Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
14hb Ogos 2009
Usaha Bersepadu Kekang Influenza A (H1N1) Perlu Digerakkan Segera
Angkatan Muda Keadilan Selangor menyuarakan rasa cemas dan kebimbangan dengan kenaikan mendadak statistik jumlah kematian dan mangsa yang dijangkiti akibat wabak Influenza A (H1N1). Untuk rekod terkini,
Menyedari semakin meruncingnya keadaan ini,AMK Selangor mengulangi saranan agar semua pihak dapat bersama-sama dalam usaha bersepadu mengekang wabak yang semakin mengancam nyawa rakyat. Justeru AMK Selangor menggesa pihak kerajaan mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan seluruh jentera kerajaan agar pada ketika saat ini untuk memberikan fokus dan keutamaan memberi kesedaran serta langkah pencegahan yang lebih ketat dan sistematik.
Jika perlu, kerajaan mengistiharkan darurat kecemasan kesihatan bagi membolehkan langkah bersepadu yang melibatkan semua pihak boleh digerakkan secara sistematik dan terbaik. Pintu-pintu masuk negara perlu diperketatkan bagi memastikan tiada bawaan baru dan jika ada dapat dikesan awal untuk tujuan kuarantin.
AMK Selangor juga memohon jasa semua pihak khususnya pihak masjid-masjid dan surau-surau mengadakan tindakan proaktif dengan mengadakan solat hajat secara berterusan, qiamullail dan ceramah khas agar rakyat
AMK Selangor juga merasakan ada keperluan tabung kebajikan kepada keluarga mangsa yang ditimpa kematian dan dijangkiti wabak ini dapat diadakan segera. Kita berharap pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri bersama-sama boleh menubuhkan tabung khas kecemasan bagi mangsa-mangsa akibat wabak H1N1 ini. Jika perlu dana kebajikan kecemasan H1N1 ini dapat disumbang oleh kerajaan,swasta dan orang ramai bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa yang ditimpa kematian dan juga mengalami masalah kewangan untuk menguruskan mangsa yang dijangkiti H1N1 ini.
Selain itu juga,AMK Selangor berharap kesedaran penjagaan dan pencegahan di kalangan masyarakat tanpa mengira umur perlu dipertingkatkan. Mangsa yang perlu dikuarantin perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang jangkitan baru H1N1 kepada orang lain.
AMK Selangor juga menggesa pihak kerajaan mempertingkatkan dan mempergiatkan kerjasama serantau dalam perkongsian maklumat, penyelidikan dan perubatan. Ianya langkah penting kerana ia adalah pandemik yang dihadapi di seluruh dunia.
AMK Selangor juga berharap pihak semua pihak mengambil langkah yang tepat pada ketika ini. Adalah perlu langkah penutupan sementara sekolah dan institusi dilakukan jika ianya langkah terbaik bagi mengekang jangkitan H1N1. Malahan penyembunyian kes H1N1 ini perlu dielakkan bagi memastikan agensi terlibat pantas membuat tindakan susulan.
Akhirnya, AMK Selangor mendoakan agar semua rakyat di negara ini dilindungi dan dijauhi daripada wabak maut yang semakin menular dan mengancam ini. Semoga rakyat sihat, agar negara sejahtera dan maju.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Selangor