Pemuda PR ikat janji setia, berkampung di rumah pengundi

nikhassanazmi.
[...] Di negeri lain, termasuk negeri Kelantan, peratus keluar mengundi (adalah) 80% kebawah, Terengganu (jumlah) keluar mengundi (diantara) 85% hingga 90%, sehingga ada yang ’mati pun’ keluar mengundi,” ujarnya dengan nada sinis.

Menurutnya PAS Terengganu mempunyai kekuatan kerana Terengganu merupakan negeri yang pertama mencapai kemenangan pada tahun 1959.

Namun begitu, katanya, PAS Terengganu diserang begitu hebat dan terpaksa berhadapan dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai kekuatan kewangan dan pelbagai tipudaya.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK), berikrar dan berjanji setia akan turun habis-habisan menghadapi PRK Kuala Terengganu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar berkata Pengarah Pilihanraya AMK Pusat, Fariz Musa akan memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan kepada jentera pilihanraya pemuda PAS negeri Terengganu.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Pelancaran berkata AMK telah menubuhkan sebuah bilik gerakan khusus di DUN Ladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim....selanjutnya.

Anwar sniffing victory in Taib’s backyard


malaysiatoday
[...] Sarawak is truly multi-ethnic in nature. The politically dominant Malay Melanaus comprise 20 per cent, the commercially powerful Chinese comprise 30 per cent and the rest is made up of 26 non-Muslim indigenous communities collectively referred to as Dayaks.

The ethnic barriers are broken down further by the high percentage of mixed marriages registered estimated at 30 per cent of all mixed marriages in Malaysia annually.

And there are signs that PKR is fast gaining ground. At a recent party fund-raising dinner in Miri, about 3,000 people, mostly from the Dayak community, attended and raised an estimated RM300,000 for the state PKR war chest to fight in the state elections.

The Sarawak state assembly currently has a total of 71 seats. Taib's PBB holds 35 seats, the Sarawak United Progressive Party (SUPP) 11 seats, the Sarawak Progressive Development Party (SPDP) eight and Parti Rakyat Sarawak (PRS) eight, for a total of 62 seats.

According to reliable sources, the BN could lose up to 30 seats in the next state elections, which would mean that Pakatan Rakyat just needs to capture six extra seats to win power, if the elections were held today.

Anwar is hoping that by capturing the state government, it would force Sarawak BN Members of Parliament to jump ship to Pakatan Rakyat and help him capture power at the federal level.

He would then avoid facing a rejuvenated Umno under the heir apparent prime minister, Datuk Seri Najib Razak, at the next general election. .... selanjutnya.

Jumaat, 19 Disember 2008

Surat Terbuka Untuk Kerajaan Selangor (3)

Surat Kepada Kerajaan Negeri Selangor (3)
Posted by MSK
December 19, 2008

Oleh: Hamba Allah
Jika ada yang mahu mempertikaikan perfomance kerajaan PR, maka kita patut bagi peluang sebab depa baru lagi…maka, itulah jawapan penyedap bicara dan hati. Masalahnya, rakyat bawahan menagih janji-janji yang pernah dibuat sebelum ini. Manusia berpegang kepada janji; lembu pula pada tali.

Dr Hasan Ali misalnya, sebelum menang dahulu bukan main lagi mencanangkan agenda perubahan yang akan dibawa ke dalam institusi agama di Selangor. Maklumlah, satu Malaysia tahu betapa gedebenya JAIS dalam menangkap para ustaz dan merampas banyak masjid hanya kerana ustaz dan masjid itu mendokong fikrah selain Umno. Bahkan, kita mungkin tak dapat lupa betapa JAIS cuba menangkap TG Nik Aziz dan Dr Haron Din. Perampasan Masjid Al-Faizin di Kepong, Masjid Subang Airport dan terakhir sekali Surau Seksyen 8, Shah Alam. Ini semua kerja JAIS atas arahan Umno.

Muka-muka ‘jahanam’ ini…diumumkan masih segar-bugar di JAIS. Tak ada satu tindakan konstruktif pun dikenakan kepada mereka. Sihat-walafiat sahaja nampaknya. Manalah orang-orang PAS dan PKR tak bengang. Awat kebal sangat ka depa ni? Takkanlah Hasan Ali selaku exco, tak buleh buat apa satu?

