Isnin, 2 Mac 2009

Apa Maknanya MACC Pada Pandangan Rakyat Sekarang?

MACC : TERKENAL KERANA ‘ MALAYSIA ANTI CARS AND COWS’ ?...

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) atau singkatan dalam bahasa Inggeris MACC yang dilancarkan baru-baru ini perlu professional dan tegas dalam usaha memerangi rasuah. Gah pada penukaran nama bukan sandaran kepada kehebatan dalam perjuangan membebaskan negara daripada gejala rasuah.

SPRM atau MACC tidak perlu menjadi omongan rakyat selepas ini yang hanya popular dan terkenal sebagai ‘ Malaysia Anti Cars And Cows’. Hanya bertindak pantas dan tegas kepada segelintir pihak tetapi melupakan dan melambatkan hasil siasatan kepada sejumlah besar individu berprofil tinggi yang kes rasuah didakwa berjumlah RM Berbillion-billion.

Keyakinan rakyat perlu dikembalikan terhadap BPR sebelum ini yang dilihat masih longgar daripada segi kuasa penyiasatan dan pendakwaan. Memperkasakan Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan langkah awal agar usaha memerangi rasuah di Malaysia diperhebatkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat,kedudukan dan status.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 berkuatkuasa pada 1hb Januari 2009. Matlamat utama Akta ini adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab; dan mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti.

Ini bermakna sepertimana yang tertera dalam AKTA yang telah dibentangkan di Parlimen. SPRM ialah suatu badan pencegahan rasuah yang bebas. Justeru justifikasi pencegahan yang bebas memerlukan tafsiran yang jelas. Sehingga kini sebagai badan pencegahan rasuah yang bebas dipertikaikan oleh semua pihak. SPRM dilihat bekerja keras dan bersungguh-sungguh hanya melibatkan dakwaan dan penyiasatan rasuah di peringkat ‘ikan bilis’ dan pihak-pihak tertentu sahaja. Namun pelbagai dakwaan rasuah dan penyelewangan kuasa pihak berprofil yang melibatkan wang rakyat Ringgit Malaysia Berbillion masih terperuk dalam fail siasatan tanpa sebarang tindakan susulan.

Mungkin alasan kekurangan tenaga penyiasat professional untuk membuat siasatan dan dakwaan boleh diterima. Namun alasan ini tidak relevan lagi selepas ini. Segala laporan rasuah yang dikemukakan kepada pihak SPRM perlu diteliti,disiasat dan jika cukup bukti bawa tertuduh ke mahkamah untuk proses seterusnya.

Pada 25hb Februari lepas, sekumpulan anak muda daripada Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah melaporkan 20 dakwaan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Ketua Pembangkang Selangor Dato’ Seri Mohd Khir Toyo yang berlaku sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Jika SPRM boleh pantas dalam membuat siasatan terhadap Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam kes ‘car and cow’ maka SPRM juga tiada alasan lain untuk melakukan siasatan terhadap 20 dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.

Mungkin SPRM boleh mendakwa 20 dakwaan tersebut memakan masa lama. Namun mungkin 1 atau 2 kes daripada 20 kes tersebut boleh disiasat dengan cepat dan pantas kerana SPRM sekarang perlu tampil dengan imej dan persepsi baru dalam usaha professional memerangi rasuah.

Aksi anak muda daripada AMK membawa seekor lembu hidup di Plaza Massalam,Shah Alam merupakan satu simbol kekecewaan anak muda di Malaysia melihat tindakan SPRM seolah-olah dicucuk hidungnya oleh pihak-pihak tertentu.

Kita mempersoalkan ke mana hasil siasatan kes video Linggam yang sehingga kini seolah-olah seperti kes tersebut hanya dalam fail sahaja tanpa jelas daripada segi tindakannya. Ke mana juga hasil siasatan terhadap kes Helikopter Eurocopter Agusta dan kapal selam Scorpene dan jet pejuang jenis Sukhoi.

Terbaru pendedahan Karpal Singh terhadap pita rakaman audio yang dihantar ke Istana Negara yang mengandungi pengakuan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang merasuah seorang kakitangan mahkamah. Ia adalah audio ucapan Tan Sri Zaki semasa satu konvensyen di Kuching pada November lalu yang sehingga kini tiada tindakan susulan.

Apa yang rakyat harapkan ialah SPRM mampu menjadi kuasa pencegahan rasuah dan juga kuasa yang boleh mendakwa kes rasuah. Peperangan memerangi rasuah tidak akan berhasil jika semua kes yang disiasat hanya tinggal di atas kertas.

Akhirnya, rakyat menunggu 100 hari SPRM diperkasakan adakah akan terkenal sebagai badan tunggal negara memerangi rasuah atau akan hanya terkenal sebagai ‘ Malaysia Anti Cars and Cows’. Rakyat sedang menilai SPRM kini dan seterusnya.Ingatlah rasuah dan penyelewengan kuasa adalah pemusnah besar-besaran tamadun dan negara.

MOHD EZLI MASHUT
Ketua Penerangan AMK Kuala Selangor

Rabu, 25 Februari 2009

Perhimpunan Semangat 46 Lembu

PERHIMPUNAN 'SEMANGAT 46 LEMBU'

(MENYOKONG MB SELANGOR DAN DESAK SPRM SIASAT NAJIB DAN KHIR TOYO)

Perkara di atas adalah dirujuk.Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dengan kerjasama AMK Selangor akan melancarkan satu program yang dinamakan "Perhimpunan Semangat 46 Lembu".

Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi 'lembu yang dicucuk hidungnya' kepada UMNO-BN.Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut:-
Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa :2.00 petang
Tempat : Pejabat SPRM, Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam

Semua penyokong dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput hadir.Sekian, harap maklum.

Isnin, 23 Februari 2009

POLIS LEBIH BERKUASA DARI SPEAKER DEWAN?

Feb 23, 2009

Polis lebih berkuasa dari Speaker dewan?

TIMAH BUKAN PERAKchedet
1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.dipetik - chedet

Khamis, 19 Februari 2009

NAJIB Bakal Menangis Lagi????






Sepertimana biasa Najib mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Elizabeth Wong baru-baru ini. Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti, lapor Bernama.


Sama seperti kes terdahulu, Najib telah pernah membuat penafian beliau terbabit dengan laporan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tetapi apabila diunjukkan foto Saiful bersama pegawainya yang berlatarbelakang pejabat TPM akhirnya Najib mengaku bahawa kehadiran Saiful pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran.Persoalan kini sampai bila Najib boleh menipu?Sama seperti beberapa orang ADUN PKR yang "hilang" dan "ghaib" yang tiba-tiba muncul bersama beliau tatkala mengumumkan rampasan kuasa di Perak.


Najib yang tertekan akibat dari kekalahan demi kekalahan pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala terengganu setelah "bercakap besar" sewaktu berkempen perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan maruahnya dari terus menerima aib. Entah berapa juta peruntukan digunakan untuk tujuan itu hanya Allah saja yang tahu.Tetapi malang bagi Najib, kali ini di Perak situasinya berbeza. Segala pekung terdedah. Hubungannya dengan pihak istana juga dibongkar habis-habisan oleh rakyat. Gambarnya dipijak-pijak oleh rakyat Perak. Itu baru bayangan yang dia sudah mula dihina di dunia. Malah ada yang menunggu ketibaan Najib di Perak dengan sepatu buruk.Budaya "mafia" yang digunakan oleh Najib tidak mungkin bertahan lama. Kerosakan yang dibawa olehnya sebelum menduduki kerusi PM lagi sudah menunjukkan bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang jahat lagi tidak bermaruah.


Hukum alam akan berlaku juga, yang zalim akan pasti mendapat balasan.Patah tangan kerana accident yang menimpa seorang timbalan menteri baru-baru ini sekalipun beliau tidak zalim pada zahirnya sepatutnya menyedarkan mata Najib bahawa nasib sedemikian boleh menimpanya apatah lagi kalau pada yang terang-terangan telah berlaku zalim. Doa orang yang terkena zalim terlalu makbul. Hukum Allah menetapkan pula jika tidak menerima hukuman di sini, di sana pasti perolehi jua.

BERGUNAKAH:
Posted by greenboc

Perbezaan Antara 2 Kisah....
















