Oleh : Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor
Email :ezli007@hotmail.com / No Tel : 017-6543974
Laman interaksi Facebook merupakan sebuah laman interaksi sosial yang paling pantas berkembang di dunia. Malahan ianya kini menjadi satu laman yang paling pantas dalam mengembangkan dan menghubungkan interaksi sosial di
Facebook dilancarkan pada 04hb Februari 2004, Ianya dipunyai oleh Facebook Inc yang dipunyai oleh Mark Zuckerberg. Siapakah Mark Zuckerberg ini ?. Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda semua. Namun dalam hal ini kita perlu bijak menggunakan hasil kepakaran yang ada untuk kita gunakan dan raih faedahnya.
Tahukah anda, kita boleh bertemu rakan yang bertahun-tahun hilang komunikasi atau lost contact. Saya sendiri dapat merasakan perasaan ini kerana dapat mengumpulkan kembali jaringan rakan-rakan saya di sekolah,universiti dan juga meluaskan jaringan kenalan baru kita.
Kelebihan menggunakan Facebook ini ialah kita boleh membuat sebarang status pengumuman di bahagian Wall. Malahan ianya juga boleh membantu kita menjadi sebuah laman web persendirian. Kita juga boleh ‘chat’ kepada rakan-rakan ‘online’ kita yang telah menerima kita sebagai rakan Facebook ini.
Justeru, saya ingin menyarankan agar semua Ahli AMK Selangor khususnya mendaftarkan diri dan memulakan proses interaksi menggunakannya. Malahan jika anda mempunyai IPhone. Facebook boleh dilayari dan membuat sebarang kemaskini yang pantas dan terkini.
Sehingga kini antara yang sudah menggunakan Facebook ini antaranya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Mohammad Nizar Jamaluddin,YB Azmin, Ketua AMK Malaysia Syamsul Iskandar, YB Yusmadi dan ramai lagi kalangan pimpinan dan ahli sendiri.
Menyedari kepentingan dalam usaha memperkukuhkan jaringan penerangan dan komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor. Adalah disaran semua pimpinan menyertai Facebook ini. Kita perlu jadikan ia salah satu jaringan komunikasi penting kita dalam menyampaikan sebarang maklumat yang pantas dan tepat.
Saya menggalakkan penggunaan Facebook ini kerana kita juga boleh membina dan membuat jaringan interaksi antara semua pimpinan AMK. Malahan kepada semua ketua-ketua Penerangan AMK Bahagian di Selangor. Saya mengesorkan semua ketua penerangan juga sudah mendaftarkan diri dan juga memaklumkannya agar laman Facebook ini kita aplikasikan sebagai salah satu lagi medium penerangan yang efektif dan berkesan kita.
Kita perlu bijak dan menfaatkan teknologi ICT ini untuk digunakan dalam perjuangan kita. Kita juga perlu memperbagaikan ‘senjata’ kita dalam berhadapan dengan arus media
Tindakan lebih utama daripada hanya bercakap. Jadi sudahkah anda mendaftarkan diri dalam Laman Facebook. Jika belum sila layari laman facebook di http//:www.facebook.com.