Ni sumber sahih ni…Masa P/Raya kecil Ijok, Tan Sri Khalid lawan Parthiban dan kalah, Pusat Zakat Selangor diarahkan oleh exco agama negeri masa itu…pergi tolong bantu calon BN. Maka, ramailah pegawainya dok berkampung di Ijok, cari fakir dan miskin dan berilah bantuan segera. Peliknya, arahan itu tidak membenarkan PZS guna logo PZS. Gamaknya depa takut PR tahu. Tapi, apa tindakan selanjutnya kepada pengurusan MAIS @ PZS hingga kini?
Bahkan menurut sumber yang sahih, semasa dekat nak PRU Mac lalu, Pengarah JAIS terang-terang larang kakitangan telibat dengan politik kepartian khususnya PEMBANGKANG - Pakatan Rakyat lah…. Memang itu adalah kehendak Khir Toyo sendiri. Peliknya, ada kakitangan yang TERANG-TERANGAN jadi tali barut dan pencacai Umno, tak apa pula. Bila PR dah menang…eh…relax je puak-puak ni, tak de pun dengar mereka kena panggil dengan exco agama ke apa ker…tak panas orang-orang PAS dan PKR?

Bahkan, menurut sumber yang boleh dipercayai…kebanyakan mereka yang jadi tali barut Umno KECUT-PERUT masa PR menang. Pengarah PZS sampai terketar-ketar, Pengerusi MAIS pun tak tentu arah…yang dok tangkap imam dan sita masjid surau di bawah JAIS, lagilah rasa demam tak demam je badan tu. Habislah…depa takut kerajaan PR akan buat tindakan drastik. Tiba-tiba, bukan tindakan drastik…budak sepastik rasanya lagi laju ambil tindakan.
Kini, menurut sumber yang lain depa semua dah tak hairan dengan kerajaan PR. Depa ada sultan back up kat belakang. Apa-apa pun, depa guna nama sultan. sikit-sikit sultan. maka, mati kutulah Hasan Ali, tak ada jalan dah nampaknya. Nampak tak, cerdik tak depa yang duduk dalam Umno ni? Habis tu, sapa yang bodoh?

Sepatutnya, MB dan exco agama kena cari jalan pisahkan sultan daripada belenggu Umno. Tapi tulah…la ni bertambah kukuh hubungan depa ada lah. habis tu, macam mana…sampai bila?Sepatutnya Hasan ALi tunjukkan power dia, jangan nampak lembik. Ini nak ‘gugur’kan Khalid Samad dan Syaari Sungib…cepat je…sama lah MB…nak gugurkan Yahya Shaari…cepat je…habis tu, sapalah yang tak bengang!

Berita

KESIAN MB S'GOR KENA MAIN2 DENGAN JKR...

19 December 2008

ISU TANAH RUNTUH : KERAJAAN PR TIDAK DIIKTIRAF ~ Ref Malaysiakini

Kalau sebelum ini kita sedar dan faham bahawa kelima-lima kerajaan PR sering diketepikan dari menyertai semua mesyuarat-mesyuarat melibatkan kementerian dan sebagainya, kini agensi kerajaan juga mengambil langkah yang sama.

Jelas sekali agensi kerajaan ini turut sama mengamalkan sikap tidak bertamadun.
Semalam, Kerajaan Selangor mempersoalkan keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang enggan memberikan laporan geoteknikal dan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) berhubung status keselamatan Bukit Antarabangsa ekoran tragedi tanah runtuh dua minggu lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan agensi tersebut bercanggah dengan apa yang dijanjikan JKR kepada kerajaan negeri ketika sesi dialog bersama dua kumpulan wakil penduduk Ahad lalu.

Kerajaan PR yang dipilih secara sah dinafikan hak selaku kerajaan yang memerintah negeri tersebut dan juga kerajaan yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam negeri mereka. Tindakan JKR ini merupakan satu tindakan yang jelas tidak bertamadun dan menghina bukan sahaja kerajaan negeri malah rakyat negeri Selangor juga dihina.
Malangnya jika sesuatu yang buruk berlaku kerajaan pusat dan agensi kerajaan menuding jari menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak proaktif kononnya. Sebagai contoh bekas Menteri Besar, Khir Toyo mendakwa kerajaan negeri tidak melakukan pemantauan kepada semua projek tanah tinggi tidak sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaannya sebelum ini.
Posted by SOFI WAHAB at 08:38

Khamis, 18 Disember 2008

Ramlan yang mengaku Presiden Reformis dipecat XXXXXX!