Feb 17, 2009

Radenjowo replies Khirjowo
Khir Jowo's Statement,"She is a single person. How can she allow a man into her room when they are not married? What's the status of their relationship?" - NST





























Radenjowo replied,"Why !!! ... you think married woman only can bring man into their room ka?" - notoumno



Anwar Kemuka Bukti BN Ugut Ancam Adun Pakatan Agar Lompat Parti

Thursday, February 19, 2009

Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.

Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.-SIASAH
Posted by Topengperak_Xinwugi® at 6:24 PM

AMK Harap YB Elizabeth Tidak Akan Meletak Jawatan

Kenyataan Media AMK Mengenai YB Elizabeth Wong : Perbandingan TV 3 Jahat
Dikirim pada Februari 18, 2009 oleh Shamsul Iskandar

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyatakan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Adun KeADILan Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong berikutan kontroversi yang melibatkan diri beliau.

Berkenaan dengan isu yang melibatkan Elizabeth ini, beliau tidak perlu meletak jawatan atas beberapa faktor. Pertamanya beliau bukan memperlakukan adegan lucah sebaliknya gambar beliau diambil secara curi dan tanpa kesedaran beliau.

Keduanya, kehidupan peribadi beliau adalah satu perkara yang perlu dihormati dan sebarang usaha pencabulan hak individu beliau adalah sesuatu yang tidak bermoral.
AMK memandang serius akan perbandingan yang cuba dibuat oleh pihak TV3 dalam Buletin Utama 17 Januari 2009 dengan mengaitkan kes Vijandran, Chua Soi Lek, V.K. Lingam dan sebagainya dengan kontroversi yang melibatkan Elizabeth ini.

Ianya benar-benar berniat jahat kerana kes-kes tersebut semuanya melibatkan perlakuan moral individu tersebut yang jelas salah di sisi agama dan juga tatasusila masyarakat.
Demikian juga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang BN Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo yang cuba memesongkan fakta yang berlaku ke atas bekas Menteri Kesihatan dengan Y.B Elizabeth. Beliau perlu maklum bahawa apa yang berlaku kepada bekas Menteri Kesihatan adalah sesuatu yang berbeza memandangkan pendedahan melibatkan bekas Menteri terbabit adalah merupakan skandal seks. Sedangkan apa yang berlaku ke atas Elizabeth adalah merupakan satu penganiayaan yang dilakukan ke atas beliau tanpa beliau sedar.

Tindakan Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan adalah tindakan terpuji kerana meletakkan parti di depan melebihi hal peribadi. Tetapi AMK percaya bahawa tidak ada keperluan bagi Elizabeth untuk mengundurkan diri kerana beliau tidak bersalah atas soal isu ini melibatkan peribadi beliau.

Sokongan rakyat jelas terbukti di Bukit Lanjan dan seluruh Malaysia terhadap Elizabeth, malah kebanyakan organisasi NGO dan sayap wanita parti-parti politik termasuklah di kalangan parti komponen BN seperti MCA sendiri.

AMK berpendapat bahawa Elizabeth perlu meneruskan tugas beliau seperti biasa dan terus berkhidmat kerana rakyat memerlukan beliau dan berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang 11 bulan beliau menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hj Ramlan RoesExco,Angkatan Muda Keadilan MalaysiaMerangkap Ketua PeneranganAngkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan

Ahad, 15 Februari 2009

Majlis Makan Malam Amal - Selamatkan Palestin


Satu Program Anjuran AMK Kuala Selangor.
Dijemput semua Ahli-ahli AMK Selangor untuk hadir dan menderma.
Sila Hubungi Ketua AMK Kuala Selangor :
Sdr Faizal Baharuddin
017 6228568

Ahad, 8 Februari 2009

Sepandai-pandai Najib Terserlah KeBODOHannya juga!


Laporan : Ceramah Husam


Satu perkara mengenai rampasan kuasa secara haram di Perak, Najib terlupa yang Speaker Dun masih lagi kekal dari Adun DAP. Sidang Dun pada bulan depan akan dimasuki oleh MBH (Menteri Besar HARAM) yang berspeakerkan Adun Pembangkang! Ada dua perkara di sini,

PERTAMA:
Speaker tak boleh dipecat begitu saja...Speaker hanya boleh dilucutkan jawatan dengan usul undi tak percaya terhadap Speaker. Speaker ada KUASA MUTLAK utk menerima atau menolak usul tersebut (sama mcm undi tak percaya di parlimen, Pandikar Amin boleh tolak usul begitu saja)SAMPAI BILA-BILA pun Speaker takkan terima usul undi tak percaya terhadapnya jadi SAMPAI BILA-BILA pun lah MBH tak boleh tukar speaker tu KECUALI dun dibubarkan

KEDUA:
Speaker tak iktiraf MBH sebagai MB perak, YAB NIZAR MASIH MB PERAK peraturan tempat duduk & aturan persidangan KUASA MUTLAK SPEAKER malah Speaker boleh HALAU Adun Jelapang, Changkat Jering & Behrang sebab pada pandangan dia, ketiga-tiga Adun ni telah terlucut jawatan wakil rakyatnya MBH tak boleh halang Speaker sebab dia takde kuasa jangan kata MBH nak lucut jawatan, Sultan Perak pun tak boleh pecat Speaker.

Jadi persidangan Dun Perak bulan depan akan berjalan seperti biasa YB nizar kat meja MB, MBH kat meja Ketua Pembangkang. BN TAKUT nak buat undi tak percaya terhadap Nizar di Dun sebab dia tau, Speaker ada KUASA MUTLAK utk tolak usul undi tak percaya tu, sama seperti Pandikar Amin tolak usul undi tak percaya dsai kepada Pak Lah
sebab tu kita tak perlu risau dgn MBH yang ditabalkan bawah pokok ketapang ni.......
DIA TAKDE KUASA DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI.....
Taman Melewar.

Kenangan 2 Hari AMK Selangor di Negeri Perak

Laporan : Ketua Penerangan AMK Selangor


Sebahagian Exco AMK Selangor yang hadir pada 5 Februari 2009 (Khamis) di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.

Kelihatan dari kanan Sdr Haslan (Naib Ketua AMK Ampang), Sdr Faizal (Ketua AMK K.Selangor), Sdr Mazli, Sdr Azmizam (Ketua AMK Kota Raja), Sdr Hamsah (Ketua AMK Ampang) dan ahli Skuad AMK.




Pergerakan Rakyat Negeri Perak menuju ke Istana Bukit Candan selepas Solat Jumaat 6 Februari 2009. Kelihatan Sdr Azmizam di barisan hadapan.



Sdr Haslan mengeluarkan airmata yang banyak setelah di serang gas pemedih mata yang dianggarkan melebihi 50 das. Beliau sempat mengumpul sebahagian Tin2 gas pemedih mata yg telah digunakan oleh pihak Polis (FRU)




Sdr Hamsah sedang memerhati keadaan sekitar setelah keadaan reda sedikit selepas serangan kali ke 3 oleh FRU



AMK Selangor sempat memasang Banner untuk menyampaikan mesej kepada Tuanku Sultan Perak





Berehat seketika selepas 'Pergerakan' Rakyat untuk menyatakan bantahan kepada Tuanku Sultan Perak untuk melantik MB Perak ke 2.
Turut kelihatan Sdr Faris (Tim. Ketua AMK) dan Sdr Muzafiq (Tim. Ketua AMK Terengganu)



Salam Reformasi sahabat-sahabat semua,

Syukur Alhamdulillah kami ucapkan kepada rakan2 yang sempat mengikuti rombongan AMK Selangor ke Negeri Perak Darul Ridzuan yang sekarang sudah mempunyai 2 Menteri Besar.
Rombongan bermula petang Khamis (5Feb09) dengan 5 buah kereta dari Kota Raja, Kuala Selangor, Ampang, PJU dan beberapa rakan2 lain yg berkongsi kenderaan dengan rakan2 dari Selangor.
Kami sempat bersama kepimpinan PR dan MB Perak semasa mengadakan persidangan media di Kediaman Rasmi MB di Ipoh.
Pada malamnya diadakan sessi penerangan dari kepimpinan PR Perak dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Salahudin Ayub dan Ketua AMK Malaysia Sdr Shamsul Iskandar.
Kami bermalam di Ipoh. Terima kasih kepada sponsor bilik Hotel. Ketua AMK K.Selangor.
Awal pagi telah bergerak ke Kediaman Rasmi MB Perak dan SUK seterusnya ke Kuala Kangsar untuk Solat Jumaat di Masjid Ubbudiah. Selepas Solat, perhimpunan Rakyat telah dimulakan dengan laungan Takbir...Allahuakbar....dan Reformasi!!!!
Setelah segala pertempuran telah dilalui oleh rakyat yang dikekang oleh Pasukan Polis (FRU) dengan tembakan melebihi 50 das gas pemedih mata, pukulan belantan dan semburan kimia. Program telah tamat sebelum Laungan Azan Waktu Asar.
Kami terpaksa bergegas pulang ke rumah MB Selangor sebab ada Jamuan Kemenangan Petugas PRK P.036 K.T'ganu.
Berbagai cerita dapat dikongsi bersama. Banyak lagi koleksi gambar telah diambil. Akan dilapor kemudian.
Itulah gambar2 dan catitan yg dapat dinukil ditatkala mata amat pedih, tekak amat perit dan sukar bernafas. Sekian...akan di lapor seterusnya.
Sekian. Selamat Berjuang YOB!!!!!








