Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.
Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!
Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.
Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?
ANWAR IBRAHIM