oleh- Jimadie Shah Othman

Majoriti exco Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) – popular dengan ugutan untuk berdemonstrasi bogel – telah menggugurkan presiden penajanya Ramlan Abu Bakar.
Timbalan presiden Badrul Hisham Mohd Hanafiah memberitahu Malaysiakini, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas lapan orang exco semalam.
Surat rasmi mereka kepada Ramlan dikirim melalui pos tengah hari ini.
Badrul Hisham menambah, mesyuarat itu juga memutuskan untuk melantiknya sebagai pemangku Reformis sehingga suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Mereka juga memutuskan melarang Ramlan menggunakan nama organisasi tersebut dalam segala kegiatannya dan kenyataan kepada media.
“Tetapi kalau beliau hendak mengeluarkan kenyataan secara peribadi, kita tidak boleh halang,” tambah Badrul Hisham.
Badrul Hisham juga berkata, Reformis kini beralih arah menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengekalkan kadar sewa unit di kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak RM124 sebulan bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Reformis sebelum ini mengugut mengadakan demonstrasi berbogel sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa kepada RM250 sebulan.
Diminta mengulas dakwaan Ramlan semalam yang berkata Reformis merupakan “jenama” asalnya, Badrul Hisham berkata, sumbangan Ramlan dalam bentuk modal di peringkat awal penubuhan NGO itu memang diakui.

Bagaimanapun, tambahnya, Ramlan “lari daripada konsep Reformis secara keseluruhannya” yang menyebabkan beliau terpaksa dipinggirkan. - Malaysiakini

[ Siapa sebenarnya Ramlan ni ? Tiba-tiba boleh jadi Hero Hindustan dan boleh keluar Suratkhabar terutamanya Sinar Harian boleh katakan hari-hari ??? Zaman era gemilang Reformasi 1998 & 1999 tak pernah muncul pun macam Arwah Tan/Nora/Tian Chua/Badrul/Pak Din dan rakan2 lain.... ]...ikuti pendedahannya.

" Antara Dua Darjat "

Thursday, December 18, 2008

Renungan: Sewa Kediaman PM Juga TPM Cecah RM27,545.80 Sehari, Tapi Rakyat Di Sik & Baling Kedah Menderita Pendapatan RM10 Sehari !!

SIK, KEDAH - Penoreh getah secara pawah di daerah Sik dan Baling yang menghadapi keperitan hidup berikutan kejatuhan merudum harga komoditi itu, merayu kerajaan agar segera membantu mereka. Getah sekerap di dua daerah itu dibeli oleh pemborong pada harga antara 70 sen dan 80 sen sekilogram sejak beberapa minggu lalu berbanding RM4 hingga RM5 sekilogram pada pertengahan tahun ini. Kejatuhan harga getah sekerap menyebabkan penoreh getah terutama mereka yang menoreh secara pawah terpaksa menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga dengan pendapatan tidak sampai RM10 sehari.

Tinjauan di Sik dan Baling sejak minggu lepas mendapati ramai penoreh getah secara pawah mengeluh dan ramai golongan muda yang menjadi penoreh getah kini mencari pekerjaan lain untuk menyara hidup mereka."Ikan kembung berharga RM8 hingga RM10 sekilo, daging RM20 sekilo. Macam mana kami hendak hidup," kata seorang penoreh Suri binti Mohd Nor, 44, dari Kampung Sungai Senang, Sik. Beliau berkata pendapatannya sebagai penoreh secara pawah tidak sampai RM8 sehari setelah dibahagi dua dengan pemilik kebun getah. Fuad Ahmad, 40, pula berkata beliau dan keluarganya amat terhimpit akibat kejatuhan harga getah. "Awal tahun depan saya terpaksa mencari wang untuk membeli pakaian sekolah tiga anak. Di mana saya hendak dapatkan wang dengan pendapatan tidak sampai RM10 sehari," katanya.