Selasa, 3 Februari 2009

YAB MB .. Bubarkan Sahaja DUN Perak ....

Teman dari Pherakk.

Izinkan saya untuk menongkah arus seketika. Keadaan politik di Perak masih bercelaru. Sebentar tadi dua exco telah mengosongkan kerusi DUN mereka. Pada waktu yang sama juga Timbalan Speaker Perak diwawarkan telah menyertai MCA. Terkini semua mereka telah menafikannya. Timbalan speaker masih kekal bersama DAP. Dua exco pula membuat penafian telah mengosongkan kerusi DUN mereka. Dua exco ini tidak langsung menyebut sokongan dan komitmen mereka kepada PR. Bermakna mereka berdua telah pergi meninggalkan kerajaan PR Perak. Semoga Jamal dan Osman mampu hidup berbahagia dalam dunia ‘bebas’ mereka.

Sekiranya betul dua exco mengosongkan kerusi DUN, bermakna dua PRK serentak dalam tempoh 60 hari di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering. PR Perak menjadi 31 + 1 – 2 = 30. Sekiranya timbalan speaker benar-benar menyertai MCA, PR menjadi 30 – 1 = 29. BN pula 28 – 1 + 1 = 28. Maknanya sementara menunggu dua PRK ini, PR 29 dan BN 28. Ditakdirkan BN menang dua PRK ini, BN akan menjadi 28 + 2 = 30. PR pula masih kekal di angka 29. Ketika ini BN akan menguasai kembali Negeri Perak. Sekiranya timbalan speaker tetap setia dengan DAP, PR akan terus memimpin Perak walaupun mungkin menghadapi kekalahan di kedua-dua DUN tersebut. Jikalau menangpun cerita lama akan tetap berulang dan PR Perak akan hanya membuang masa melayan kerenah politik yang tiada kesudahan sehinggalah PRU 13.

Jamal mewakili DUN Behrang. Kapt. (B) Osman pula mewakili DUN Changkat Jering. Sepanjang sepuluh bulan mereka menjadi wakil rakyat dan exco, tiada langsung program yang jelas kepada pengundi di kawasan mereka. Jamal tidak begitu bijak merencanakan pembangunan ekonomi pertanian di Behrang. Osman pula gagal menjadikan Changkat Jering sebagai destinasi percutian bertaraf dunia. PR akan kehilangan banyak undi di sini. Silap gaya boleh kalah kerana liabiliti mereka. Bersediakah PR untuk kalah di DUN-DUN ini. Sedikit sebanyak kemenangan BN dalam PRK ini akan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada BN. PR harus memikirkan beberapa langkah untuk membunuh BN secara total.

Saya berpendapat lebih baik YAB MB Perak bubarkan DUN Perak. Jangan sayangkan jawatan. Sayangilah rakyat dan PR. PR berpotensi akan menang di banyak kerusi milik UMNO. DAP dijangka mudah mengekalkan rekod bersihnya di 18 DUN. PAS mampu mengekalkan 6 DUN yang sedia ada. PKR pula mungkin hilang dua atau tiga DUN kerana kelemahan wakil rakyat yang sedia ada. Dan dua atau tiga DUN inilah yang menjadi target BN. Tetapi harus difikirkan secara teliti bahawa PR berpeluang untuk menang di 12 DUN milik UMNO sekiranya DUN Perak dibubarkan. Kemenangan PR ke atas 10 atau 12 DUN milik UMNO ini nanti bukan sahaja mengukuhkan pemerintahan PR di Perak tetapi juga akan mampu mempusarakan UMNO.

Tambah-tambah dalam suasana UMNO telah kehilangan ‘mood’ pilihanraya setelah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu serta tindakan keluar parti ADUN Bota..
12 DUN berkenaan ialah N5 Selama, N6 Kubu Gajah, N15 Trong, N19 Chenderoh, N21 Lintang, N23 Manjoi, N35 Manong, N36 Pengkalan Baharu, N 39 Bota, N43 Sungai Rapat, N48 Sungai Manik dan N49 Kg. Gajah. Mungkin gelombang kemasukan YB Dato’ Nasarudin Hashim mampu menenggelamkan UMNO di N38 Belanja. Di DUN-DUN yang dinyatakan ini menyaksikan UMNO hanya menang majoriti di bawah 1000 undi. Cuba kita renungkan sekiranya kerusi yang dimenangi PR ialah 29 + 10 = 39. Ketika ini bukan sahaja UMNO Perak tidak bermaya, tetapi UMNO Malaysia mungkin tidak sempat mengadakan Mesyuarat Agongnya untuk menobatkan Najib sebagai Presiden UMNO.

Kepada pimpinan PR Perak, fikir dan timbang-timbangkanlah saranan agar DUN Perak dibubarkan sebaik sahaja selesainya Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 3 Februari 2009 ini.

Daulat Tuanku!!

Jamal & Osman.... Maafkan teman. Semuanya kerana rakyat

Posted by Mmamat :

Ini komen akhir saya tentang dua exco itu. Komentar untuk merumuskan mengapa mereka berdua menjadi ‘satu senpun tak laku’. Sekiranya SPR memutuskan tiada PRK, anggaplah mereka berdua telah ‘mati’. Mati bersama ego tamak hakap dan haloba.

Sebaik sahaja PRU 13 berjaya memenangkan PR di Perak, saya dihubungi oleh pimpinan PKR negeri menanyakan pendapat saya tentang siapakah yang layak menjadi MB Perak. Secara spontan saya menjawab bahawa tiada seorangpun YB PKR Perak yang menang layak menjadi MB. Calon-calon MB PKR telah tewas di Kg. Gajah, Bukit Chandan dan Bota. Saya tegas mencadangkan jawatan MB itu diberikan kepada PAS. Berikan jawatan MB kepada Nizar kerana Nizar lebih memahami PKR berbanding rakan-rakan PAS yang lain. Ini kerana MB Nizar adalah adik kepada arwah Cikgu Khalil Shah, mantan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Jikalau arwah banyak idea, tentulah adiknya juga begitu. Mungkin lebih hebat lagi kerana Nizar lebih mudah menggarap dan mengolah perjuangan PAS dan PKR untuk disebatikan dalam pentadbiran negeri.

DAP akan menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan oleh PKR.
Pelik bin ajaib, si Jamal ada hati nak jadi MB Perak. Gara-gara kerenah si Jamal inilah, tarikh angkat sumpah MB Perak tertangguh. Betapa malunya PR Perak kerana istana menunjuk ajar mereka melalui Aku Janji yang mesti ditandatangani oleh semua YB PR. Mereka bersumpah taat setia bersama PR. Jikalau tidak setia dengan PR, maka kerusi DUN diistiharkan kosong serta merta.

Si Jamal dilantik sebagai exco walaupun tidak layak. Exco Pertanian. Exco yang akan menghubungkan terus kerajaan negeri dengan masyarakat Melayu kampung melalui aktiviti-aktiviti pertanian. Exco yang boleh menerobos kubu-kubu kuat di kampung-kampung UMNO. Tetapi rupa-rupanya si Jamal ini yang diterobos oleh UMNO.

