Khamis, 18 Disember 2008

Surat Terbuka Untuk Kerajaan Selangor

Surat terbuka untuk kerajaan Selangor(2)
Posted by MSK
December 17, 2008

Jika surat pertama dahulu saya hanya menyentuh isu kerajaan negeri dan MAIS, kali ini izinkan saya sebut lebih lanjut dan bersangkutan dengan isu lain pula. Mungkin ada yang dok fikir, adakah ini semua sandiwara. Nak jatuhkan reputasi kerajaan PR. Saya tak nak berbasa-basi, jika ada yang tak percaya silalah berjumpa dengan rakyat di negeri Selangor, boleh jumpa Ketua Cawangan atau Ketua Kawasan PAS atau PKR, sahkanlah sendiri. Masjid yang saya sebut itu letaknya di Hulu Selangor, AJK PAS Pusat tu salah seorang ulama yang menulis dalam Harakah, semuanya kes betul…tak ada yang sengaja direka-reka. Boleh siasat dengan pihak MAIS, betul atau tidak.

Saya nak bagi tahu, MAIS itu kaya. Hartanya banyak. Wakaf pun banyak. Tanah MAIS ada sampai di dalam kawasan KL. So, tuan-tuan fikir sendirilah nilainya hari ini. MAIS bukan seperti lain-lain majlis agama negeri, maaflah saya kata demikian. Tapi MAIS ni lebih berkuasa. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Banting tu bawah MAIS, PUSRAWI tu ada saham MAIS, Pusat Zakat Selangor yang kaya tu pun bawah MAIS. Pendek kata, MAIS ni hebat…banyak benda kebaikan boleh dibuat jika MAIS ditadbir oleh orang lain yang bukannya berpemikiran UMNO. Saya rasa ramai lagi tokoh berwibawa dlm PR yang boleh duduk di MAIS. Tapi sayanglah, MB dah serah bulat-bulat semuanya…

Apa yang saya tahu, Pengerusi MAIS hari ini adalah orang Umno yang juga kesayangan istana. Memanglah dia tak sejahat Khir Toyo atau Rahman Palil bekas exco agama; tapi dia adalah ahli Umno. Maka, tak banyak pun, sedikit-sedikit dia masih bawa cara Umno.
Pengerusi MAIS ini memang kaya raya. Rumahnya di Shah Alam ada berbiji-biji kereta. Dia sendiri memegang pelbagai jawatan pengerusi. Kaya bertambah kaya. Tapi, dia bukanlah pandai sangat mentadbir.

Saya beri contoh. Ada beberapa projek hartanah bawah MAIS. Antaranya dekat Tropicana dan Subang. Cuba periksa berapa harga sebiji rumah di situ? Agak-agaknya, mampu ke orang Islam beli…tu baru sebiji contoh, banyak lagi. Masalahnya, MAIS adalah milik umat Islam. Sepatutnya MAIS membangunkan hartanah yang memberikan pulangan jangka panjang kepada umat Islam di Selangor. Jika projek diJVkan dengan syarikat swasta dan untung ‘atas angin’, sapa-sapa pun boleh run…

Sebenarnya, pengerusi MAIS ni pun ada kes. Dia bukan ‘bersih’ sangat. Sayangnya, kes dia tu macam susah sangat nak sangkut. Saya pun tak tahu sangkut kat mana, kat MB ke, kat Hasan Ali ke, atau kat bonet kereta sapa-sapa. Saya yakin, jika kes ini didedahkan, ia akan memberi kesan sangat negatif…bukan kepada pengerusi MAIS sahaja bahkan lain-lain organisasi bawah MAIS.

Saya masih menunggu tindakan bijak dan berani pihak kerajaan PR Selangor. Ikut hatilah tuan-tuan, rasa malas dah nak ambil pusing hal karenah di Selangor. Banyak sangat…tapi dek sayangkan PR, saya gagahkan juga menegur walau kadang-kadang lebih baik diam dan balik tidur!

Dari: hamba Allah