Seorang pemilik kebun, Way Chai a/l Eim, 54, dari Kampung Chong di sini, berkata kebun getahnya seluas 12 hektar kini terbiar kerana tiada orang yang hendak mengambil upah menoreh kerana harga getah yang terlalu murah. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belantik, Mohd Tajuddin Abdullah, berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membantu penoreh seperti menyediakan pakaian untuk anak-anak yang bersekolah. Bernama

Surat Terbuka Untuk Kerajaan Selangor

Surat terbuka untuk kerajaan Selangor(2)
Posted by MSK
December 17, 2008

Jika surat pertama dahulu saya hanya menyentuh isu kerajaan negeri dan MAIS, kali ini izinkan saya sebut lebih lanjut dan bersangkutan dengan isu lain pula. Mungkin ada yang dok fikir, adakah ini semua sandiwara. Nak jatuhkan reputasi kerajaan PR. Saya tak nak berbasa-basi, jika ada yang tak percaya silalah berjumpa dengan rakyat di negeri Selangor, boleh jumpa Ketua Cawangan atau Ketua Kawasan PAS atau PKR, sahkanlah sendiri. Masjid yang saya sebut itu letaknya di Hulu Selangor, AJK PAS Pusat tu salah seorang ulama yang menulis dalam Harakah, semuanya kes betul…tak ada yang sengaja direka-reka. Boleh siasat dengan pihak MAIS, betul atau tidak.

Saya nak bagi tahu, MAIS itu kaya. Hartanya banyak. Wakaf pun banyak. Tanah MAIS ada sampai di dalam kawasan KL. So, tuan-tuan fikir sendirilah nilainya hari ini. MAIS bukan seperti lain-lain majlis agama negeri, maaflah saya kata demikian. Tapi MAIS ni lebih berkuasa. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Banting tu bawah MAIS, PUSRAWI tu ada saham MAIS, Pusat Zakat Selangor yang kaya tu pun bawah MAIS. Pendek kata, MAIS ni hebat…banyak benda kebaikan boleh dibuat jika MAIS ditadbir oleh orang lain yang bukannya berpemikiran UMNO. Saya rasa ramai lagi tokoh berwibawa dlm PR yang boleh duduk di MAIS. Tapi sayanglah, MB dah serah bulat-bulat semuanya…

Apa yang saya tahu, Pengerusi MAIS hari ini adalah orang Umno yang juga kesayangan istana. Memanglah dia tak sejahat Khir Toyo atau Rahman Palil bekas exco agama; tapi dia adalah ahli Umno. Maka, tak banyak pun, sedikit-sedikit dia masih bawa cara Umno.
Pengerusi MAIS ini memang kaya raya. Rumahnya di Shah Alam ada berbiji-biji kereta. Dia sendiri memegang pelbagai jawatan pengerusi. Kaya bertambah kaya. Tapi, dia bukanlah pandai sangat mentadbir.

Saya beri contoh. Ada beberapa projek hartanah bawah MAIS. Antaranya dekat Tropicana dan Subang. Cuba periksa berapa harga sebiji rumah di situ? Agak-agaknya, mampu ke orang Islam beli…tu baru sebiji contoh, banyak lagi. Masalahnya, MAIS adalah milik umat Islam. Sepatutnya MAIS membangunkan hartanah yang memberikan pulangan jangka panjang kepada umat Islam di Selangor. Jika projek diJVkan dengan syarikat swasta dan untung ‘atas angin’, sapa-sapa pun boleh run…

Sebenarnya, pengerusi MAIS ni pun ada kes. Dia bukan ‘bersih’ sangat. Sayangnya, kes dia tu macam susah sangat nak sangkut. Saya pun tak tahu sangkut kat mana, kat MB ke, kat Hasan Ali ke, atau kat bonet kereta sapa-sapa. Saya yakin, jika kes ini didedahkan, ia akan memberi kesan sangat negatif…bukan kepada pengerusi MAIS sahaja bahkan lain-lain organisasi bawah MAIS.

Saya masih menunggu tindakan bijak dan berani pihak kerajaan PR Selangor. Ikut hatilah tuan-tuan, rasa malas dah nak ambil pusing hal karenah di Selangor. Banyak sangat…tapi dek sayangkan PR, saya gagahkan juga menegur walau kadang-kadang lebih baik diam dan balik tidur!

Dari: hamba Allah

Ada Rahsia Tersembunyi Di Bukit Antarabangsa...pendedahan bermula.

AMPANG - Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang telah mengorbankan 4 nyawa baru-baru ini, kini masih lagi menjadi trauma dan igauan ngeri para penduduk di kawasan terbabit. Maka banyak pihak menuding jari menyalahkan antara satu sama lain berhubung dengan isu ini. Semua ini kerana semua yang terlibat panik dengan apa yang terjadi. Bahkan ia mengimbau kembali kejadian runtuhan Highlands Tower suatu ketika dulu. Kini warga Bukit Antarabangsa hidup bagaikan senantiasa diambang "maut".