Si Jamal dan sahabatnya si Osman gagal menyerlahkan bidang tugas mereka selaku exco di Perak. MB Nizarpun bosan dengan kerenah mereka berdua yang hanya ‘makan gaji buta’. Pimpinan PKR Perak yang diterajui oleh Hj. Ismail ketika itu meminta agar kedua exco ini membentangkan program yang berkaitan dengan bidang tugas exco mereka kepada parti. Mereka gagal. PKR Perak cuba untuk membantu mereka dengan menawarkan segala kepakaran yang berkaitan dengan pertanian dan pelancongan. Kedua exco tetap begitu, ‘bodoh sombong’.
Lalu si Jamal mengadu kepada Azmin dan seterusnya Azmin memanjangkan kepada DSAI. PKR Perak telah mengganggu tugas mereka sebagai exco. Mereka mendakwa tidak boleh buat kerja selagi ada Hj. Ismail di kerusi tertinggi PKR Perak.

Mereka tiada kuasa mutlak melaksanakan program pembangunan ekonomi pertanian dan pelancongan negeri. Ketidakpuasan hati mereka didengari dan dipenuhi oleh DSAI. DSAI cuba berprasangka baik, mungkin betul luahan hati si Jamal ini. Lagipun DSAI tahu bahawa Hj. Ismail sememangnya garang dan tegas memimpin PKR Perak. Lalu Hj. Osman yang sememangnya rapat dengan si Jamal dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Perak dan si Jamal pula dilantik sebagai timbalannya. Akhirnya si Jamal telah memiliki kuasa yang mahu dimilikinya. Mudahlah si Jamal merangka dan melaksanakan pembangunan pertanian negeri nanti.

Tunggu punya tunggu, nanti punya nanti, satu habuk ideapun tiada yang keluar daripada mulut mereka berdua sama ada melalui mesyuarat exco negeri yang dipengerusikan oleh MB Nizar atau melalui mesyuarat PKR Perak. Sebab itu saya pernah katakan bahawa mereka tiada nilai walaupun satu sen. Mereka pergi bukan dihalau, tetapi pergi kerana menanggung malu yang amat sangat. Malu kerana kebodohan dan ketenginan mereka telah begitu terserlah. Mereka berasa begitu kerdil berhadapan dengan MB dan rakan-rakan exco yang lain. Mereka melarikan diri kepada UMNO walaupun sedar yang UMNO hanya memperalatkan mereka. Saya pernah menulis sebelum ini bahawa kedua exco ini tiada nilai kepada UMNO setelah YB. Bota keluar daripada UMNO. Padan muka mereka berdua.

Saya yakin mereka hilang bukan kerana tawaran wang berjuta. Mereka mengadap UMNO bukan kerana minta dibebaskan daripada kes rasuah yang akan mula dibicarakan pada 10 Feb. ini. Kaitan mereka dengan kes ini begitu longgar. Mustahil si Jamal tidak mengerti dengan permainan helah UMNO. Mustahil si Osman memerlukan wang berjuta kerana diapun datang daripada keluarga berada. Mustahil .. mustahil ..

Kecuali satu alasan sahaja, mereka hilang kerana malu kepada rakyat Perak. Mereka malu akan sifat kebodohsombong mereka kepada MB dan PKR. Mereka malu berhadapan dengan rakyat dan penyokong yang mengundi mereka di DUN Behrang dan Changkat Jering. Mereka malu secara bersama. Hari ini mereka sakit bersama lagi. Macam-macam ..
Rumusannya, mereka hanya pandai komplen tetapi tidak pandai buat kerja. Eloklah beredar ..
Jamal .. Kite tetap kawan walaupun kite berkelahi kerana rakyat. Nanti kita pegi tengak bola sama-sama yer. Teman belanja mike makan kueytiaw kerang dan teh tarik sebelum masuk stadium. Mike jangan ceghite lagi pasai politik. Kite citer pasai bola pulak. Teman janji tak citer lagi pasai mike di sini.

Posted by Mamamat at 10:00 PM 2 comments

Ahad, 1 Februari 2009

Pengkhianat PKR Telah Letak Jawatan ! PRK Lagilah Nampaknya....


2 Exco Perak Yang Tidak Reti Buat Kerja Letak Jawatan
1-Februari 2009 (Ahad)


Berita Nasional:-


Speaker DUN negeri Perak, ADUN Tronoh V. Sivakumar mengesahkan menerima perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt. Othman Jailu lewat petang tadi di kediamannya.
Oleh itu SPR akan dimaklumkan bahawa kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering digantung serta merta.
Walau demikian, kerajaan negeri Perak kekal selamat dipegang Pakatan Rakyat dengan majoriti.
Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin menafikan berita bahawa beberapa Adun Pakatan telah keluar meyertai BN.
Posts Berkaitan:

Khamis, 29 Januari 2009

Kerajaan Selangor Tak Boleh Nak Bantu Ust. Ramlang Ke?


Dipecat selepas muncul di kempen Anwar

Jan 28, 09 4:45pm
kemaskini 6:38pm


Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu. Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".


Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu. Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.Ramlang dihadapkan dengan empat pertuduhan - tiga daripadanya kerana berucap di tiga tempat berasingan di kawasan parlimen tersebut pada hari berkenaan.


Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, pertuduhan keempat - mengadakan sidang media pada tengah hari 25 Ogos - bagaimanapun tidak benar.Ramlang mengadakan sidang media bersama Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali (foto atas) dan beberapa pemimpin pembangkang sejurus selepas tengah malam hari yang sama di pusat khidmat parti itu di Penanti.Peguam itu menambah, tanpa memberikan sebarang alasan jelas, surat Jakim itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada telah mencukupi" untuk memecat Ramlang.Pada 15 Ogos lalu, Ramlang termasuk antara empat pegawai Masjid Wilayah Persekutuan yang menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto, kanan) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu dua bulan sebelumnya.


Ramlang kemudian muncul di tiga majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.


Menurut Wan Mohamad lagi, yang bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.Ahmad Nizam menjelaskan,


Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti menurut Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.Pada 7 Ogos tahun lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

Rabu, 28 Januari 2009

Jangan Terlalu Ghairah...ingatan untuk Semua.

Berhati-hati Wahai Pemimpin....Cepat Naik, Cepat Turunnya....

Tahniah Adun Bota kerana sanggup melompat ke PKR. Kenapa PKR, kenapa tidak PAS? Melayu Islam dan Melayu UMNO ni lain sikit. Berjuang untuk poket sendiri. Bila cerita tentang poket sendiri .. elok lah pilih PKR.Kenapa Adun Bota melompat?

Baca cerita di bawah
Panglima "Si Kitol" ... Kejayaan Datuk Nasaruddin membalas dendam dan menipu pengundi BN di Bota nampaknya turut diintai dan menarik minat ADUN Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam. Bagaimanapun beliau masih mencari-cari lorong keluar yang ditebas oleh Datuk Nasaruddin itu.Beliau yang turut tewas dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput turut mengesahkan menerima tawaran melompat dan ditarik tangannya untuk berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rata-rata wakil rakyat yang kecewa dan tewas dalam pemilihan peringkat bahagian UMNO akan memberi alasan "dah orang anggap Ketua UMNO Bahagian lebih penting daripada wakil rakyat, habih cam no.....?

Sekali lagi tahniah kepada Datuk Nasaruddin kerana berjaya 'merompak' kepercayaan orang UMNO dan seramai 6,556 pengundinya. Namun Datuk Nasaruddin dan mereka yang hendak mengikut jejak keparat itu perlu tunjuk kejantanannya jika betul-betul mahu berjuang di luar tembuk. Letak jawatan ADUN, buka gelanggang dan teruskan perjuangan.

Kalau tidak nanti akan dilabelkan sebagai jenama Panglima 'Si-Kitol'. selanjutnya di s i n iAku masih berpegang kepada prinsip, Cepat naik, cepat la turun nya. Nak cepat alih kuasa, kena minta orang BN masuk PKR. Lepas tu PKR akan rosak dengan perangai UMNO yang ada di dalam.PKR sekarang sedang kumpul barang barang reject dari parti UMNO. Ikhlas ke mereka berjuang?

Posted by ketambatu.

Jumaat, 23 Januari 2009


AMK Selangor Menyokong Penuh Perlantikan Othman Omar Sebagai Pengurus Besar PKNS Yang Baru

Tanggal 1 Februari 2009 adalah merupakan satu tarikh sejarah untuk PKNS kerana akan mendapat seorang Pengurus Besar yang dikhabarkan hebat dan mempunyai pengalaman yang luas selama 25 tahun dalam projek perumahan murah sehingga projek mega.

