Wednesday, April 1, 2009
Kini di Bukit Selambau, Ezam membawa rentak yang sama iaitu membodek, merepek dan merapu tanpa arah tuju. Ezam sebenarnya sudah "tidak laku" seperti dulu. Ceramahnya dimana-mana hanya dipenuhi dengan bangku dan kerusi sahaja. Sungguh memalukan dan simpati benar melihat Ezam. Nasibnya jauh sekali berbeza dengan musuhnya dalam AMK Keadilan yang dipecat pada tahun 2004 dulu iaitu Lokman Noor Adam.
Beliau dilarang bertanding dan merebut apa-apa jawatan dalam UMNO, sedangkan Lokman kini selesa menang jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan pergerakan itu baru-baru ini. Sebaliknya Ezam terus menjadi "tok dalang" wayang kulit UMNO setiap kali musim pilihanraya kecil berlaku. Kini beliau meneruskan tradisi itu di Bukit Selambau.Aksinya yang sama, Ezam masih sinonim dengan perkataan "Untuk Apa?" rupanya masih "syok sendiri tanpa pedoman". Beliau memang sudah sebati dengan gelaran "petualang rakyat" akibat "sumpah keramatnya" dulu.
Sungguh mengejutkan manusia sehebat Ezam hanya berjaya menarik seramai 20 orang penonton sahaja ketika beliau berceramah di Sg.Lalang dekat sini. Itu pun khabarnya terdiri daripada penyokong dan petugas BN yang sekadar mahu mengambil hati Ezam. Jika tidak sudah pasti Ezam seperti "wayang pacak" bercakap sorang-sorang agaknya. Dalam ceramahnya itu, Ezam telah merapu tidak tentu hala dan sesekali tersilap kata. Dalam satu isu yang dibangkitkan Ezam ada menyebut "PKR parti tiada maruah...bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga Hitam....Letak Calon India" katanya. Ezam sebenarnya sudah "nyanyok" dan "bermimpi disiang hari'. Beliau bangga kononnya memperlekehkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti tidak bermaruah kerana meletakkan calon India, padahal BN sendiri juga meletakkan calon India dari parti MIC. Apakah Ezam sudah "dibutakan mata dan hati" untuk melihat semua ini?.
Jika beginilah caranya Ezam berhujjah dan berfikir, maka ternyatalah kini bahawa anak muda itu telah hilang daya ingatannya. Justeru itu kita tidak hairan apa yang diucapkan hanyalah omongan kosong belaka. Ezam umpama seekor "burung kakaktua" yang bijak berkata-kata tetapi langsung tidak tahu apa yang keluar dari mulutnya.