Entah bila pula kejadian yang sama akan menimpa tempat mereka selepas ini. Banyak pihak berpendapat, kegagalan kerajaan untuk memantau dan masih meluluskan pembangunan di tanah tinggi dilihat sebagai permulaan isu ini.Jika kerajaan menyekat dan tidak lagi membenarkan pembangunan sebitu rupa dilakukan nescaya malapetaka sebegini tidak akan terjadi. Namun, sudah menjadi tradisi warga kota terutamannya golongan berada yang gemar memilih kawasan lereng bukit dan berbahaya untuk mendirikan kediaman mereka. Begitu juga dengan pemaju perumahan, pembinaan taman perumahan di kawasan berbahaya seperti itu sebenarnya menghasilkan pulangan yang tinggi apabila ia dijual. Inilah faktor yang tidak boleh kita elakkan. Mahu tidak mahu pihak berkuasa tempatan terpaksa meluluskan permohonan tersebut.

Maka apa yang terjadi, wujudlah unsur rasuah bagi kelulusan pelan, serta bermacam-macam lagi perkara berkaitan. Inilah yang menjadi masalah sebenar perkara ini terjadi.Semalam, krew Pahang Daily Online sempat meninjau ke lokasi terbabit. Kami amat terkejut dengan kejadian kecurian yang semakin berleluasa. Anehnya, pasukan polis menempatkan hampir 500 orang pegawai polis di situ. Namun, kecurian harta dan wang ringgit terus berlaku. Hinggakan ada pihak yang menuduh ia dilakukan sendiri oleh beberapa orang anggota polis.

Ini dinafikan oleh menteri terbabit, Syed Hamid Albar semalam. Beliau mendabik dada, kononnya mana mungkin polis akan bertindak sebegitu rupa. Walhal, beliau harus sedar bahawa tidak semua anggota polis ada etika dan integriti sebenarnya. Kita banyak mendengar anggota polis terlibat juga dengan jenayah seperti rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Justeru itu Hamid Albar tidak wajar untuk cuba mempertahankan perkara ini kononnya tidak berlaku.Satu berita gempar yang telah kami perolehi yang kini dikatakan menjadi kaitan utama dalam kes ini. Jika dulu runtuhan di Highlands Tower dikaitkan dengan satu "parti liar" yang diadakan oleh salah sebuah rumah penghuni terbabit. Kini mungkinkah satu lagi "Bala Allah" menimpa?. Menurut satu maklumat yang dilaporkan oleh seorang penghuni bertaraf "Datuk" di situ. Kemungkinan besar apa yang berlaku ini adalah kemurkaan Allah kepada umat manusia. Ini kerana, sebelum kejadian terdapat sebuah rumah di kawasan terbabit telah dijadikan Pusat Perjudian Kasino ala Genting Highlands di situ. Kami cuba menjejaki rumah terbabit iaitu yang berlamat di No.5, Jalan Bukit Antarabangsa (berdasarkan kepada peta pihak polis).

Laporan mengatakan, pemilik kediaman terbabit ialah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr.Ng dan pusat perjudian ala kasino itu memiliki 20 buah mesin Jackpot. Rumah terbabit dibina agak kukuh kerana "besi cerucuk" yang ditanam adalah lebih dalam daripada yang lain. Dindingnya juga diperbuat dari kaca. Menurut kisahnya, walaupun baru dibuka kasino itu sudah mengaut keuntungan hampir RM10 juta. Dan senantiasa dikunjungi oleh beberapa orang kenamaan termasuk orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Perkara ini gagal dipantau dan diambil tindakan oleh para penduduk kerana terdapatnya unsur rasuah dalam projek itu. Mungkin rasuah melibatkan orang dalam di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga pihak polis sendiri.Buktinya, apabila terdapat beberapa orang penduduk yang mahu melaporkan perkara ini kepada pihak polis di tapak kejadian runtuh terbabit, mereka telah dihalang dan pihak polis tidak mahu menerima laporan berkenaan. Justeru itu, terbukti bahawa mereka juga terlibat dengan projek ini. Penduduk berkenaan mengatakan ketika kejadian tanah runtuh berlaku, memang operasi perjudian di kasino rumah itu sedang rancak berjalan. Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan. Kami mendapat maklumat, sebelah siangnya ada beberapa orang penduduk yang ingin menyerbu rumah terbabit. Namun telah dihalang oleh pihak polis.