Itulah yang diwar-warkan oleh media tempatan sejak 23-Disember-2008 selepas Menteri Besar Selangor mengumumkan perlantikan beliau sebagai Pengurus Besar yang baru setelah 3 bulan dipangku oleh Datin Paduka Low Siew Moi. Sekalung Tahniah untuk beliau di atas perlantikan itu dan diucapkan selamat bertugas dengan sebaiknya.

Berikutan terbitnya beberapa isu yang mempersoalkan kewibawaan Othman Omar (49 tahun) di dalam akhbar The Sun yang dimulakan pada 19-Jan-2009, AMK Selangor merasakan ada konspirasi tertentu yang bertujuan untuk memintas beliau dari menerajui PKNS sebagai Pengurus Besar yang baru. Mungkin disebabkan PKNS adalah satu-satunya syarikat milikan Negeri Selangor yang terbesar, maka terdapat pihak yang tidak berpuashati dengan perlantikan beliau yang dianggap masih muda.

AMK Selangor tidak melihat sebagai satu kesalahan bagi Othman Omar terlibat dalam perniagaan sebelum ini kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana arahan perkhidmatan kerajaan. Pengakuan beliau sudah tidak terlibat lagi dengan perniagaan yang sedang ditimbulkan oleh The Sun tersebut sudah memadai dan tidak perlu dipersoalkan apatah lagi beliau sudah melalui proses pemilihan yang amat ketat dari sejumlah 58 calon yang telah disenarai pendek oleh Panel Pemilihan yang dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Difahamkan juga, 3 Exco Kanan Kerajaan Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS juga terlibat dalam meneliti calon-calon yang memohon atau diketengahkan dari seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa Exco Kerajaan Negeri bukanlah bertindak seperti “RUBBER STAMP” yang selalu dimomokkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Sehubungan itu, AMK Selangor memberi sepenuhnya sokongan kepada Sdra Othman Omar sebagai Pengurus Besar yang baru untuk PKNS. Pada waktu yang sama kita juga berharap PKNS diperbetulkan halatujunya dan melaksanakan pengurusan dan perbelanjaan yang berhemah dan memberi ruang seluas-seluasnya untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera yang layak untuk membantu pembangunan PKNS khasnya dan Negeri Selangor amnya.

Mengulas tentang laporan rasuah yang dibuat oleh GERAK melalui Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus yang mendakwa Menteri Besar telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu. AMK Selangor beranggapan ada unsur-unsur yang cuba untuk memerangkap Menteri Besar dalam isu ini dan ia juga berkait dengan isu perlantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar Baru.

Dalam aduannya kepada SPRM yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam, Mohd Nazree mendakwa Tan Sri Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400.00 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri yang dikenali SICSB. Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lalu dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit iaitu Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd. Dimaklumkan bahawa SICSB merupakan salah satu dari enam anak syarikat PKNS yang telah menyumbang sebanyak 370 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada semua Masjid dan Surau di seluruh Negeri Selangor.

Tan Sri Khalid juga menegaskan bahawa dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk pembelian lembu korban bagi Parlimen Bandar Tun Razak. Sebaliknya lembu korban telah didermakan oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Adalah difahamkan bahawa syarikat-syarikat tersebut telah menaja peruntukan pembelian lembu korban bagi Bandar Tun Razak atas dasar Corporate Social Responsibility (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat tanpa arahan dari mana-mana pihak diperingkat kerajaan negeri. Malah, Dato’ Menteri Besar juga tidak tahu menahu syarikat mana yang terlibat. Perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat Selangor.

AMK Selangor ingin menegaskan seolah-olah ada dalang di dalam pihak PKNS sendiri yang cuba memerangkap Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKNS dalam isu yang dimainkan sepanjang minggu ini. AMK Selangor akan cuba mendedahkan permainan politik jahat yang cuba dimainkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. AMK Selangor juga memandang sinis dan mencabar Pengerusi Gerak agar membuat laporan rasuah yang lebih besar dan banyak kepada isu politik wang yang melanda UMNO menjelang Pemilihan Pimpinan Tertinggi parti itu Mac 2009 nanti. AMK Selangor juga beranggapan bahawa pihak-pihak ini cuba membuat kekeliruan agar media memainkan isu rasuah lembu ini untuk menutup isu-isu rasuah yang lebih besar di dalam negara kita.

“Ke Arah Selangor Yang Lebih Cemerlang”

Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor
019-3682855

Kerajaan Selangor lancarkan www.selangorkini.com.my

Selangorkini.com.my... Telahpun dilancarkan.

AMK Selangor mengalu-alukan pelancaran "selangorkini" yang merupakan wadah untuk memberitahu berita dan aktiviti semasa dan penera6 ngan dari Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Semua warga AMK Selangor dan rakyat Selangor dialu-alukan untuk melayar di webmaster berikut www.selangorkini.com.my .

Sekian untuk makluman.

Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor
019 3682855 / 016 9448800

Rabu, 21 Januari 2009

Pembangkang Negeri Selangor Disaran Agar Membawa Isu Manfaatkan rakyat




Pembangkang Kerajaan Negeri Selangor Diseru Agar Timbulkan Isu-Isu Yang Bermanfaat Kepada Rakyat

AMK Selangor menempelak berbagai kenyataan-kenyataan akhbar yang telah dibuat sepanjang tahun 2008 oleh UMNO-BN yang diketuai oleh Bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo. Kebanyakan kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuat oleh pihak pembangkang adalah bermotifkan untuk mensensasikan berita tabloid dan cuba untuk mengkucar kacirkan pemerintahan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dari Parti KeADILan Rakyat.

AMK Selangor berpendapat bahawa sekiranya Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo berpendapat Kerajaan BN-UMNO dahulu yang dipimpin beliau selama hampir 8 tahun lebih hebat, kenapa tidak banyak program –program rakyat dilaksanakan seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seperti sekarang? Sedangkan tidak sampai pun satu (1) tahun Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor, telah begitu banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN-UMNO dahulu telah ditolak oleh majoriti Rakyat negeri Selangor dalam PRU ke 12, 8 Mac 2008 lalu.

Di samping itu juga, Kerajaan PR telah merancang sebanyak lima (5) strategi ditetapkan dan akan dilaksanakan dalam Bajet 2009, bersesuaian dengan tema bajet yang tertumpu pada agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Pertama : Merakyatkan ekonomi Selangor (MES)
Kedua : Mempertingkat hasil pendapatan negeri
Ketiga : Memperkasa modal insan
Keempat : Menguruskan perbelanjaan dengan cekap
Kelima : Memantapkan pembangunan negeri Selangor

Dalam pelaksanaan Fasa 1 ini, Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor mengandungi Tiga (3) Fasa utama yang merangkumi 18 program. Sebanyak tujuh (7) program yang diumumkan kepada rakyat sempena Sambutan Majlis 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baharu tempoh hari, telah berjaya dilaksanakan.

Program-program tersebut meliputi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Bekalan Air Percuma Bagi 20 M3, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Mesra Usia Emas, Program Peningkatan Pendapatan Hasil Daripada Bahan Batuan Dan Mineral, Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang. Sejumlah RM35 juta sudahpun diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan program-program tersebut.

Dalam Fasa ke 2, sebanyak enam (6) program telah dirancang dan akan dilaksanakan dalam 6 bulan pertama Tahun 2009 ini seperti Program Pertimbangan Cuti 14 Hari Kepada Suami Yang Isterinya Bersalin, Pertimbangan Cuti Sebulan kepada Wanita yang Kematian Suami, Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim, Bantuan kepada Peniaga Muda dan Bimbingan Perniagaan kepada Belia.

Manakala dalam Fasa ke 3 pula, ia akan dilaksanakan mulai Bulan Julai 2009 yang merangkumi lima (5) program bagi merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Program ini antaranya, memberi bantuan anak ke nurseri, bantuan anak pra-sekolah berasaskan tahap kemampuan keluarga, membina lebih banyak premis dan mewujudkan zon-zon industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh daerah, mewujudkan program inkubator, dan menyediakan latihan keusahawanan di seluruh Negeri Selangor.

AMK Selangor juga amat bersetuju dan menyokong dengan segala bentuk Program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan memandangkan ianya amat menguntungkan keseluruhan rakyat Negeri Selangor tanpa memikirkan latar belakang politik, tanpa mengira kaum dan agama serta melibatkan semua golongan muda dan golongan tua akan mendapat manfaat yang sebaiknya.

