Rabu, 29 April 2009

AMK Selangor Sentiasa Mendoakan Baginda Sultan Selangor Selamat Menjalani Pembedahan.


KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN MUDA KEADILAN, SELANGOR

PARTI KEADILAN RAKYAT

29hb APRIL 2009

UNTUK EDARAN SEGERA

AMK Selangor Sentiasa Mendoakan Baginda Sultan Selangor Selamat Menjalani Pembedahan.

Angkatan Muda Keadilan Selangor sentiasa mendoakan agar Sultan Selangor,DYTM Sultan Sarafuddin Idris Shah selamat menjalani pembedahan yang akan dijalankan tidak lama lagi. AMK Selangor berharap agar Baginda Sultan Selangor semakin sihat walafiat selepas menjalani pembedahan ini. 

AMK Selangor juga  mengesorkan semua ahli AMK di Selangor agar berterusan mengadakan solat hajat dan munajat semasa Baginda Sultan Selangor menjalani pembedahan ini. Ianya bertujuan agar pembedahan ini berjaya dan Baginda Sultan Selangor dapat kembali melaksanakan tugasnya sebagai payung naungan rakyat di Selangor.

AMK Selangor juga berharap rakyat di Selangor juga dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan Baginda Sultan Selangor dengan mengadakan solat hajat dan munajat di semua masjid-masjid dan surau-surau. Malahan doa berterusan daripada semua lapisan rakyat dapat dilaksanakan sehingga Baginda Sultan Selangor kembali selamat menjalani pembedahan tersebut.

Akhirnya,semua lapisan pimpinan dan ahli AMK Selangor berdoa dan menadah tangan semoga Allah sentiasa memberi naungan ,sihat walafiat dan kesejahteraan kepada Baginda Sultan Selangor berterusan.AMIN.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan,

Selangor