Justeru itu, kami amat yakin bahawa operasi perjudian tersebut didalangi oleh pihai-pihak yang berkepentingan. Perkara ini perlu didedahkan demi kebenaran. Rakyat di Bukit Antarabangsa perlu tahu bahawa, pihak berkuasa yang menjadi talibarut operasi sebegitu dibenarkan di kawasan mereka. Maka akhirnya kemurkaan Allah diturunkan dikawasan terbabit. Semua penduduk akhirnya menerima padah akibat kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Semoga pihak berkenaan mengambil ikhtibar atas segala yang berlaku, ingatlah kemurkaan Allah bakal mengatasi segalanya.

Selasa, 16 Disember 2008

Ahli AMK Selangor disaran untuk bersama memahami Bajet 2009

BAJET BELANJAWAN NEGERI SELANGOR 2009


Semua ahli AMK Selangor di galakkan untuk mengambil peluang dari program MES yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor bermula Januari 2009.


Slogan “Memimpin Harapan Rakyat” seharusnya digarap untuk bersama membawa harapan baru kepada golongan anak-anak muda negeri Selangor.


Sila rujuk kepada ringkasan Bajet Selangor 2009 seperti di bawah:-

Fasa 2 – Merakyatkan Ekonomi Selangor [MES]
Januari 2009. 6 program yang memberi manfaat kepada kakitangan kerajaan, orang kurang upaya, anak-anak yatim dan pembangunan belia/usahawan.
1] Pertimbangan Cuti Bersalin Selama 90 Hari kepada Wanita Bekerja
2] Pertimbangan Cuti 14 Hari Kepada Suami Yang Isterinya Bersalin
3] Pertimbangan Cuti Sebulan kepada Wanita yang Kematian Suami.
4] Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim.
5] Bantuan kepada Peniaga Muda. Kerajaan Negeri memang menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan. Sehubungan itu, Kerajaan sedia memberi bantuan dalam bentuk kewangan, infrastruktur, latihan dan nasihat kepada golongan muda yang berhasrat menceburi bidang perniagaan. Di samping itu, disediakan kursus bagi para belia mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan.
6] Bimbingan Perniagaan kepada Belia. Kerajaan memandang serius terhadap masalah pengangguran yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa ini. Oleh yang demikian, usaha-usaha bimbingan dalam bidang perniagaan daripada Kerajaan Negeri kepada belia dijangka mampu merubah pemikiran generasi muda ini kepada bentuk yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat majmuk.

Mazli , Shah Alam – 16-Dec-2008

Kenyataan Ketua Penerangan AMK Selangor


Angkatan Muda Keadilan Selangor
www.angkatanmuda.org

amkselangor@gmail.com



11 Disember 2008

Kerajaan Negeri digesa Mengkaji Semula Jawatan Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT Yang tidak Kompeten.

AMK Selangor menggesa dan menyarankan agar jawatan sebahagian Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT Selangor dikaji semula kerana prestasi pegawai-pegawai tertinggi PBT tersebut amat tidak membanggakan dan memberansangkan rakyat negeri Selangor sepanjang tahun 2008.

Keadaan ini dikuatkan lagi dengan berbagai-bagai rungutan dan keluhan samada dari pihak ahli majlis sendiri, pihak peniaga mahupun sebahagian rakyat di negeri Selangor.

Kes terbaru adalah laporan The Star 10-Dis-2008 mengenai wujudnya “Pasar Bangladesh” setiap hari Ahad di Kampung Melayu Subang yang sudah beroperasi sekian lama tanpa dapat dikesan atau dipantau oleh pihak MBSA yang mengawalselia kawasan tersebut.

Bagaimanakah pekerja-pekerja asing ini boleh menjalankan perniagaan di negeri Selangor lebih-lebih lagi di kawasan yang ditadbir di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam ? Dimanakah kumpulan pemantau penguatkuatkuasa yang amat cekap sepertimana tindakan meroboh tapak pameran kenderaan terpakai yang dimiliki oleh penguasaha tempatan, berbangsa Melayu dan rakyat negeri Selangor pada 5-Dis-2008 lalu ?

Sebahagian ahli-ahli Majlis juga amat tidak berpuashati dalam menjalankan tugasan bersama sebahagian pegawai-pegawai tinggi ini yang masih membawa budaya kerja di zaman era pemerintahan BN-UMNO. Sedangkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor telahpun ditukar selepas PRU12 di bwah Pakatan Rakyat. Sehingga ada sebahagian ahli majlis yang telah dilantik oleh pihak kerajaan negeri telah bertindak meletakkan jawatan disebabkan tidak berpuashati dengan carakerja yang diamalkan oleh sebahagian pegawai-pegawai tetinggi PBT tersebut.

