KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN, SELANGOR
PARTI KEADILAN RAKYAT
22hb APRIL 2009
SYABAS di Gesa Lebih Utamakan Kepentingan Pengguna Air.
Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa agar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) mengutamakan kepentingan para pengguna air di negeri ini dalam mengumumkan sebarang tindakan. Kenyataan terbaru mengenai pemberhentian projek penggantian paip lama dan paip komunikasi yang bernilai RM2.6 Billion wajar diteliti semula.
AMK Selangor merasakan sebarang tindakan yang bakal dilaksanakan oleh SYABAS, kepentingan pengguna air perlu diutamakan dan sebarang tindakan yang menjejaskan kepentingan pengguna air di masa hadapan perlu ditangani dengan baik dan bijaksana.
Dalam pada itu, AMK Selangor menyokong tindakan Kerajaan Selangor dalam usaha penstrukturan semula industri air di negeri ini. Malahan AMK Selangor yakin dengan tindakan ini akan membantu para pengguna air di Selangor khususnya menikmati kadar air yang rendah pada masa kini dan masa hadapan. Malahan pemberian air percuma sebanyak 20ml padu yang telah berjalan hampir setahun telah banyak membantu rakyat di Selangor dalam mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
AMK Selangor juga mengharapkan semua pihak yang mengendalikan isu air di Selangor ini sentiasa bersikap professional dan bertanggungjawab. Malahan pihak kerajaan pusat juga perlu mengutamakan kepentingan rakyat di masa hadapan dan tidak terperangkap dengan polemik politik yang sempit semata-mata.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan,
Selangor.
017-6543974