AMK Selangor juga berharap segala Strategi Belanjawan Negeri Tahun 2009 ini akan dapat mencapai sasarannya dan perlaksaannya dapat dijayakan dengan sebaiknya. Maka seharusnya Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo memandang dan meneliti Startegi ini dengan sebaiknya dan membangkanglah dengan cara yang berhemah dan bersopan. Memang diakui dalam awal pemerintahan PR ada sedikit cacat dan cela berlaku. Tetapi semua cacat dan cela tersebut akan dikenalpasti dan ditangani dengan sebaik mungkin.

AMK Selangor menyeru agar pihak pembangkang jangan lagi mengheboh-hebohkan isu yang tidak popular dan tidak berfaedah seperti isu pembelian kereta Toyota CAMRY. Beliau juga tahu bahawa kos pengendalian kereta Proton Perdana V6 adalah jauh lebih tinggi selepas tempoh 2 tahun penggunaannya terutama dalam penyelenggaraan “Gear Box”.


Saya juga telah berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri Automotif dan telah berkhidmat dengan Syarikat Pembekal Proton lebih 4 tahun. Pembelian Toyota CAMRY juga telah dapat mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi sekurang-kurangnya selama 2 tahun dan kos pembelian juga akan dapat dikurangkan dengan penjualan kereta Proton Perdana V6 yang lama secara tender. Pembelian kereta rasmi yang baru untuk Kesemua Exco juga adalah berpatutan dengan status negeri yang termaju di Malaysia dan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian kereta Mercedes Benz yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

“Ke Arah Selangor Yang Lebih Cemerlang”

Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor
019-3682855

Ahad, 18 Januari 2009

Bangkitlah Wahai Umat ISLAM !!

Subject: Why Muslims are weak?

Extracts of speech by Hafez A.B Mohamed: Director-General, Al Baraka Bank.

Demographics:
World Jewish Population.
14 million

Distribution:
7 m in America
5 m in Asia
2 m in Europe
100 thousand in Africa

World Muslim Population:
1.5 billion

Distribution:
1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas

Every fifth human being is a Muslim.
For every single Hindu there are two Muslims
For every Buddhist there are two Muslims
For every Jew there are 107 Muslims
Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5billion Muslims

Why?

Here are some of the reasons.

Movers of Current History
Albert Einstein Jewish
Sigmund Freud Jewish
Karl Marx Jewish
Paul Samuelson Jewish
Milton Friedman Jewish

Medical Milestones
Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
Polio Vaccine Jonas Salk Jewish
Leukaemia Drug Gertrude Elion Jewish
Hepatitis B Baruch Blumberg Jewish
Syphilis Drug Paul Ehrlich Jewish
Neuro muscular Elie Metchnikoff Jewish
Endocrinology Andrew Schally Jewish
Cognitive therapy. Aaron Beck Jewish
Contraceptive Pill Gregory Pincus Jewish
Understanding of Human Eye. G. Wald Jewish
Embryology. Stanley Cohen Jewish
Kidney Dialysis Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners
In the past 105 years,
14 million Jews have won 180 Nobel prizes
1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History
Micro- Processing Chip. Stanley Mezor Jewish
Nuclear Chain Reactor Leo Sziland Jewish
Optical Fibre Cable Peter Schultz Jewish
Traffic Lights Charles Adler Jewish
Stainless Steel Benno Strauss Jewish
Sound Movies Isador Kisee Jewish
Telephone Microphone Emile Berliner Jewish
Video Tape Recorder Charles Ginsburg Jewish

Influential Global Business
Polo Ralph Lauren Jewish
Coca Cola Jewish
Levi's Jeans Levi Strauss Jewish
Sawbuck's Howard Schultz Jewish
Google Sergey Brin Jewish
Dell Computers Michael Dell Jewish
Oracle Larry Ellison Jewish
DKNY Donna Karan Jewish
Baskin & Robbins Irv Robbins Jewish
Dunkin Donuts Bill Rosenberg Jewish

Influential Intellectuals/ Politicians
Henry Kissinger , US Sec of State Jewish
Richard Levin, PresidentYaleUniver sity Jewish
Alan Greenspan , US Federal Reserve Jewish
Joseph Lieberman Jewish
Madeleine Albright , US Sec of State Jewish
CasperWeinberger , US Sec of Defence Jewish
Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister Jewish
DavidMarshal , Singapore Chief Minister Jewish
Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
Barry Goldwater , US Politician Jewish
Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
Pierre Mendes, French PM Jewish
Michael Howard, British Home Sec. Jewish
Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
Robert Rubin , US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential
Wolf Blitzer, CNN Jewish
Barbara Walters ABC News Jewish
EugeneMeyer , Washington Post Jewish
Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
Katherine Graham , Washington Post Jewish
Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists
George Soros Jewish
Walter Annenberg Jewish

Why are they powerful?
Why are Muslims powerless?
Here's another reason.
We have lost the capacity to produce knowledge.

In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
In USA alone, 5,758 universities
In India alone, 8,407 universities

Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World

Literacy in the Christian World 90%
Literacy in the Muslim World 40%
15 Christian majority-countries, literacy rate 100%

Muslim majority - countries ,
None o 98% in Christian countries completed primary
Only 50% in Muslim countries completed primary.
40% in Christian countries attended university
In Muslim countries a dismal 2% attended.
Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
The USA has 5000 per million
The Christian world 1000 technicians per million.
Entire Arab World only 50 technicians per million.

Muslim World spends on research/developmen t 0.2% of GDP
Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.
The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.
Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
Singapore 460 per 1000 citizens.
In UK book titles per million is 2000
In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.
Muslim World is failing to diffuse knowledge Applying Knowledge is another such test.

Exports of high tech products from
Pakistan is 0.9% of its exports.
In Saudi Arabia is 0.2%
Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
Singapore alone is 68%

Conclusion.
Muslim World is failing to apply knowledge.

What do you conclude?
No need to tell the figures are speaking themselves very loudly we are unable to listen Advice:

Please educate yourself and your children. always promote education, don't compromise on it, don't ignore your children's slightest misguidance from education (and please, for God's Sake, don't use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can't do it now, they can't ever). We are

World's biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ownselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy...And nothing else. ....Wake up...

Isnin, 12 Januari 2009

Al-Fatihah buat Pemergian Pejuang Reformasi !

Takziah buat Keluarga Allahyarham Amirudin Hamzah - Mantan Ketua Bahagian Subang.


AMK Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abg. Amir di atas pemergiannya subuh tadi untuk menemui Allah s.w.t.

Warga AMK Selangor berharap dan berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para pejuang dan amal soleh.

Wassalam,

Mazli - Ketua Penerangan AMK Selangor

Ahad, 11 Januari 2009

Polis pun sokong Israel dan Amerika ke ?????

Saturday, January 10, 2009

Vigil anti perang, polis tahan 21 orang

Seramai 21 orang ditahan polis sebentar tadi di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur ketika orang ramai berhimpun untuk vigil anjuran Gabungan Anti Perang.Menurut Norlaila Othman salah seorang aktivis yang turut ditahan, pihak polis telah membuat provokasi sehinggakan kumpulan yang berhimpun tidak berkesempatan untuk bersurai.Sebelum itu, Harakahdaily dimaklumkan para peserta perhimpunan telah berhimpun di sekitar bangunan Majlis Peguam dan mula berarak ke Dataran Merdeka.

Ketika menghampiri kawasan Dataran Merdeka, para aktivis mula memasang lilin dan membuka 'banner' 'anti perang' tetapi telah dihalang oleh pihak polis atas alasan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram dan tidak mendapat permit.Ketika itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim cuba untuk berunding tetapi tidak dilayan.Sementara itu, anggota cawangan khas yang turut berada di lokasi perhimpunan telah mula membuat provokasi dengan membuat bising,marah-marah dan merampas 'banner' yang dibawa.

Tambah Norlaila, setelah itu, seluruh kawasan tersebut telah dikepung oleh pihak polis dan tidak memberi peluang untuk para aktivis beredar.Katanya, pihak polis kemudian telah mengeluarkan arahan untuk menangkap semua yang berkumpul.Antara yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ketika ini ialah Charles Santiago, Dr Nasir, Norlaila, Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani;Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S Arutchelvan;Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad; Aktivis PSM, Nashita dan anaknya Ammar.