AMK Selangor juga amat kecewa dengan tindak-tanduk sebahagian pegawai-pegawai tingi PBT ini yang terang-terang telah tidak membantu peniaga tempatan malah sanggup memberi alasan tidak mengetahui pekerja asing dan ada sebahagiannya pendatang asing sudah dapat menjalankan perniagaan di kawasan pentadbiran mereka. Ini adalah amat merugikan

Tahun 2009 akan tiba dalam beberapa hari lagi. Maka oleh itu sudah lebihlah 9 bulan pegawai-pegawai tinggi ini diberi peluang untuk menunjukkan komitmen dan kerjasama yang diharapkan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. Maka seharusnya, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor akan mengkaji semula kesemua pegawai-pegawai tinggi yang dikekalkan dari pemerintahan BN-UMNO dahulu agar tidak akan menjadi duri dalam daging dalam pemerintahan Pakatan Rakyat.

AMK Selangor berharap, mana-mana pegawai-pegawai tertinggi yang tidak kompeten dan tidak memberi kerjasama kepada harapan kerajaan negeri dan harapan rakyat negeri selangor yang mahukan perubahan yang terbaik, maka haruslah diganti dengan pegawai-pegawai lain yang lebih berkelayakan dan sanggup memberikan sumbangan yang cemerlang kepada rakyat. Maka pegawai-pegawai yang cemerlang dan bekerjasama baik pasti akan dikekalkan dan menyambung perkhidmatan dengan sebaiknya.

“Memimpin Harapan Rakyat”

Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor

Khamis, 27 November 2008

Kongres PKR ... ada yang bakal KENA


KONGRES PKR ..... Ada yang bakal KENA !!! Klik SINI
dipetik dari no2umno

Selasa, 25 November 2008

Persiapan Kongres KeADILan berjalan lancar - SU Agung


suarakeadilan |

KONGRES ke5 KeADIlan bakal menyaksikan perwakilan daripada 110 Bahagian dari seluruh pelusuk negara dan secara tidak langsung ia akan menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan.

Setiausaha Agung KeADILan, Sallehudin Hashim berkata dianggarkan lebih 2000 perwakilan dari Bahagian akan berkumpul di Stadium Malawati, di Shah Alam, tempat Kongres berkenaan akan diadakan dari 28 hingga 30 November ini.

Menurut Sallehuddin, semua perancangan dan persediaan sudah dimulakan sejak 10 hari lalu dan persediaan yang dilakukan adalh untuk memastikan Kongres kali ini lebih tersusun dan juga meriah.

Beliau menambah kakitangam parti di sekreteriat untuk kerja-kerja biasa sudah mencukupi tetapi bila ada projek seperti kongres dan sebagainya maka khidmat kakitangan parti di peringkat negeri-negeri juga akan digunakan

Menurutnya terdapa 13 orang setiausaha kerja yang bergaji iaitu wakil pusat di pejabat negeri dan mereka akan ke Kuala Lumpur mulai 24 November ini untuk membantu kerja-kerja yang berkaitan....more.

Memimpin Harapan Rakyat

ShamsulIskandar | Tanggal 28 November 2008 depan akan menyaksikan Kongres Tahunan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dianjurkan buat tahun yang kesembilan selepas ledakan era reformasi tahun 1998.

Kongres kali ini mengangkat tema “Memimpin Harapan Rakyat”, sebagai kesinambungan tema Kongres Tahunan AMK 2007 yang mengangkat tema “Daripada Harapan Kepada Kemenangan”. Ianya bersesuaian dengan sentimen rakyat Malaysia khususnya pasca Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lepas.

Ini sejajar dengan tema Kongres Tahunan KeADILan iaitu “Harapan Baru”, yang memperlihatkan usaha untuk menterjemahkan kuasa rakyat ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih adil dan demokratik. .. .more.

Sabtu, 22 November 2008

Perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS adalah bersi

tranungkite |AMK Selangor berpendapat perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS hanya bersifat sementara mendapatkan pengganti jawatan itu yang dikosongkan atas persaraan Dato' Harun Salim. Kemungkinan jika pengganti yang sesuai akan diperolehi, maka Puan Low akan memegang jawatan Timbalan Pengurus Besar Akaun dan Korporat semula.

