Selasa, 16 Disember 2008

Ahli AMK Selangor disaran untuk bersama memahami Bajet 2009

BAJET BELANJAWAN NEGERI SELANGOR 2009


Semua ahli AMK Selangor di galakkan untuk mengambil peluang dari program MES yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor bermula Januari 2009.


Slogan “Memimpin Harapan Rakyat” seharusnya digarap untuk bersama membawa harapan baru kepada golongan anak-anak muda negeri Selangor.


Sila rujuk kepada ringkasan Bajet Selangor 2009 seperti di bawah:-

Fasa 2 – Merakyatkan Ekonomi Selangor [MES]
Januari 2009. 6 program yang memberi manfaat kepada kakitangan kerajaan, orang kurang upaya, anak-anak yatim dan pembangunan belia/usahawan.
1] Pertimbangan Cuti Bersalin Selama 90 Hari kepada Wanita Bekerja
2] Pertimbangan Cuti 14 Hari Kepada Suami Yang Isterinya Bersalin
3] Pertimbangan Cuti Sebulan kepada Wanita yang Kematian Suami.
4] Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim.
5] Bantuan kepada Peniaga Muda. Kerajaan Negeri memang menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan. Sehubungan itu, Kerajaan sedia memberi bantuan dalam bentuk kewangan, infrastruktur, latihan dan nasihat kepada golongan muda yang berhasrat menceburi bidang perniagaan. Di samping itu, disediakan kursus bagi para belia mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan.
6] Bimbingan Perniagaan kepada Belia. Kerajaan memandang serius terhadap masalah pengangguran yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa ini. Oleh yang demikian, usaha-usaha bimbingan dalam bidang perniagaan daripada Kerajaan Negeri kepada belia dijangka mampu merubah pemikiran generasi muda ini kepada bentuk yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat majmuk.

Mazli , Shah Alam – 16-Dec-2008