Posted by ketambatu at 10:18 PM
Labels:

Nak Boikot Ke, Tak Nak Boikot ni!!!!!!


S’gor MB: Be careful about the boycott of US goods

By SIM LEOI LEOI
BANGI: Malaysians must not simply boycott all products from United States or Israel as these may be partly owned by Muslims or locals.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said Malaysians should instead study carefully the list of products they intended to boycott in the wake of Israel’s attack on Palestinians in Gaza.

“The products may be owned not just by the Israelis or the Americans.
“Brands like McDonald’s and Coca Cola are not totally owned by Israeli or American groups, but their shares are owned even by Muslim countries, including bumiputras in Malaysia.
“It’s better to focus on a few products like weaponry.

“There should be a ban on Muslims buying weaponry directly from these countries or even through a third party,” he told reporters after attending the 100th year memorial of Indonesian politician Mohammad Natsir at the Kolej Universiti Islam Selangor on Saturday.
Also at the memorial were PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khalid, who is PKR secretary-general, was responding to calls from several Muslim groups and leaders, including former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, for consumers to boycott products from both US and Israel to object against the attack on Gaza.
Khalid said a better move would be to refrain from investing in or using banks affiliated to Israeli or American interests.

“This will have more impact because it won’t allow the banks to expand their businesses,” he pointed out.
Khalid said all Pakatan Rakyat Members of Parliament would also be attending a special session on Monday called by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to discuss the Gaza issue.

“We will all be attending the session despite there being a by-election in Kuala Terengganu. This issue is bigger than Kuala Terengganu as it touches on a humanitarian crisis.
“Besides, I think that all Barisan Nasional MPs will also be temporarily halting their campaign to attend this session,” he said, adding that Pakatan Rakyat was throwing their support behind the Government on the Gaza issue.
“We are ready to call for a halt to the attacks and we will discuss this from the aspect of crimes against humanity,” he said

Rabu, 7 Januari 2009

ANAK BANGSA PUN NAK DIPOLITIKKAN !

Wednesday, January 7, 2009

UMNO menggunakan TADIKA KEMAS untuk bodohkan rakyat
email oleh: budibicaraTujuan Tadika Kemas di tubuhkan adalah untuk merasuk kanak kanak dengan budaya UMNO sejak dari kecil di dalam masa yang sama menyalurkan bantuan kepada anggota anggota UMNO melalui aktiviti kemasyarakatan. Guru yang terpilih adalah di kalangan ahli-ahli wanita UMNO yang berada di satu kawasan kawasan tertentu. DI berikan gaji dan elaun dan sering di hantar untuk kursus berasaskan perkauman dan parti.

Kemelayuan Guru Tadika Kemas ni memang kuat. Pantang lalai, diorang akan di asak dengan kursus perkauman UMNO untuk kembalikan sikap perkauman mereka itu. Kerana itu mereka sanggup bertegang urat memperjuang bangsa Melayu sedangkan mereka tidak tahu hujung dan pangkal.Jadi mereka mereka ini adalah tenaga pengajar kepada kanak kanak yang ibubapa nya tidak mampu untuk menghantar anak anak mereka ke pusat tadika swasta yang mahal harganya.Secara tidak langsung, anak anak kita terdedah kepada budaya perkauman yang kuat sehingga menyukarkan kanak kanak untuk berinteraksi bersama anak anak bangsa lain di Sekolah rendah dan menengah.Guru guru tadika adalah terdiri dari akar umbi penyokong UMNO. Kerana taksub dan menurut arahan, maka mudah lah guru guru ini diperbodohkan oleh Pemimpin Pemimpin UMNO, untuk dijadikan isu isu sebagai senjata dengan tujuan memperkecilkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kekecohan pernah berlaku di beberapa buah negara di bawah Pakatan Rakyat selepas pengisytiharan kemenangan kerajaan baru. Dengan hanya pesanan SMS, maka kosong lah TADIKA KEMAS apabila perabut dan peralatan tadika tersebut di angkut keluar oleh guru guru tadika yang berjaga ketika keputusan pilihanraya di umumkan. Apa bila SAH sahaja UMNO dan BN kalah pilihanraya bulan Mac lepas, mereka pun angkut semua barang keluar dan membawanya pulang ke rumah masing masing.Sebenarnya, usaha menakut nakutkan guru KEMAS telah di lakukan sebelum pilihanraya lagi. Sekiranya kerajaan bertukar tangan, mereka akan di berhentikan kerja dan TADIKA KEMAS akan di tutup. Kerana itu lah maka, Guru Guru TADIKA KEMAS ini bersungguh sungguh menjadi jentera pilihanraya dan berharap BN akan terus menjadi kerajaan. Ada juga guru TADIKA KEMAS yang menjadi kakitangan SPR. Semuanya adalah usaha putar belit UMNO dan BN untuk terus berkuasa.Disuruh apa sahaja, mereka akan lakukan dengan tujuan mereka terus berpendapatan dan terus mendapat limpahan rezeki dari kerajaan.

Memandangkan PAS mempunyai tadika mereka sendiri, yakni PASTI maka kemungkinan penutupan TADIKA KEMAS bertambah kukuh. TADIKA KEMAS akan di ganti dengan PASTI untuk mengajar anak anak kecil pra persekolahan. Itu maklumat yang disebarkan.Yang pasti kini, TADIKA KEMAS adalah salah satu senjata UMNO untuk terus digunakan sehingga hari ini dan baru baru ini timbul pula berita angin tentang arahan Kerajaan Perak menutup semua sekolah dan dewan TADIKA KEMAS. Maka kecoh lah orang orang Melayu yang tidak tahu menahu tentang cerita sebenar.Pada melayu melayu yang cepat melenting dan kuat semangat UMNOnya, mereka mula melatah dengan kenyataan yang dibuat secara terbuka di dalam akhbar akhbar.

Dan kini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang merupakan orang pertama mencerita kan Tohmahan ini telah membangkit isu tersebut ketika K. Terengganu sedang berhadapan dengan pilihanraya kecil.Cerita ini di hebahkan, bertujuan untuk menakut nakutkan pengundi majoriti Melayu di bandar tersebut. UMNO berharap dengan TOHMAHAN tersebut, bangsa Melayu akan menolak PAS dan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya tersebut. Dalam masa yang sama keujudan isu ini, boleh menambahkan isu untuk dibicarakan ketika berkempen nanti.Dengan suasana ekonomi yang tidak mantap sejak akhir akhir ini, TADIKA KEMAS menjadi pilihan kepada rakyat yang kurang mampu. Beranggapan bahawa dengan ketiadaan TADIKA KEMAS akan menyusahkan mereka sehingga kepada usaha untuk menolak Pakatan Rakyat.

Sejauh mana bangsa Melayu boleh tertipu dengan TOHMAHAN ini? Kita saksikan perkembangan tempoh berkempen ini dan pastinya penceramah penceramah Pakatan Rakyat akan membongkar isu ini bagi menyedarkan bangsa Melayu bahawa mereka ini sudah di tipu oleh kerajaan BN sejak dulu lagi.

Khamis, 1 Januari 2009


raziman atan to me show details 9:08 PM (16 hours ago) Reply


1 raziman Jan 1st, 2009 at 12:58 pm


Surat Terbuka kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim [2]


Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009M DSAI,Saya salah seorang ahli PKN 1999 dan PKR 2004. Dua kali masuk Parti, setiap malam ikut ceramah Dato Seri dari kena pecat TPM 2 Sept 1998 sampai malam DSAI kena tangkap malam 20 Sept 1998.


Dato Seri,Tolonglah dengar masalah orang dalaman Parti terutamanya dari ahli2 akar umbi dan dan ahli2 yang sejak dari zaman "REFORMASI" yang DSAI akan laungkan setiap kali berceramah masa belum menang PKR di Selangor dulu. Tapi sekarang jarang sangat kami dengar seruan keramat itu dari mulut Dato Seri sendiri mahupun dalam Kongres yang ke5 baru2 ini. Seolah2 DSAI sudah lupa kata2 itulah yg telah menaikkan semangat kami pejuang2 REFORMASI masa Dato Seri diterajang Mahathir dari UMNO Sept 1998. Tak apalah…mungkin sekarang kata2 keramat REFORMASI tu dah tak relevan buat masa sekarang kerana PR dah menang 6 negeri tapi belum dan dapat memerintah Negara Malaysia ini lagi Dato Seri. ada 8 negeri lagi negeri kena takluki. Negeri ke 6 yang saya maksudkan ialah Wilayah Persekutuan.


