Khamis, 18 Disember 2008

Ada Rahsia Tersembunyi Di Bukit Antarabangsa...pendedahan bermula.

AMPANG - Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang telah mengorbankan 4 nyawa baru-baru ini, kini masih lagi menjadi trauma dan igauan ngeri para penduduk di kawasan terbabit. Maka banyak pihak menuding jari menyalahkan antara satu sama lain berhubung dengan isu ini. Semua ini kerana semua yang terlibat panik dengan apa yang terjadi. Bahkan ia mengimbau kembali kejadian runtuhan Highlands Tower suatu ketika dulu. Kini warga Bukit Antarabangsa hidup bagaikan senantiasa diambang "maut".

Entah bila pula kejadian yang sama akan menimpa tempat mereka selepas ini. Banyak pihak berpendapat, kegagalan kerajaan untuk memantau dan masih meluluskan pembangunan di tanah tinggi dilihat sebagai permulaan isu ini.Jika kerajaan menyekat dan tidak lagi membenarkan pembangunan sebitu rupa dilakukan nescaya malapetaka sebegini tidak akan terjadi. Namun, sudah menjadi tradisi warga kota terutamannya golongan berada yang gemar memilih kawasan lereng bukit dan berbahaya untuk mendirikan kediaman mereka. Begitu juga dengan pemaju perumahan, pembinaan taman perumahan di kawasan berbahaya seperti itu sebenarnya menghasilkan pulangan yang tinggi apabila ia dijual. Inilah faktor yang tidak boleh kita elakkan. Mahu tidak mahu pihak berkuasa tempatan terpaksa meluluskan permohonan tersebut.

Maka apa yang terjadi, wujudlah unsur rasuah bagi kelulusan pelan, serta bermacam-macam lagi perkara berkaitan. Inilah yang menjadi masalah sebenar perkara ini terjadi.Semalam, krew Pahang Daily Online sempat meninjau ke lokasi terbabit. Kami amat terkejut dengan kejadian kecurian yang semakin berleluasa. Anehnya, pasukan polis menempatkan hampir 500 orang pegawai polis di situ. Namun, kecurian harta dan wang ringgit terus berlaku. Hinggakan ada pihak yang menuduh ia dilakukan sendiri oleh beberapa orang anggota polis.

Ini dinafikan oleh menteri terbabit, Syed Hamid Albar semalam. Beliau mendabik dada, kononnya mana mungkin polis akan bertindak sebegitu rupa. Walhal, beliau harus sedar bahawa tidak semua anggota polis ada etika dan integriti sebenarnya. Kita banyak mendengar anggota polis terlibat juga dengan jenayah seperti rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Justeru itu Hamid Albar tidak wajar untuk cuba mempertahankan perkara ini kononnya tidak berlaku.Satu berita gempar yang telah kami perolehi yang kini dikatakan menjadi kaitan utama dalam kes ini. Jika dulu runtuhan di Highlands Tower dikaitkan dengan satu "parti liar" yang diadakan oleh salah sebuah rumah penghuni terbabit. Kini mungkinkah satu lagi "Bala Allah" menimpa?. Menurut satu maklumat yang dilaporkan oleh seorang penghuni bertaraf "Datuk" di situ. Kemungkinan besar apa yang berlaku ini adalah kemurkaan Allah kepada umat manusia. Ini kerana, sebelum kejadian terdapat sebuah rumah di kawasan terbabit telah dijadikan Pusat Perjudian Kasino ala Genting Highlands di situ. Kami cuba menjejaki rumah terbabit iaitu yang berlamat di No.5, Jalan Bukit Antarabangsa (berdasarkan kepada peta pihak polis).

Laporan mengatakan, pemilik kediaman terbabit ialah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr.Ng dan pusat perjudian ala kasino itu memiliki 20 buah mesin Jackpot. Rumah terbabit dibina agak kukuh kerana "besi cerucuk" yang ditanam adalah lebih dalam daripada yang lain. Dindingnya juga diperbuat dari kaca. Menurut kisahnya, walaupun baru dibuka kasino itu sudah mengaut keuntungan hampir RM10 juta. Dan senantiasa dikunjungi oleh beberapa orang kenamaan termasuk orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Perkara ini gagal dipantau dan diambil tindakan oleh para penduduk kerana terdapatnya unsur rasuah dalam projek itu. Mungkin rasuah melibatkan orang dalam di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga pihak polis sendiri.Buktinya, apabila terdapat beberapa orang penduduk yang mahu melaporkan perkara ini kepada pihak polis di tapak kejadian runtuh terbabit, mereka telah dihalang dan pihak polis tidak mahu menerima laporan berkenaan. Justeru itu, terbukti bahawa mereka juga terlibat dengan projek ini. Penduduk berkenaan mengatakan ketika kejadian tanah runtuh berlaku, memang operasi perjudian di kasino rumah itu sedang rancak berjalan. Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan. Kami mendapat maklumat, sebelah siangnya ada beberapa orang penduduk yang ingin menyerbu rumah terbabit. Namun telah dihalang oleh pihak polis.

Justeru itu, kami amat yakin bahawa operasi perjudian tersebut didalangi oleh pihai-pihak yang berkepentingan. Perkara ini perlu didedahkan demi kebenaran. Rakyat di Bukit Antarabangsa perlu tahu bahawa, pihak berkuasa yang menjadi talibarut operasi sebegitu dibenarkan di kawasan mereka. Maka akhirnya kemurkaan Allah diturunkan dikawasan terbabit. Semua penduduk akhirnya menerima padah akibat kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Semoga pihak berkenaan mengambil ikhtibar atas segala yang berlaku, ingatlah kemurkaan Allah bakal mengatasi segalanya.