Tindakan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam perkara ini sememangnya menjadi persoalan berbagai pihak samada dari rakyat negeri Selangor sendiri, parti-parti komponen Pakatan Rakyat mahupun juga pihak pembangkang, UMNO dan Barisan Nasional.

Persoalan ini tidak akan timbul sekiranya isu persaraan Dato' Harun sebagai Pengurus Besar dapat ditangani dengan menyediakan calon-calon yang berkarisma dan sesuai dicari sebelum tibanya saat-saat akhir beliau bersara pada hari ini. Mengapakah pengganti Pengurus Besar PKNS ini tidak dicari sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sebelum 30hb Oktober 2008?

Ini menunjukkan bahawa pentadbiran PKNS dan Kerajaan negeri Selangor kurang kemas dan tidak membuat perancangan yang rapi dalam menyelenggarakan permasalahan ini. Ini diumpamakan seperti mengambil pepatah Melayu yang bertajuk "Rumah Siap Pahat Berbunyi". Menteri Besar disaran agar melaksanakan perancangan seperti konsep "Plan, Do, Check, Action (PDCA)" dalam membuat semua perancangan-perancangan yang melibatkan kepentingan rakyat dan pentadbiran.


Permasalahan seperti ini tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan negeri Selangor sekarang dapat memahami dan mempraktikkan konsep "Effective Change Process Management" dengan baik dalam menguruskan perkara-perkara yang memerlukan pertukaran di dalam pengurusan tertinggi syarikat "GLC" @ syarikat berkepentingan negeri.

AMK Selangor menyarankan, agar semua pihak bertenang dan memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang positif. Usahlah dimainkan sentimen perkauman dan menyemai rasa benci sesama rakyat jika sesuatu tindakan radikal dan sensitif diambil dalam menangani sebarang perancangan atau tindakan diambil.

Memang sudah menjadi tradisinya, Pengurus Besar PKNS adalah dari seorang berbangsa Melayu sejak penubuhan PKNS bermula pada tahun 1964. Tetapi dalam perkara ini, Puan Low hanya dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar dan hanya diberikan kontrak tidak lebih dari 1 tahun!

AMK Selangor berkeyakinan bahawa Tan Sri Khalid mempunyai alasan yang amat kukuh dan agenda yang tersendiri dan tersembunyi yang berfaedah kepada rakyat negeri Selangor dalam membuat keputusan itu. Kami juga berpendapat beliau adalah seorang ahli korporat Melayu yang bukan calang-calang pemikirannya, pandangannya dan tindakan beliau dalam membuat keputusan yang amat penting seperti itu. Harapan besar kami agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya bagi mengatasi dan mencari formula terbaik dalam menyelesaikan kemelut kerugian PKNS yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit yang dilaporkan sebelum ini.

AMK Selangor menyeru rakyat negeri Selangor agar berfikir dengan sewarasnya dalam membaca berita-berita yang sensasi dalam isu yang digembar-gemburkan oleh media sejak awal minggu ini. Kita kena berfikiran positif dan pro aktif dalam menerima dan memberi pandangan dalam sesuatu perkara dan isu. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menghormati perasaan tidak ketentuan dalam menangani isu perkauman yang sudah mula disiram dan diheboh-hebohkan oleh pihak yang suka menangguk di air keruh.

Rakyat negeri Selangor seharusnya bersyukur kerana mendapat seorang Menteri Besar yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran korporat dan pentadbiran. Di samping itu, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah di bawa oleh beliau adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membantu keseluruhan ekonomi rakyat di negeri Selangor ini tanpa mengira kaum, taraf hidup dan jantina.

Namun, amatlah diharapkan agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan sebaik-baiknya agar semua pihak terutama rakyat negeri Selangor akan berpuas hati dan mendapat faedah dengan agenda-agenda beliau. Bak kata pepatah Melayu lagi seperti menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik elok dan tepung pula tak bertaburan.

Yang paling penting bagi AMK Selangor adalah agar keputusan yang telah diambil oleh Menteri Besar ini akan dapat membuatkan PKNS memperolehi keuntungan yang lebih lumayan dibandingkan sebelum ini. Dengan keuntungan itu, rakyat negeri Selangor akan dapat memperolehi hasil dan faedah yang sebaiknya. Selari dengan falsafah penubuhan PKNS itu sendiri
"Kemajuan Untuk Rakyat".

"Harapan Baru Untuk Selangor dan Malaysia"

Mazli Saring
Ketua Penerangan AMK Selangor