Apa yang saya nak tekan di sini ialah tentang keadaan ahli2 PKR di Negeri Selangor!!!!Berbagai rungutan ketidakpuashatian majoriti ahli2 dari kesemua 22 Bahagian PKR di seluruh negeri Selangor. Sila lihat kronologi2 yang kita boleh kongsi bersama dan 10 DALIL yang Tan Sri Khalid Ibrahim tidak layak untuk menjadi Ketua/Pengerusi PKR Negeri Selangor.


1. Wajarkah diadakan 100 hari Pemerintahan PR di Negeri Selangor pada Jun 2008yang telah membuka segala warna hati sebenar manusia bernama Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) seorang bekas CEO PNSB/Guthrie dan macam2 jawatan Kopera ?.


2. Wajarkah beliau meletakkan segala kesalahan kepada Pegawai Khas beliau sendiri iaitu Tn. Hj. Yahya Shari yang sepatutnya amat layak menjawat Jawatan Setiausaha Politik dari Pegawai Khas di atas kegagalan dan kekecohan Sambutan 100 hari Pemerintahan PR ?


3. Wajarkah beliau melantik YB Nik Nazmi sebagai Setiausaha Politik beliau ditatkala Setpol beliau ini hanya berusia 26 tahun dan masih mentah dalam Politik negeri Selangor yang dah dikuasai oleh BN 51 tahun ini? Buktinya, beliau masih terkial2 nak mengingati Bahagian2 PKR yang terdapat di seluruh negeri Selangor dan Ketua2 bahagiannya mahupunali mengenOrang2 Kuat PKR diseluruh negeri Selangor ini.


4. Apakah kehebatan ilmu Politik TSKI yang membolehkan dia menerajui PKR di Negeri Selangor ini? Sedangkan beliau baru saja lebih kurang 2 tahun masuk PKR dan masih terkial2 juga mengingati 22 Bahagian Parlimen dan UPU2 Pilihanraya serta beliau masih tidak dapat mengingati nama2 kesemua AJK2 beliau di Bahagian Kuala Selangor dimana beliau merupakan Ketua Bahagian di situ. Ilmu politik beliau masa beliau di dalam UMNO dulu pun amat mendukacitakan dan menjelekkan. Beliau tidak mampu pun menjadi Ketua Cawangan di mana2 cawangan UMNO di Bahagian Kuala Selangor walaupun beliau merupakan seorang yang terkenal di negeri Selangor dan seorang yang KAYA RAYA di Kuala Selangor!


5. Wajarkah beliau mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang menimbulkan berbagai reaksi dan kontravesi yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Seorang Menteri Besar Selangor yang baru!

5.1 Mengeluarkan/Membenarkan kenyataan projek Babi di awal pemerintahanPR di negeri Selangor di mana Majoriti penduduk negeri Selangor ialah Masyarakat Melayu dan beragama ISLAM.

5.2 Mengeluarkan kenyataan UiTM patut membuka 10% kuota kepada Bukan Bumiputera di tatkala keadaan yang tidak memerlukan kenyataan itu dikeluarkan.

5.3 Membuat keputusan untuk menggantung Pegawai Khasnya dengan memberikan notis melalui SMS. Inikah cara CEO yang hebat mengambil tindakan terhadap pegawainya?


6. Tidak melayan ahli2 PKR dengan sebaiknya seperti melayan Pendokong2 UMNO dan BN yang telah lama bersarang di SUK, PBT,Jabatan2 Kerajaan,GLC dsb. Sepanjang 2008 juga dah 10 bulan memerintah, TSKI tidak pernah sekalipun membuat sessi bertemu pendokong2 PKR dan beramah mesra atau membuat program dialog dengan pendokong2 Parti yg bersusah payah memenangkan PR pada PRU12. Beliau tidak pernah turun ke Bahagian2 untuk bertemu dengan AJK2 Bahagian yang menjadi pendokong kuat PKR walaupun beliau Ketua PKR Selangor. Beliau hanya pernah mengadakan pertemuan sekali dengan Pemuda PKR sepanjang 10 bulan menjadi Ketua. Difahamkan bila Pemuda membuat sedikit permohonan untuk memajukan ekonomi diri Pemuda, beliau memberitahu supaya kalau Pemuda nak berpolitik kena pandai cari duit. Macamana nak cari duit ? Jual baju, sticker, topi dan macam2? Inikah mentaliti Menteri Besar dan Ketua PKR Selangor?????? Sedangkan Pemudalah sayap Kanan sesebuah Parti Politik dan mereka inilah bakal mewarisi perjuangan PKR! Difahamkan juga Pemuda2 PKR Selangor ini juga telah memulaukan TSKI yang mereka anggap BODOH SOMBONG. Mungkin Ketua Pemuda PKR Selangor ni bukan orang Selangor, maka Tahun 2009 ni bolehlah digantikan dengan yang baru orang senegeri dengan TSKI kot!!!! Lagipun saya nampak Ketua Pemuda Selangor ni kurang ada UMMPH lah dan masih bersikap kebudak2an.


7. Kurang ada kemahiran dan kemungkinan tidak mahir dalam mentadbir rakyat dan ahli2 Parti Politik yang menguasai negeri. Pengalaman beliau hanya menjadi CEO syarikat koperat. Dalam Korperat semua pekerja berbayar dan bergaji. Itu yang beliau boleh arah itu dan ini. Tapi rakyat negeri Selangor ada 5 juta orang berbagai kaum, bangsa, agama dan berbagai perangai dan latar belakang.


8. Tidak mengutamakan kepentingan Parti yang beliau telah gunakan sebagai satu wadah untuk menjadi ADUN Ijok dan boleh dilantik sebagai Menteri Besar. Saya berani katakan bahawa kalau bukan TSKI jadi MB Selangor pun negeri Selangor boleh ditadbir dengan lebih baik. Kerana struktur kerajaan negeri yang ada sudah diatur dengan baiknya Cuma cara pentadbiran dan prinsip keadilan yang dipraktikkan tidak begitu berkesan sebelum ini. Contohnya, Dr Khir Toyo yang sebelum ini sebagai Doktor Gigi pun boleh mentadbir negeri Selangor selama 8 tahun. Jika Dr Khir Toyo tidak gelojoh dan mengamalkan sikap yang adil dan amanah sebagai seorang MB mungkin PR tidak mampu memerintah negeri Selangor yang kita sayangi ini. Yang penting seseorang indidu itu mempunyai pengetahuan minimum dalam soal pentadbiran.


9. Sikap semulajadi TSKI yang hanya mahu melayan orang2 yang mempunyai kepandaian dan mempunyai kelulusan untuk bergaul dengan beliau. Beliau tidak mempunyai sikap ramah kepada semua orang. Banyak kali saya lihat bila bersalam dengan orang mata beliau memandang ke arah lain. Sifat orang yang peramah dan perihatin terhadap seseorang ialah suka memandang dan merenung mata orang yang disalami itu. Saya harap Dato Seri pun kena tahu dan amalkan sikap ini sebagai pemimpin agung.


10. Majoriti ahli2 Parti Keadilan Rakyat negeri Selangor sekarang sudah muak dengan perangai TSKI sebab dia memang dah kaya raya sebelum masuk PKR. Hartanya berpuluh juta. Jauh lebih banyak berjuta kali ganda dengan nasib Rakyat Marhaein seperti saya yang duit kat poket tinggal sepuluh ringgit untuk berjuang.


Renung2kanlah wahai Pemimpin ku yang kusayangi Dato Seri Anwar Ibrahim yang masih aku hormati hingga setakat ini.


Wassalam,Raziman – Shah Alam, Selangor.1hb. Januari 2009

Selamat Menyambut Kedatangan Maal Hijrah 1430H dan Tahun baru 2009M.

Kepada Semua Ahli-ahli AMK Selangor,

Kami semua Exco AMK Selangor ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah 1430H kepada semua warga Aangkatan Muda KeADILan di seluruh negeri Selangor dan seluruh Negara.

Semoga kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan iltizam perjuangan, meningkatkan tahap ekonomi dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Selamat bercuti di tahun baru.

Wassalam dan Salam Sejahtera.

Ketua Penerangan AMK Selangor.