Khamis, 18 Disember 2008

" Antara Dua Darjat "

Thursday, December 18, 2008

Renungan: Sewa Kediaman PM Juga TPM Cecah RM27,545.80 Sehari, Tapi Rakyat Di Sik & Baling Kedah Menderita Pendapatan RM10 Sehari !!

SIK, KEDAH - Penoreh getah secara pawah di daerah Sik dan Baling yang menghadapi keperitan hidup berikutan kejatuhan merudum harga komoditi itu, merayu kerajaan agar segera membantu mereka. Getah sekerap di dua daerah itu dibeli oleh pemborong pada harga antara 70 sen dan 80 sen sekilogram sejak beberapa minggu lalu berbanding RM4 hingga RM5 sekilogram pada pertengahan tahun ini. Kejatuhan harga getah sekerap menyebabkan penoreh getah terutama mereka yang menoreh secara pawah terpaksa menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga dengan pendapatan tidak sampai RM10 sehari.

Tinjauan di Sik dan Baling sejak minggu lepas mendapati ramai penoreh getah secara pawah mengeluh dan ramai golongan muda yang menjadi penoreh getah kini mencari pekerjaan lain untuk menyara hidup mereka."Ikan kembung berharga RM8 hingga RM10 sekilo, daging RM20 sekilo. Macam mana kami hendak hidup," kata seorang penoreh Suri binti Mohd Nor, 44, dari Kampung Sungai Senang, Sik. Beliau berkata pendapatannya sebagai penoreh secara pawah tidak sampai RM8 sehari setelah dibahagi dua dengan pemilik kebun getah. Fuad Ahmad, 40, pula berkata beliau dan keluarganya amat terhimpit akibat kejatuhan harga getah. "Awal tahun depan saya terpaksa mencari wang untuk membeli pakaian sekolah tiga anak. Di mana saya hendak dapatkan wang dengan pendapatan tidak sampai RM10 sehari," katanya.

Seorang pemilik kebun, Way Chai a/l Eim, 54, dari Kampung Chong di sini, berkata kebun getahnya seluas 12 hektar kini terbiar kerana tiada orang yang hendak mengambil upah menoreh kerana harga getah yang terlalu murah. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belantik, Mohd Tajuddin Abdullah, berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membantu penoreh seperti menyediakan pakaian untuk anak-anak yang bersekolah. Bernama